Tuesday, August 20, 2019

food shots

assalamualaikum and hi!

sebelum ni rajin la jugak post video masak-masak ni (kat IG).
sekarang dah slow sikit.
may be sebab malas? haha.
may be sebab time consuming jugak.
tunggulah ada mood.
snap food photos pun tunggu ada mood jugak.
tu yang tak banyak gambar menempek dalam phone ni :DD
kita letak mana yang ada je la ye.


ni namanya ikan merah masak asam rebus. terlebih kunyit ni warna kuning kemain :D

dapur kat rumah tu sebenarnya menghadapi masalah tak de mangkuk bersaiz besar secukupnya untuk menghidang kepada orang yang tak berapa nak ramai.
so start situ sy dok dapatkan mangkuk-mangkuk daripada hadiah redeem kat tesco and aeon big.. kahh.
dapatlah mangkuk kaca kualiti dengan harga murah sikit (macam dalam gambar kat atas ni).
kitorang tak pakai pinggan mangkuk corak bunga-bunga semua tu.
pakai yang plain-plain je.
(kecuali 2 biji pinggan plastik corak bunga beli kat jusco dah berkurun. masih tahan sampai sekarang. LOL)

ni tak payah caption pun dah tau apa kan. wah haha



daging goreng kunyit, yang sebelum ni fave ariana, tapi recently dia cakap tak nak dah. cepat beno bosannya. lolx



sup daging. banyak menu daging ni sebab daripada daging qurban baru-baru ni.



hat ni sy masak sayur tu je.. labu air masak bening lada hitam dengan keropok.. ganu style. ayam golek tu beli kat seksyen 20, shah alam.
di samping tu, alang-alang, sy nak selitkan makanan fave AAs (my kids) buat masa ni -which i found a bit challenging sebab tak tau laaa nak masakkan apa untuk budak-budak ni. haha :

ARIANA
1. nugget - be it yang KFC cicah dengan sour cream, ataupun nugget yang goreng kat rumah
2. mi goreng
3. nasi ayam / sup ayam
4. pizza / sup kat kedai pizza
5. roti nutella
6. pisang, grapes, orange

memang susahnya nak cari lauk dengan nasi yang ariana suka. pelik-pelik dimakannya. haha
ais krim, coklat tu tak yah letak dalam list la.
sebab budak-budak ni memang forever suka :P

ANAQI
1. epal - ya budak ni gilakan epal
2. nasi gaul ikan goreng
3. nasi ayam
4. pisang
5. mi goreng

dah sebab diorang pun tak makan pedas/makanan yang ada cili, so mama is pening nak masak apa HAHA
takkan nak goreng ayam je hari-hari kan.
boo-ring :P

dahlah tu je.
sampai ada mood lagi! haha
tatah!

No comments: