Tuesday, June 18, 2019

Premium Toys - kedai mainan murah di shah alam



assalamualaikum and hi!

kembali lagi kita dalam siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam :P
ha, kemain besar billboard kedai premium toys.
dari jauh boleh nampak.
sebelum tu, mohon maaf kat owner kalau sy snap gambar sana sini.
sy snap gambar sebab nak dimasukkan dalam entry kedai mainan ni.
sebab sebelum ni bila sy dok cari kedai-kedai murah,
susah nak jumpa blogs.
banyak orang dah tak update blogs sekarang.
jadi kita kena meneruskan usaha blogging tu supaya senang orang nak buat rujukan, jika kebetulan tengah nak cari kedai mainan murah ke. contoh.

kedai premium toys bertempat di seksyen 19, shah alam.
di deretan lot-lot kedai area de palma hotel.
nampak de palma hotel shah alam, korang masuk je ke dalam kat deretan kedai-kedai tu.
jalan terussss ke depan.
sampai nampak billboard besar ni. haha
kedai mainan ni dok sebelah kedai rojak subang.

kedai ni banyak gile mainan ok.
kalau nak buat birthday party,
pun ada macam-macam item dalam ni.
kedai ni sebenarnya milik mendiang bekas cikgu geografi sy.
sekarang kedai diuruskan oleh family beliau, kalau tak silap.

jom kita jalan-jalan virtual dalam kedai!


ha seperti yang sy cakap tadi, sini ada beberapa barang-barang kalau korang nak buat majlis harijadi. belon memang banyak sangat kat sini. harga standard, tidaklah super murah tapi masih dikira murah. dalam beberapa ringgit untuk 1 pek belon saiz kecil.


kedainya dibahagikan dalam bentuk lorong-lorong mainan yang agak sempit, tapi mainan mewah (banyak). ni ariana tengah dok tunjuk pam angin belon.



masih lagi di barang-barang harijadi. lilin pun banyak choice kat sini.



sesiapa nak bermasquerade, berhalloween, sini banyak jugak masks.

yang hat-hat topeng halloween, scream, rambut plasu semua ada.
baju-baju beragam pun ada.. nampak untuk budak-budak.
orang besar punya tak sure.
harga puluh-puluh.
ada tengok haritu baju frozen RM60.
kalau nak cepat bolehlah beli kat sini.
kalau sanggup menunggu, beli kat shopee dapatlah RM25-30 lebih.


ada masks, deco-deco party.



ni barang-barang untuk halloween, termasuklah make up, gigi, jari, semua ada. haha. yang selempang untuk bride-to-be, happy birthday pun ada. crown-crown pun ada.



ni cekak beragam. cekak unicorn pun cantik-cantik.



close-up sikit barang-barang halloween.



yang nak buat party, party bags untuk buat goody pun ada. harga murmur (murah).



party hats! bawah tu baju beragam.



haa ni la dia baju beragam. banyak kot.



wigs untuk yang feeling2 drag. atau clown. haha



di side lain, ada juga mainan-mainan yang pelbagai untuk budak-budak. beyblade semua tu memang ada. tapi tak snap semua gambar.


clay, lego imitate, robot, ultraman, spiderman, pembalut hadiah, greeting cards, paperbags semua ada. haa datanglah sendiri nanti tengok.
most of the toys ada sini.
kereta elektrik ada, tapi tak super banyak.
pelampung ada.
eggs gile banyak.
dinosaurs, kereta dll.


syurga mainan!!



nak tunjuk kereta hot wheels dia harga RM6.90 je.


selamat membeli belah mainan untuk korang!! :D
*macam tu je penutup dia HAHA*

No comments: