Monday, August 19, 2019

of raya haji

assalamualaikum and hi!

raya aidiladha tahun ni kitorang simple-simple je.
disebabkan raya pun kat selangor (banting, kampung in laws),
kitorang berelax-relax dulu kat rumah sebelum raya tu. haha
sebab biasanya if raya sini,
memang tak de celebrate over-over atau kunjung mengunjung meriah-meriah macam time aidilfitiri.
aktiviti qurban pun on monday (raya sunday),
jadi hari ahad tu baru balik kampung.
pagi tu raya kat rumah sendiri dulu.

think it's second time in raya history,
yang orang jem gile teruk kat jalan untuk balik kampung.
last time, few years back masa aidilfitri.
masa tu sy merasainya sebab balik kampung tok kat terengganu.
yang gile ramai umat manusia,
sampai kat R&R, toilet queue panjang sampai luar,
rak makanan kat stesen minyak habis licin.. yang tinggal megi je.
memang sadis.
and i think it happened again this year.
cuma kali ni kitorang tak terbabit sama la.

since it's raya haji, i chose a light coloured outfit, almost white.

tapi sedar diri sendiri ni tak sesuai pakai warna putih suci, sebab nanti nampak gelap :P
so i chose offwhite and cream instead.
baju dengan tudung pun beli last minute, beli online hantar kat ofis.
budak-budak tak beli baju raya,
sebab dah ada baju hadiah sedara belah husband bagi time raya aidilfitri hari tu.
husband pulak jenis-jenis sempoi, dia pun pakai baju mana yang ada.
(i'm still buying sebab sunat kan kalau pakai baju baru on raya. hoho)


ariana. kira baju barulah jugak ni sebab baru nak pakai :)



anaqi masih nak berultraman. jaga-jaga, nanti kena fire. haha



memang tak de gambar raya family. ni je ada. lepas balik solat sunat raya. lolx

first day raya tu,
lepas solat sunat aidiladha, hujan turun lebat gile gile.
then imam bacakan doa waktu hujan turun.
kita dok aminkan je la.
suddenly a few mins ke secs macam tu,
hujan yang lebat habis menjadi renyai macam nak berhenti.
i was like. wow.

macam mana pulak dengan juadah raya?
tak wani e la kan kalau tak de makanan semua ni bahaha.
i can imagine myself being an acik/grandma yang dok excited time raya.
sebab nak memasak je :P

tapi haruslah pilih option yang mudah-mudah.
ketupat, beli frozen.
tapi lepas tu rebus balik and goreng sendiri.. ganu style.
dendeng, beli kat mommynon sebab dah terbukti sedap.
walaupun harga rejim sangat sebab RM50. dulu RM40 macam tu ok.
ni mahal-mahal nak bayar agenlah ni.
sate, panaskan yang lebih beli sebelum tu :DD

yang masak ada dua je;
ayam kampung masak bali
dengan ayam kampung goreng ala KFC.
(sorry, peti es kami ada ayam kampung je. lolx)


drooling tengok ketupat tu.

tahun ni tak masak rendang pulak.
sebab ingat kat kampung banting tu ada rendang.
kang masak jadi dua menu rendang pulak. membazir kan.
because sebelum ni if raya kat side in laws,
pernah bawak balik rendang, then ada jugak rendang kat sana (2 rendang). bahaha
so better kita pelbagaikan menu.
maka terjadilah ayam masak bali itu.




ni lah dendeng mommy non. sedap tu memang sedap, tapi mahal sikitlah.



ketupat daun palas, supplier orang ofis jugak. ganu mari ni. haha



ayam masak bali. dimasak dengan penuh kasih dan sayang :P

tahun ni ada la buat qurban,
tapi macam biasa buat dengan kelab ofis ai.
diorang buat qurban kat kemboja.. join venture dengan beberapa pihak lain.
walaupun kena kecam netizen sebab buat qurban kat luar instead of kat sini,
tapi apakan daya.
harga mahal gile kot kat sini.
600, 700.
korang yang supply lembu ni pun agak-agak la,
turunkan sikit price tu untuk galakkan orang buat ibadah qurban dalam malaysia.
bukan ambik kesempatan nak naikkan lagi harga sebab demand meningkat.
last-last memang ramai la cari option lain.
walaupun memang lagi afdal sebenarnya buat kat sini.
nanti la next time kita usahakan.



haa tahun ni kat banting,
ada ibadah qurban kat rumah atok selamat (tok sedara husband).
beliau ni orang kuat parti politik X agaknya..
so yang cawangan-cawangan lain datang berkumpul kat rumah atok ni.
sebanyak 12 ekor lembu diqurbankan kat sana.
kitorang datang bawak budak-budak tengok lembu.


dengan kak nora, ibal, husband and myself.


ariana keseraman tengok lembu kena sembelih tapi bangun balik.
terus dia lari laju-laju keluar dari tapak tu.. haha.
i told her, it's common that the cow was slaughtered in the most gentle way (pisau tajam, sembelih kat urat yang betul) for qurban.
sat lagi mati la lembunya.. kataku.
tak nampak lagi orang post gambar lembu kena sembelih kat fb,
takut kena kecam netizens la kot sebab katanya tak jaga sensitiviti etc.
but for me, penyembelihan dalam qurban ni adalah selembut-lembut cara.
korang tau ke daging lain tu macam macam sembelihannya.
memang tak nampak, tapi ada dengar siap kena ketuk, celur, which is too cruel to explain.
dalam ibadah qurban, binatang yang diqurbankan ni ditreat dengan sebaik-baiknya, insyaAllah.
so tak payahlah risau kata kejam ke dan sebagainya.
sebab tak kejam, caranya sangat lembut dan binatang tu mati dengan lebih baik dan mudah.
cuma if korang rasa super kesian kat binatang tu, korang tak dibolehkan untuk makan daging qurban tersebut.

ni ada sharing sikit kegunaan daging qurban.
1/3 untuk fakir miskin,
1/3 untuk dijamu orang lain.
1/3 untuk diri sendiri.
tapi kalau nak dilebihkan kat fakir miskin atau jamu orang dengan ambil bahagian sendiri pun tak pe.

ok tu je lah.
sorrylah pending entry haha.
nanti free ai update lagi :)

toodles!

No comments: