Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, September 04, 2017

BANDUNG TRIP : Day 4 - Farm House Lembang

heylo!
cuti-cuti am macam ni tengah mengumpul kekuatan nak habiskan entry bandung. ahaha
tak pe, sikiiit je lagi nak habis :D

ok entry kali ni memang dedicated kat farm house lembang je.
sebab kat sana banyak tangkap gambar,
since banyak good spots for a photograph.
cuaca pun cerah, so pencahayaan agak menyebelahi.

lembang ni located kat belah atas bandung.
naik bukit.
so sejuk sikit kat sana.
hari keempat (sabtu) memang kitorang merayap kat lembang mostly.
shopping time dah settle. (weekend sesak sikit kat tempat shopping, tu yang kitorang shopping awal).

kitorang gerak pukul 9 pagi dari hotel.
sampai sana kena park kat parking seberang jalan,
sebab kat dalam dah penuh.
tapi tak la jauh sangat. seberang tu je.

masuk-masuk nampak bunga lawaaaaaa.

close up shot.



bunga-bunga ni tinggi kat atas kepala. so kena angkat tinggi sikit kameranya.

tiket berharga Rp.20,000 atau dalam RM6 lebih kurang untuk seorang.
tiket ni nanti boleh ditukar dengan segelas susu berperisa atau sosej bakar.. salah satu saja.
nak lebih sila beli sendiri. bahaha


a children friendly place, ada petting zoo.



again, the blooming flowers :)



sesi bagi makan iguana/mengkarung. diorang makan papaya, tembikai..



ariana & anaqi (AAs) suka tengok ni. cicak, kata ariana. haha



kat tempat rabbit.



qiqi (anaqi) pun tak nak ketinggalan bergambar. xD



babah pun join sekaki.

then kitorang masuk ke tempat kambing biri-biri.
comelnyaaa lahai.
boleh beli carrot untuk bagi depa makan.
diorang ni lapar lebih, so kalau hulur carrot memang menyerbu semuanya.

anaqi ni tak takut langsung ok. selamba je pegang. dia memang suka animals.

kalau kat kampung babahnya kan ada kucing,
si anaqi ni memang selamba je usap-usap, siap baring sebelah kucing.
memang nampak tahap keselambaan dia tu. lolx


ni gambar bukti (background), bebiri sekalian dengan rakusnya menyambar carrot yang diberikan. ahaha



comelnya bebiri semua ni.

salah satu tarikan kat farm house lembang ni adalah rumah hobbitnya.
malah time kitorang datang tu,
diorang macam ada buat construction baru kat belakang.
macam ada tambahan. tapi belum siap lagilah.

ada sorang pakcik ni tolong snapkan gambar kitorang. beratur ok nak bergambar kat sini.



ariana and mama.. kat rumah hobbit.



babah and anaqi pulak. :)


kat farm house ni banyak tempat dengan view menarik.
banyak pokok etc.

ariana with pine trees background.

tak perasan terbuat watermark ni masa edit batch photos untuk resizing.
tengok-tengok time upload gambar, ada watermark.
malas la nak edit balik.
so kira pass je lah watermark ni ye. HAHA

my two awesome guys.

lepas tu pi kandang lembu,
nak bagi minum susu kat anak lembu.
kena bayar Rp.20,000 jugak untuk sebotol susu.
kesian anak-anak lembu ni, nampak lapar sangat.




diorang dah minum tu tak nak lepas ok. sebab lapar kot.



ariana ber-background-kan batu-batu.

kat farm house ni jugak korang boleh sewa costume yang cantik.
yang macam gaun kembang dutch lady tu.
tapi kitorang ta menyewa, so tak tau berapa harga.
may be korang boleh google later.
kat tempat ni la nak menyewa costume tu.



lepas tu ada macam beranda kat tempat yang tinggi, untuk tangkap gambar view.
awesome viewwww di situ.




kat beranda.



love the greenery.



kincir angin pun ada untuk bergambar.



testing angle shot. lolx



suasana di kawasan streetnya. penuh orang. meriah!

dia macam perkampungan kat perancis/belanda pun ada.
comellah!

tengok rumah-rumah dia. cute kan!



selfshot of myself.



then ada satu tempat ni khusus tentang pisang. ahaha. serious!



tempat duduk-duduk. cantik sebab ada lapu gantung-gantung ni.

kat tempat pisang ni (lahai tak tau nama hahaha) boleh masuk dalam.
ada orang jual makanan (mostly dessert) yang diperbuat daripada pisang.
haruslah beli kan pisang goreng cheese dengan coklat.

yang ni pekerja dia tengah letak topping atas pisang goreng.

pisang-pisang yang dijual kat sini adalah pisang tanduk.




fried bananas with toppings.



apam balik (atau kat sana diorang panggil martabak manis) pun adaaa.

martabak kat bandung ni tak kedekut keju ok! :)


lepak makan kat meja luar kejap.



with ariana bariana.



husband with the pisang goreng cheese coklat.



kat dalam ni ada tempat redeem susu segar berperisa. kat luar pun ada. tapi kat dalam ni tak ramai orang.



rumah kecik ni ada jual souvenir tak silapnya.

haa tempat souvenir banyak kat dalam farm house ni.
sebelum keluar ada jugak kedai yang besar sikit.


ni kedai souvenir yang besar.

biasalah ada baju, magnet, keychain dll.
fridge magnet sini lawa tapi mahal sikitlah.
macam RM5 satu.
kalau nak beli untuk diri sendiri bolehlah.
nak beli untuk ramai-ramai, nampak macam ada jugak magnet bentuk pek makanan/minuman.
comel gile.. bentuk indo mee, paket milo, cereal dll.
yg tu macam beli 7 dengan harga Rp.20,000 or more.


kat streetnya ada jual lukisan-lukisan jugak macam ni.

belon-belon bentuk farm animals pun ada.
siap dengan kaki. comelnessss.
tapi kitorang tak belilah.
belon tu ada jual, open air dalam farm house ni.
kalau jalan-jalan nanti jumpalah.

husband cakap nak redeem susu sebelum keluar.
sebab dah jalan-jalan mesti dahaga kan.
biar redeem last.
so time keluar tu kitorang pun redeem segelas susu strawberi dan segelas lagi susu coklat sejuk.
sedap!

panas-panas minum memang sedap!

udara sejuk, tapi terik mentari yang panas.
so kalau korang berjemur kat sana memang tak terasa mana panasnya.
cuma nanti-nanti baru nampak kesan legam. haha
so tak payah nak terdedah sangat kat bawah matahari walaupun rasa sejuk.
sebab tetap kena sunburn nanti :D



aight. sambung lagi nanti!


bersambung...



OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

Day 4 - Farm House Lembang

Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport

0 comments: