Sunday, June 10, 2012

apa saya buat pada hari ahad

sy tengok kalau hari ahad mesti tak banyak blogs yang update. haa korang pergi manaaa :P

jadi ni lah yang sy buat hari ni; hari ahad.


1.texting si dia
memang tiap-tiap pagi pun akan text dengan husband yang jauh di KTcity. tapi tak de pun text kejut bangun subuh, sebab sy tau dia memang jenis bangun awal. orang lain yang text kejut-kejut tu sebab tak bangun.. ye tak? lolx. so lepas text barulah kita ke agenda seterusnya xD

2.breakfast
breakfast wajib. breakfast macam raja *bukan raja norasyiqin kawan sy tu ye. sy pun tak tau macam mana rupanya beliau breakfast.. wah haha* maknanya breakfast mestilah beria-ia. haha. dulu biasanya breakfast selalu makan kat seksyen 2, shah alam dengan family. tapi sekarang macam jarang je. so hari ni sy masak nasi goreng ikan (ikan selar kuning goreng semalam punyaa) buat breakfast. minum teh hijau campur madu. yumminess.

3.shopping-mopping
bajet sosialit la kan nak shopping bagai HAHA. ehh rakyat jelata macam ai pun boleh bershopping apa! :P hari ni ke SACC.. sebab nak guna baucer groupon yang sy beli hari tu. mana tak untung, beli baucer memory lane dengan harga RM20.. dapat baucer RM40.. tak ke diskaun hebat 50% tu?? :D banyak lagi la offer kat groupon tu. cuma tak membeli je sebab tidak mahu mengikut hawa nafsu lolx. *ye ke*


jalan menuju ke SACC mall, shah alam. jalan relaxx je hari ni. tak de jam apa. yang ni sebab tengah lampu merah. lolx


4.lunchie
harini mood memasak muncul. haha. maka tung tang tung tang kat dapur. parents pergi kenduri aqiqah.. balik dah kenyang. tape tape.. biarkan sy makan dulu :P

ayam masak merah serai dengan bendi goreng. ayam tu kali ni pakai cili hidup. biasanya pakai cili kering. sedap jugak! xD

5.mengadap tv
lepas tu layan movie tamil dengan my mom kat ruang tamu.. sambil si keju (kucing) mentido-tido di sisi kami. dasar manja! lolx. ohh my mom baru upgrade astro beyond. makanya satisfaction berganda ketika menonton di situ :P

6.reading
baca buku on off. belinya banyak, bacanya tak habis-habis. lepas tu beli lagi. hahaha. oklah nanti sy habiskan baca buku-buku tu T_Tv

7.internet
dann online sekejap untuk blogging, fb dan baca blogs kawan-kawan :)



tu je kot apa yang sy buat hari ni. ahad ni je la yang sy free di shah alam. ahad depan ai nak pergi somewhere. ahad lagi satu pun. the other ahad pun ^^ insyaAllah~

till then. happy weekend, peeps!!

p/s : apa yang korang buat hari ni agaknya? :)

4 comments:

Anonymous said...

berwindow shopping di mall yang belum pernah dijejaki... hahaha

wani ezryl * said...

hah ko gi paradigm mall x? xD

syakirahmn said...

hahaha sama beli buku kemain banyak, baca tak habis jugak.

ini namanya pencinta buku dan ilmu. nanti akan tiba suatu masa habis jugak buku yang di baca :D

wani ezryl * said...

tu la pasal. ntah tahun bila nak siap habis baca semua tu :DD