Thursday, June 07, 2012

pergi ofis, balik rumah, rutin berulang

this is how i felt the entire daylight. macam headache sebab mengadap aircond kat PICC.



ini semalam.. ye. tak sempat nak update pun cerita semalam. sebab ai kebizian, yu :P



semalam masak sup sebab teringin nak makan sup. ni terbaca tips nak sedapkan sikit sup kat internet. korang rendam dulu rempah tu dalam air yang baru mendidih. lepas tu toskan, then baru goreng rempah 4 beradik. lepas tu boleh guna air rendaman tu masuk dalam periuk.



cangg!



ni gambar hari ni.. pergi PICC tengok konvensyen. sebenarnya tengah kebizian bekerja di ofis, tiba-tiba bos suruh datang. maka datanglah kami ke situ.. duduk belakang sekali pulak tu. dasar backbenchers T_Tv



suasana konvensyen. since ni konvensyen pasal pengurusan projek dan sy ni macam clueless pasal menatang ni.. sy pun menganga sahaja di situ :P


lepas tu time lunch kitorang duduk la semeja dengan this indian guy. nampak berusia la daripada kitorang. may be late 30s or something. yadayada cerita pasal kerja. lepas tu dia beritahu la dia tak kahwin, dia siap cakap lagi, tak payah kahwin nanti susah je. lepas 5 tahun nanti boring la yadayada. nak aje sy jawab, 'ko tak kahwin, ko apa tau.' haha. yelah, i mean, bila ko kahwin (obviously dengan orang yang ko cinta), ko ada someone by your side. yang akan share semua dengan korang. and kalau ada rezeki, korang akan dapat anak-anak. anak-anak=pemimpin masa depan negara. ye dok? :P but tak apa lah kalau dia nak stay single. nanti bila dia jumpa the right girl, mungkin dia akan tukar persepsi tu :) sebab dia agak knowledgeable, ok. kalau kahwin dapat anak, mungkin anak dia akan jadi pandai jugak. who knows :)

(teringat kat video sheikh muszaphar ajar anak dia berenanng. woo)

petang pulak pergi gathering makan-makan dengan kawan-kawan DPA kat laman perdana :) lama tak jumpa diorang ni.



nampak tak ai?! hihi. terang sangat cahayanya.


lepas tu macam pengembaraan pulak.
sebab malam main badminton kat presint 11 kan, biasanya petang tu tumpang rumah alin. tapi alin tak de kat rumah, dia balik seremban. housemates dia semua pun tak ada. so bergegaslah sy ke masjid putra menumpang teduh di situ.

around 8 pergi main badminton.

makcik penat ni *seka peluh* dah la tak bawak air. balik tu singgah petronas beli air blackcurrant.. berteguk-teguk minum sampai habis sebotol. balik rumah pulak masukkan air dalam peti ais, lepas tu bawak keluar jadi sejuk, minum lagi berteguk-teguk :P



ahah! ni watak baru. dia tak baru kat rumah kitorang, tapi baru dalam blog ni. namanya kurap, sebab.. duhh obviously. lolx. tapi hari ni sy tukar. sy nak panggil dia batu. sebab dia kucing degil. tak nak berganjak walaupun kitorang suruh dia ke tempat lain. maka 'batu' adalah nama yang sesuai xD



tengok. memang tak faham faham si batu ni. keju pulak suka betul main dengan ekor batu. ko tak tau ke best friend ko ni kurap, hah kejuuu.



hahahhahaaa ekor bengkok macam carpet!! T_T



alamak! dia perasan!



batu yang kekal batu. dan keju yang melunjur macam pengalas kaki :DDDD


dahlah ai mengantuk ni nak pergi sidai baju pulak.
lepas tu nak makan bubur mama ai masak kat dapo. yah haha.

nytes all!!

3 comments:

Anonymous said...

kalau nak rutin lain sikit, sabtu ni jom tgk aku main paintball. Confirm lain sikit.... ;p

wani ezryl * said...

ko main every week ke? weekend kta biasanya ada plan lah haha. esok nak ngantar kereta service, dah terlebih tarikh dgn mileage hahaha. lps tu nk shopping dgn baucer! woots!

Anonymous said...

x everyweek. kalau every week jadi rutin... ni tak rutin... hahaha