Tuesday, June 05, 2012

paradigm mall issue

kalau pergi kerja hari-hari naik kereta, maka akan dengar iklan pasal this new shopping mall located in kelana jaya, paradigm mall. macam teringin nak pergi tengok sebab selama ni dok dengar iklan je kan.. hihi *biasalah tu wani e.. perasaan ingin tahu yang tinggi* :P

hari ni ada perhimpunan ofis. KP (despite of semalamnya MC sebab asma.. gooo KP! <--semoga cepat sembuh!) in his talk ada beritahu tentang isu sebuah shopping mall kat kelana jaya yang pegawai khidmat pelanggannya (may be) or web admin or something yang marahkan pelanggan kat facebook diorang. ohhoo korang tau tak pasal isu ni? sebenarnya KP nak kaitkan tentang engagement kita sebagai agensi pelaksana.. untuk serve pelanggan kita dengan baik :) and now bila KP dah sebut tu, sy pun berminat la nak tau *again.. perasaan ingin tahu yang tinggi*

memang ye la itu mallnya. when i go googling, sy baca la cerita sebenarnya.

ceritanya begini. (quotes daripada websites lain)
ada sorang customer ni komplen dalam fb mall tu.. yang dia alami masalah lif. lif rosak katanya.
so pihak mall reply la.. tengah tengok (diorang conversed in english. ai tolong translate je haha)
then ada sorang mamat lain ni.. menambah.. 'again looking..' lebih kurang macam mengejek jawapan mall tu.
tiba-tiba mall tu sentap ok. dia cakap, “Hi *******, sure! You know MAGIC wor! However expensive also we can afford!! Then we can longer have to answer ‘looking into’." begitulah katanya.
then daripada situ diorang bergaduh-gaduh dalam fb tu.

masalahnya kat sini; yang si tukang jaga fb mall tu tak boleh layan customer dia macam tu.. walau selongkang mana pun mulut customer dia. mana dah frasa 'customers are always right (even though they are wrong lolx)' tu?
yang si ******* tu pun satu. didapati bahawa dalam fb mall tu, dia memang banyak mengapi-apikan semua orang, or bagi jawapan yang sangat la negatif. contohnya sorang ni tanya macam mana jalan nak pergi ke paradigm mall, ******* bagi jawapan 'ambik la teksi.' lepas tu ada sorang lagi tanya pasal apantah, then si ******* ni jawab kat mall 'berapa jam korang baru nak reply.. si customer ni boleh mati tunggu lama gile korang reply.' lebih kurang macam tu la. memang kerjanya mencurah minyak tanah je la ni. lolx

so ramai la yang bagi response pasal benda ni kat cyberspace. sebab benda ni tak boleh main-main walaupun dalam fb. sekarang kan dah ada akta pasal posting things and words kat cyberworld. silap-silap esok ko boleh masuk jel T_T so sambung. ramai la yang tak setuju that mall bagi feedback macam tu. katanya ala samseng dan sebagainya.

but for me, ada la tu masalah dalaman. may be orang yang tak berpengalaman dok jaga admin fb tu. who knows? tapi one day nak pergi jugak paradigm mall, nak tengok banyak tak kedainya ^^

mengingatkan sy.. semalam sy ke this supermarket.. dekat je dengan rumah. singgah balik kerja. beli la barang-barang. yang jaga kaunter tu wife dia. then ada sorang kat belakang sy.. julang tinggi makanan kucing sepaket kat tangan.. tanya kat penjaga kaunter.. berapa harga. tiba-tiba PK (penjaga kaunter) terus tekan-tekan mesin, bagi orang tu bayar dulu! padahal aku yang beratur ni ko tak nampak! (buat-buat tak nampak.. duhh). di manakah kesivikanmu sebagai PK?! dah la tu, lepas tu sy tak menimbang kentang.. sebab ingatkan penimbang kat depan (my bad..) sebab biasanya ada kedai runcit yang sy pergi, penimbang dia kat kaunter. so dengan muka tak de moodnya dia tanya kenapa tak pergi timbang *urut dada* nasib baik la husband dia baik ok, terus ambik kentang tu lari pergi belakang timbang. dah tu yang ko layan pelanggan ko gitu kenapa??! sah la sy pergi kedai lain lepas ni kan. selamat kehilangan pelanggan berpotensi yang suka bershopping. hah. haha *pengsan*

korang rasa macam mana?

No comments: