Thursday, September 14, 2023

barang branded atau tak

assalamualaikum and hi! :)

blog entry kali ni nak borak-borak la sikit.
sy ni suka je barang cantik, aesthetic, artsy, tapi saya tak suka barang mahal πŸ˜‚
kebanyakan barang mahal ni jatuh atas brand.
bukanlah tak beli barang mahal langsung, tapi pastikan beli yang hanya betul-betul berbaloi.

walaupun tak suka barang mahal melampau, sy juga tak suka barang tak de kualiti tapi murah. haha

so formula dia just sederhana and moderate, tapi ada kualiti.

contohhhh ha ai bagi contoh πŸ˜†
kalau beli speaker, jika tak mampu yang high quality ribu-riban, beli la yang sound dia masih sedap didengar, dengan harga tak murah dan tak juga supermahal. harga sedang-sedang.
my choice is always edifier. bluetooth speaker bar kecil dia range 100-200 lebih. pada sy tu harga moderate untuk speaker yang bagus. bertahun sy beli, sampai skang tahan.

baju. haa baju cepat lusuh, lagi kalau dipakai selalu.
baju saya biasanya daripada kedai-kedai made in malaysia (kot? macam M&B) sebab baju kan nak beli banyak, so don't waste our money to buy ratus-ratus punya harga baju, unless ada event istimewa nak dipakai. baju M&B standard range dari 30 ke 70 gitu.
hanya seluar sy akan invest beli mahal sikit kat uniqlo. sebab selesa dan tahan lama.
seluar kita tak banyak, jadi beli yang mahal sikit tak pe. bahaha

kasut ofis? bata. sandal? bata.
pada saya bata ni tak la murah sangat, tapi belum sampai tahap supermahal macam hush puppies, sketchers dan brand kasut lain.
sy pernah beli sandal yang cun tapi harga murah. tapi gam dia cepat tanggal, gais.
so sy balik beli bata πŸ˜‚
tapii bata tahan lama jugak dan comfy (suka beli jenis comfit).

kesimpulannya tepuk dada tanya selera and tanya poket.

kalau korang memang suka barang branded untuk kepuasan, silakan.
selagi mampu, beli je la.
cuma untuk sy, sy lebih suka barang berkualiti, harga sedang-sedang, brand apa pun tak pe, asalkan ngam dengan hati sy. HAHA. hah gitu.

so hari tu kitorang try la this new kedai makan kat area rumah.
sebab asyik lalu je, singgahnya tak.


banano mimpi nak keluar pakai tudung haritu. hahah.
baguslah tu, banano. (tudung ai diciloknya)



tuan tanah. HAHA. seleksi kedai makan kami jugak tak kisah restoran mahal atau warung tepi jalan begini, asalkan sedap.



tak ramai orang pun malam tu. sini boleh kata kawasan kampung. so sunyi-sunyi tenang camtu.



sorrylah owner blog ni suka bergambar. korang layankan je πŸ˜‚



nahh ni la dia menu pilihanku. nasi ayam bakar. RM7 rasanya harga dia.. sekali dengan air.
ayam suku tau. sedap pulak tu. the perks of makan kat warung kampung. pada sy harga dia sangat la affordable. dah la sedap.

 

so kesimpulannya; jangan berjimat sangat, jangan juga terlalu kedekut dalam berbelanja.
biarlah secukupnya dan sesyukurnya.
asalkan happy dan bahagia dengan pembelian tersebut.

toodles!

Wednesday, September 13, 2023

pemergian aunty safura dan pakcik hassan


 

assalamualaikum and hi.

innalillahi wainna ilaihi rajiu'n.

sabtu baru-baru ni, 9 september 2023 (23 safar 1445H), mendengar perkhabaran yang aunty safura, ex-jiran sebelah rumah kami sejak zaman childhood telah kembali ke rahmatullah.

aunty safura ni mama kepada awin dan azreen, kawan slash jiran kami dari kecik. so memang dah macam family. allahyarhamah dikebumikan di tanah perkuburan islam kampung lombong, shah alam. tempat ni berdekatan dengan rumah sewa awin.

salam takziah buat awin dan azreen. turut bersedih untuk diorang. sebelum ni diorang tinggal sama-sama dengan aunty safura. now tinggal 2 beradik la. ayahnya ada lagi, dengan family.


tak lama lepas tu, petang 10 september 2023 (24 safar 1445H), dapat perkhabaran lagi yang pakcik hassan, jiran depan rumah mama pula meninggal. Allah, jiran kami 2 hari berturut meninggal. aunty safura tadi asbab kanser, pakcik hassan asbab jantung. allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan islam seksyen 21, shah alam. tempat sama abahku hj noor hassan.

semoga keluarga pakcik hassan tabah dengan ujian. sama la, anak-anak pakcik hassan ni teman sepermainan kami dari kecil.


setiap yang ada akan pergi. tu la jadi peringatan diri ni setiap kali.
hanya doa dan ingatan mengiringi. moga dalam rahmat Allah swt di alam abadi.

Tuesday, September 12, 2023

cuti-cuti hari merdeka

assalamualaikum and hi! :)

merdeka! merdeka!
haa macam tu dia punya semangat 😁

btw hari merdeka hari tu korang buat apa? pergi mana?
kitorang ni mula-mula plannya nak masuk putrajaya.
pukul 4 pagi dah bangun ye.

long story short, jalan terlalu sesak.
dan kitorang tak sanggup naik shuttle bus kat PICC tu sebab barisan manusia bermula dari atas bukit sampai bawah bukit.
sudahnya terus tukar plan naik MRT ke KL.
semangat merdekalah jugak tu kan, naik public transport. hahaa


bukti naik MRT πŸ˜†




sangkut kat kerusi as tripod pun bolehh πŸ˜‚




anaqi bertapa dalam MRT.




husb membuang pandang, bukan membuang masa. lolx




ariana feeling2 kat atas bukit gamaknya.




lama jugak perjalanan ke KL, ada la dalam sejam. banyak stop kan.
tapi ok je, enjoy tengok view kat luar.




hah ni dia! kitorang singgah mytown dan ikea cheras. mihmih.


berhenti je kat stesen cochrane, KL.
ada laluan terus masuk ke pusat beli belah mytown.

dah habis pusing dan makan-makan kat mytown, kita balik semula naik MRT jugak.

MRT ni kalau nak jimat dan pergi banyak tempat,
beli la daily pass dia. dalam RM5 je.
tapi kena ada kad yang mempunyai perkhidmatan touch n go.
contoh kad TnG biasa, myKad..

petang tu kitorang ke hotel dorsett putrajaya, check in.

ingat dah lambat beno sampainya, dalam pukul 4 lebih macam tu.
sampai-sampai.. nah ambik kauu πŸ˜‚


boleh tak bayangkan barisan melingkar ni adalah ketua-ketua atau penolong ketua keluarga yang tengah nak check in.


faham tengah sambutan merdeka,
so agak busy and such.
tapi boleh tak in the future,
hotel dah expect benda-benda macam ni
and comes up with another system yang lebih cepat pantas tuntas. haha
jenuh nak queue panjang weh.
kitorang ni pulak melepak depan pintu lobi.
dah le kat luar tu panas teras benderang.

last-last masuk bilik dalam jam 6 petang. gile ah dorsett.


ni lah biliknya. luas, ada sofa. tapi tingkap ciput sikit and pemandangan tengah bangunan hotel.


walaupun dah request pemandangan tasik atau bandar,
tapi tak dapat pemandangan apa.
nampak dinding bangunan hotel je.. ahahahaa.
sabokan je la kalau bercuti time peak season ni.

haa tak nampak kan mana tingkap? sebab tingkap ciput je, kat tepi katil tu πŸ˜‚
tapi bilis besar dan bersih, tu harus dipuji.



malam pulak, makan je la yang dekat-dekat.
hanya beberapa meter jalan, dah sampai kat spot makan food truck kat putrajaya.
orang memang ramai la.

nah tu diaaa. tapi alhamdulillah kitorang berjaya dapat meja.


bulan tengah super blue moon tu..
nampak kat belakang tu bulat molek je.

balik daripada makan, bergambar kat tepian. haha


yang lampu purple tu hotel dorsettnya. dekat je kan.
boleh pulak bergambar dekat-dekat dengan tong sampah πŸ˜† layankann haha




layankan jugak budak-budak ni keluar makan dari hotel pakai baju tidur je.
sebab malaysia boleh! *tiber* 




hahaa jadilah buat love satu. sebenarnya kitorang nak bergambar dengan super blue moon tu.


esok paginya, pi breakfast berdua kat restoran hotel.
dorsett punya makanan memang sedap.
haritu pun kan buka puasa kat sini.

condiments bubur. saya memang suka makan bubur kat hotel dan particular bab condiments dia. lagi banyak, lagi meriah, lagi glorious. hahaa


korang nak tengok hotel yang bagus dari segi makanan kan,
tengok je la bubur dia.
bubur tu sesimple2 alam kan.
korang tengok condiments dia.
kalau hotel tu bagus, ikan bilis pun jenis kopek halus je. masin moderate.
kalau hotel ajet2, biasanya ikan bilis beso gedabak jenis liat yang orang pakai buat tumis sayur tu πŸ˜‚ masin dia memang tak boleh bawa bincang.
*ye para hotel, anda diperhatikan. bahahaa*
so hotel dorsett ni punya ngam la. sedap alhamdulillah.
condiments pun meriah.

saya suka jugak makan american breakfast.
nasi lemak, bukan favourite saya di mana saja. baik hotel, baik meeting. #ytjt


pada saya, american breakfast ni satu hidangan lengkap yang mengenyangkan.
nasi lemak pun sama mengenyangkan, tapi kalau kat luar, saya jarang le makan.


kitorang berdua memang keluar breakfast awal haritu.. sebab ramai orang kan.
so kena keluar awal, baru selesa nak ambik makanan. the perks of a morning person. lolol




nampak tu, kosong lagi meja-meja.


sapa yang kenal saya dari zaman belajar, memang tau la;
1) wani e tak skip breakfast
2) wani e bangun pagi

lagi tua ni, lagi super pagi ai bangun.. mah hahahaa
seronok weh bangun pagi, korang try lah.


yang ni memang takkan skip; rendang dorsett. sedap weh. tu buburrr. yums.


lepas dah makan-makan (budak-budak kita belikan je grab food chicken texas. nak bawak buffet, rugiii HAHA),
sambung lepas dah makan-makan,
kita pi bakar balik kalori. hahaa. swimming time!

boleh tak malas nak letak caption. tengok gambar aje la.



























begitulah kisah kitorang holiday di hari merdeka. yoshhh

ramainya orangggg. hahaa. tata tutu!!
 

Thursday, September 07, 2023

melawat muzium dan galeri seni bank negara malaysia (masuk percuma!)

assalamualaikum and hi! :)


sempena bulan ogos dan cuti sekolah hari tu,
PUSPANITA ofis kami ada buat lawatan ke muzium dan galeri seni BNM.
saya la tukang buat papernya.. mihmih.
selain daripada banyakk contest merdeka, kita selitkan satu aktiviti lawatan, untuk ahli dan anak-anak.

nama dia lawatan, jadi prep nak lawatan tu macam-macam la sikit.
nak booking bas, contact muzium, buat form untuk kumpul peserta, keluarkan duit untuk booking makan minum dan duit poket anak-anak.. macam-macam la.
alhamdulillah Allah permudahkan dan ada geng-geng PUSPANITA yang membantu *thanks, korang!*

kalau korang tengah cari-cari tempat untuk bawak anak-anak jalan-jalan KL (anak buah, anak tekak, anak tangga semua pun bolehh.. ahax),
boleh la consider muzium dan galeri seni BNM ni.
sangat informatif dan boleh belajar banyak tentang wang dan nilai wang.


breakfast kita belanja special.. chicken bizzkit (sort of like burger versi breakfast) texas chicken.
air milo kotak, beli kat lotus aje.


haa kalau program dengan acik wani, memang tiada nasi lemak ye.
sebab acik tak makan nasi lemak. bahaha
korang akan makan makanan-makanan sedap dan unik gitu *unik ke?? HAHAA*

bas ada 2 buah,
dan hari nak bertolak tu ditakdirkan ada raptai sambutan hari kebangsaan kat putrajayaaa.
jadinya berlari-larianlah kami nak keluar cepat ke KL, sebelum jalan ditutup.
kena reschedule balik masa bertolak hari tu.


bawak anak-anak, sebab lawatan ni untuk anak-anak sekali.
enjoy la diorang naik bas. haha. this is me and ariana.




anaqi duduk dengan kawan baik ofis dia; farhan. hahaa
farhan ni anak puan eca, kawan baik ofis mama πŸ˜‚







disebabkan kitorang keluar cepat daripada jadual asal,
tetiba TERsampai awal la pulak kat KL. muzium pun belum bukak lagi.. hahaha.

so minta brother-brother pilot kita pi tugu negara dulu la, boleh bergambar2 kan.

luar pintu masuk tugu negara. ariana, anaqi, farhan.








pn eca dan wani.



lahh rupanya diorang tengah nak reno area tugu negara tu.
dah camne nak bergambarrr.
nampak pagar hoarding tu je. haha 

laluan ditutup. dapat la bergambar dengan 'buntut' tugu aje.
next time, may be. insyaAllah. oh, this is anaqi.



ariana.



me.


habis setengah jam kat tugu negara, kitorang gerak balik ke muzium.

bukti dah sampai πŸ˜‚


macam mana kitorang plan lawatan untuk ahli yang ramai? (around 60 people).
mula-mula call la nombor muzium yang tertera kat website.
jangan lupa e-melkan maklumat lawatan.. tarikh, masa, bilangan pelawat.

untuk lawatan berkumpulan macam kitorang ni,
segala barangan kena tinggalkan kat dalam bas, tau.
hanya kamera, telefon dan wallet sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam.
even botol air kecik, beg kecik tergantung, tu semua tak boleh.

kalau lawatan sendiri-sendiri dengan family atau kawan-kawan contohnya, tak ramai,
beg-beg semua boleh la letak kat locker muzium. RM5 tak silap.
kalau ramai-ramai 1 group je yang tak boleh. 

muzium ni ada 3 tingkat. kami pecah 2 group sebab ramai.
1 group mula dari tingkat 3, satu group lagi mula dari tingkat G.
tingkat 3 ada galeri seni. ada mainan interaktif. tapi, pameran hasil seni lain DILARANG pegang. tengok boleh.






seni bayang.



ada satu bilik gelap ni, budak-budak boleh main bayang-bayang. macam kita zaman kecik-kecik dulu kan. asal rumah blackout je, mula la keluar burung, rama-rama, sang kancil.. segala binatang keluar πŸ˜‚








since temanya 'bayang', ada la wayang kulit dan boneka kat atas ni.








beria dak-dak ni πŸ˜‚




lepas tingkat 3, turun tingkat 2 pulak. then tingkat 1, last sekali G. gitu le. hihii




nah, belajar tentang sejarah duit. comel-comel duit zaman dulu. kecikkk je.
macam dak-dak ni la. kecik. kihkihh




ruangan interaktif dan informatif. ruangan yang bercerita tentang cara penghasilan wang.




mungkin ariana bermimik sedih sebab duit RM100 tu hanya CONTOH sahaja πŸ˜‚πŸ˜‚




kalau korang zoom sikit *klik*, boleh nampak evolusi design wang ringgit kertas Malaysia.




ni dengan mee lee πŸ’œ




nampak tak kelibat budak-budak ni kat tangga?? ahahaa




banyak jugak area cantik untuk bergambar kat dalam muzium BNM ni.




tetiba masuk magazine! πŸ˜‚




layankan je la ye. lolx




ni usahawan produk ke?? mengah holdings πŸ˜†




tetiba daripada majalah ekonomi, jadi majalah kpop. hahaa




ya, Allah! ada lagi diorang ni! πŸ˜‚πŸ˜‹




disambung pula oleh pose anak-anak yang sukakan ultraman πŸ’₯




anaqi dan farhan.




nah tu diaaaa. tengah pasang jurus keberapa ntah tu agaknya.





kakaknya je la yang majalah korea sikit. dak2 tadi majalah jepun (sebab ultraman πŸ˜‚)








kat sini boleh dengar info-info tentang ekonomi.




lembaran akhbar gergasi untuk spot bergambar. haha




gambar ni ariana yang snap.. sebab tu gambar dia tak de dalam ni. kikii. thanks, banano!


lasstt sekali barulah kitorang ke tingkat G.
kat G ni ada galeri kanak-kanak. tepi pintu masuk je, boleh nampak terowong yang banyak duit ni.
nice, boleh bergambar banyak-banyak.
tapi time ni dah nak masuk tengah hari, cuti sekolah pulak tu.
so pelawat memang ramaiiiii.

hahahaa tengok la anaqi tu πŸ˜†




someone candid me :]





kasi chan la acik wani nak bergambar dengan duit yang banyakk HAHAA








galeri kanak-kanak. banyak games berkaitan wang boleh main kat sini.








farhan dan anaqi.




ariana dan anaqi.




wuihh banyak not RM50!! 😱




sebelum balik, kita bergambar duluuu.




2nd pose. tqq kepada staff muzium yang tolong ambikkan gambar ^^






sempat la singgah kedai cenderahati muzium dan galeri seni BNM.
ariana belikan saya button badge ni daripada duit poket yang PUSPANITA bagi.
dia suruh saya pakai. fine. mama pun pakailah, tayang ke sana sini 😍

'the most terrer mom in malaysia'. i tanya ariana, 'terrer' ke, 'terror'?? πŸ˜‚



balik tu, ahli-ahli rombongan nak singgah makan ikan bako.
kita layankan aje.

kuambil ikan cencaru bakar di gerai no. 3, sri melaka (ikan bakar jalan bellamy)
ikan gini dah RM15.




belikan dak-dak ni ais krim.




habis makan ikar bako, balik la kita. kesian anaqi, ngantuk sangat tu. ahahaa


sampai ofis, ambik packed food nasi ayam dengan air kotak ribena.
settle lawatan merdeka kita, alhamdulillah.