Friday, October 12, 2012

good eating and lifestyle

uiyoo apa?! lemak 26%!! kata sy tidak percaya apabila buat test itu hari. si badan kecik ni ada lemak katanya. haha. ala kalau cakap kat orang pun tade gunanya *geleng-geleng dan teleng-teleng kepala* mesti dengan skeptikalnya diorang akan cakap, "hah. mana lemak? tak nampak pun! keding je!"

hoit. lemak tu dalam badan. bukan kat luar. sebab tu tak nampak. ngok! (kan dah kena ngok satu. haha)

orang kurus pun ada lemak. dan kolesterol. tengok apa yang dimakan hari-hari.
macam sy, sy aware benda bergoreng tak elok dimakan. sebab minyak berlambak kan. tapi sy makan jugak. sebab sedap. ni namanya mementingkan mulut dan tekak daripada lapisan lemak. hahah. lepas tu.. haa hambik! kilang minyak muncul di dahi. bila tangkap gambar pakai flash, gilang-gemilang kilang minyak ai. dah boleh eksport ke luar negara dah. ron99. kahkah

sy terperasan, betapa ramainya orang ada awareness tentang kesihatan. sy tak tau adakah term sy betul atau tak. tapi ramai la yang ambik vitamin untuk kecantikan dari dalam. produk untuk bentuk badan unggul. itu kira kesihatan la kot? *mari tanya doktorlah sebab sy bukan doktor!* sy pun ambik multivit jugak sebab tahu, makanan yang dimakan hari-hari tu tak sediakan semua jenis nutrien secukupnya. so multivit melengkapkan nutrien kita.

but but perasan tak, produk cantik muka, berat badan unggul semua ni menelan kos yang tinggi? beauty is pain, katanya. tapi pain in your pockets! lolx. walhal kalau tau cara yang betul untuk makan, boleh je ko mengurus secara semulajadi. walaupun ada yang kata "tak boleh la. memang badan macam ni, lambat kalau nak unggul." (ni untuk produk cantik cantik dan berat badan unggul ye, tak termasuk vitamin apa-apa. vitamin tu memang untuk supplemen ko). tapi nak ambik produk pun tak salah. pamper yourself, love yourself. you deserve it.

pagi, makan awal. fakta mengatakan makan pagi meningkatkan metabolisma. nah. dah tau. sekarang jangan mengada-ngada nak skip sarapan. eat a breakfast like a king. tapi jangan la mentekedarah melampau sangat. nasi lemak tiga bungkus sekali makan tu melampau! jangan amalkan. haha

tengah hari, ganti makan nasi dengan benda lain (ni kalau yang nak diet ye. sy CINTA makan nasi, harap maklum). makanlah cereal, buah, sayur, sup. ko nak skip lunch ko punya pasal. tapi kalau badan ko tak bertenaga sepanjang hari jangan nak salahkan diet. ko tu diet tak betul. haha. ayat kejam.

malam, makanlah sebelum pukul 7petang. lewat-lewat pun pukul 8 la. makan terlampau lewat *semua pun tahu tapi buat-buat tak tahu* menyebabkan banyak karbo. pengurangan karbo pada waktu malam sebenarnya banyak membantu kepada pengurangan lemak. tapi kalau makan protein saja mungkin ok. ini fakta ye. jadi sebab sy aware fakta yang ini, sy pun makan berleluasa sebab sy nak gemuk :P (tapi jangan makan lewat sangat, kesian usus ko nak proses haha).

sebenarnya dalam nasi tu ada glukos kan. makan nasi super banyak pun tak bagus jugak sebab kadar glukos and karbo thingy etc. sebab tu korang akan nampak, orang yang berdiet ambik nasi sikit, lauk banyak. atau makan lauk saja. ala-ala orang cina punya gaya makan. ikut orang la. ada yang tak tahan kalau tak dapat nak makan nasi. ada yang kerja keras banting tulang.. yang tu memang badan dia perlukan banyak makanan. kalau kerjanya dok ofis tekan keyboard, nak diet, ahha ikutlah disiplin makan yang sebenar.

oh. bersenam. *tepek dahi sebab ai pun si pemalas bersenammm* kalau rasa-rasa tak sempat bersenam, bakarlah kalori dengan macam-macam cara; macam pergi shopping dan tawaf shopping compleks tu 200kali, atau turun tangga masa nak balik kerja (pergi kerja agak rush. jadi people tend to take the elevator. ahaks. ala tak rush pun naik lif jugak kan. sila mengaku, ai pun sama :P), hujung minggu bercucuk tanam, atau apa-apa aktiviti yang menggerakkan badan. jadi balance la dengan produk yang ko ambik tu. at least mempercepatkan kesan. ye dak.

dan ada macam-macam cara lagi untuk lifestyle penjagaan keunggulan badan hahaha. faham, semuanya nak kelihatan menawan dewasa ini. menawan akan boost up confidence (nak lagi confident, pergi belajar bahasa perancis. seksi, woo). yang penting, caranya betul dan tak memudaratkan. semoga kita semua berjaya dalam misi masing-masing. chaiyok!

No comments: