Tuesday, June 11, 2019

the amazing aidilfitri

assalamualaikum and hi!

salam aidilfitri, everyone!
masa post ni, dah masuk hari raya ke-7, alhamdulillah.
rasanya ramai jugak yang dah start bekerja hari ni, dengan post-aidilfitri-blues.. haha (that includes all of us! :P)

ringkasan raya 2019 kitorang
raya pertama sampai ketiga : terengganu (kampung tok)
raya ketiga : balik. singgah genting odw. singgah ikea.
raya keempat sampai kelima : banting (in laws)
raya keenam : rumah sendiri - mengemas - memasak

disebabkan balik ganu sehari sebelum raya,
jalan adalah clear.
balik sini pun jalan clear (sebab balik jumaat pagi).
alhamdulillah.
now onto the raya photos!!


first day raya, solat kat masjid kat kampung tok.

and i'm grateful, raya tahun ni dimudahkan banyak urusan.
satu - jalan balik kampung tak jam. despite of kitorang balik jauh ke terengganu.
dua - walaupun park luar pagar masjid (kitorang assume parking dalam dah penuh, sebab kitorang sampai tak berapa nak awal kan, dek kerana siapkan budak2 dan juadah untuk family before heading to masjid).. habis solat raya tu terus dapat keluar cuz yang kat dalam pagar masjid stucked kereta banyak.
tiga - time nak solat raya, betul-betul ada 1 spot siap dengan sejadah kat saf depan tepi sekali kat level 1 (it's still a wonder sebab siap ada sejadah tu. orang lain sebelah-sebelah tak ada sejadah atau bawak sejadah sendiri). padahal time tu ruang tu dah penuh sampai ke belakang. really thankful for it.


raya themed: light purple, atau lilac atau apa je lah nama dia. haha

warna asalnya tak terancang sebab sy dengan ariana dok beli baju dulu.
baju pun bukan warna purple.
baju base biru, yang lain warna-warni pastel.
so dalam-dalam banyak warna tu, ada warna purple.
babah pun kebetulan ada baju purple (tak beli baru).
cuma tak adalah gambar proper OOTD.
sisthur was buzeyh weh. lolx


gambar muka besar-besar macam ni je banyak (selfshot) ahahaa. so baju tak nampak. nampak tudung je la :P



dengan cousins; my cous and ariana's cous. hihi



ni gambar kitorang berempat yang semenggah sikit. wani (mama), isz (babah), ariana dan anaqi. anaqi memang ko takkan dapat gambar yang proper. macam-macam aksi dia ni kalau bergambar. eh ayna ada photobomb kat tepi! :P


gambar berdua dengan husband pun yang selfshot je banyak :DD

gambar keluarga hajah zakiah kat tangga rumah tok.



bergambar dengan tok yam dan tok ki.
untuk info diri sendiri; umur tok ki 93 (1926), and tok yam 85 (1934) this year.


gambar kemeriahan keluarga haji ali dan hajah maryam. time ni most of everyone ada balik beraya.

missing in the photos; faliq (my bro balik raya kat johor dulu), ain (SIL), tuah (nephew), papa kak gee (uncle), izrul (cous), ummu (wife izrul). tu je kot. kalau ada yang tertinggal, habaq mai balik :D


with anaqi.



with ariana.

ariana ni birthday dia sehari sebelum raya.
so merasa la sambut birthday sambil trip balik kampung.. haha.
no cake and everything.
hadiah proper pun tak sempat beli.
beli pre-gift je (buku unicorn) and bagi kat dia sebelum bertolak balik kampung.
balik daripada beraya baru sempat belikan dia hadiah.
we'll make it up to it soon ok, ariana.
raya-raya ni mana laa ada kedai bukak nak beli kek semua tu. lolx

ariana dan nenek yah.

gambar lauk-pauk raya, sorryyyyy tak disnap! ahhaha
dok kelibut buat benda lain pagi-pagi raya tu.

we had a blast menu, though.
cik mah (my aunt) masak kari ayam, memang trademark menu every year.
lemang ketupat nasi impit semua tu memang ada.
sate; cik su (aunt) and ammar (cous) beli kat area rumah dan dibakar kat kampung.
i brought my 2 ekor- rendang ayam kampung.
also brought ayam masak merah.
menu simple-simple raya je.
sebab lepas tu pi beraya rumah sebelah yang memang every year masak nasi minyak.
sedap gilssss. nasi and gulai ayam dia.. fuh! memang tak tipu sedap sungguh.



ni je la gambar makanan yang ada. gambar pembakaran sate terbuka. HAHAHA

next day, hari raya kedua..
kitorang gerak kt KTcity (kuala terengganu, that's how i call it since ages ago :D)
biasa kat KT ada 2 rumah akan pergi beraya, iaitu ke rumah tok2 sedara.
lain tu semua rumah kawan-kawan je ramai. haha
tapi tahun ni tak sempat nak ke rumah semua geng ganu. pergi 1 rumah je.

kat rumah su nong di losong/hiliran. su nong kurus sikit daripada sebelum ni dan dah lupa-lupa sikit, kata mama. semoga Allah pelihara dan lindungi su nong.



kat rumah tok nun di seberang takir. sambil beraya, lepas tu pergi carik ICT (ikan celup tepung) la, apa lagi :P yang tu next entry pulak. haha


satu-satunya rumah geng yang pergi beraya kat ganu was rumah hasnah.
rumah beliau kat kampung telaga, hulu terengganu.
gwe macam.. eh macam pernah datang la kampung ni!
sebab masjid dia unik, masuk-masuk kampung terus ada masjid tepi tu.
masjid ke surau, tak ingat.
rupanya sy pergi menjurikan kampung ni time pertandingan kebersihan kampung, years ago (masa tu kerja kat terengganu).
good old times katanya :D

hari raya kedua baru sempat nak pose dengan background raya bagai. kalau tak, jangan harap.. sisthur dok dang (tak sempat). HAHA



gambar kenang-kenangan dengan hasnah kat depan rumah hasnah (rumah terkeluar frame). credits phone hasnah.



menjamu selera nasi minyak ayam merah kat rumah hasnah. sedak! kata orang ganu. tq hasnah for having us :)


also missing this year, is abah.
you'll always be missed, abah. al-Fatihah.

selamat hari raya kepada semua,
maaf zahir batin juga ya kalau ada salah dan silap sy ni.
hihi. enjoy your raya! tata!!

No comments: