Wednesday, August 30, 2017

BANDUNG TRIP : Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

hey hey!

bertemu lagi kita :D

keesokan harinya on the third day (jumaat), nak gerak ke 'next station' pulak.
iaitu ke trans studio bandung.
ni khusus untuk budak-budak.
diorang suka la kan theme park bagai ni. haha

sebelum tu kita breakfast dulu kat hotel ;)

bubur ayam serela. sedapp. boleh kata hari-hari makan ni. lolx



nasi goreng thai katanya, tapi tak rasa tomyam. mungkin resipi sini lain. ayam kicap bakar. dll.



hop in mpv, nak gerak ke trans studio.



anaqi layan perasaan kat tepi tingkap mpv. hahaha



hoyeah dah sampai!

kitorang beli tiket online.. dapat murah sikit.
tu pun bila kat KLIA2 baru teringat.
nasib baiklah ada internet kiosk kat departure tu.
kat situlah sy beli tiket. technology rocks!

sebelum theme park dibuka, diorang siap buat persembahan kat depan ni.

entertaining sangat.
siap keluar confetti and buih-buih sabun yang banyak.
macam celebration la.
lepas tu baru pintu dibuka and pengunjung semua masuk.
beruntung kalau datang awal masa gate nak bukak, boleh tengok performance ni.


kat depan tu ada disediakan props topi, kalau nak bergambar.



my lovelies yang dah pakai baju bandung (beli kat pasar baru semalam. haha)



suasana kat dalam.

trans studio bandung ni adalah indoor theme park.
kat luar tak sure.. nampak macam ada roller coaster, tapi tengah construction.
so kitorang main ride kat dalam lah.
yang mana budak-budak boleh naik.
ada jugak game/ride yang ikut ketinggian.
kalau tinggi tak lepas, tak boleh masuk.
ada macam-macam, tapi tak semua dapat main sebab bawak AAs (tinggi tak cukup. lolx).
nak main sorang mana seronok.
so kita main yang ramai-ramai boleh join.

salah satu ride di dalam. macam naik tren tp 1 gerabak. haha



kat tempat marin. belakang ni ikan jerung. ikan piranha pun ada kat aquarium sebelah.

tempat ikan ni macam educational sikit.
boleh belajar macam-macam tentang hidupan marin.


boleh pegang ikan jugak. fish spa yang kecik-kecik pun ada sini, tapi tak tangkap gambar sebab sy pun dok menghulur tangan :P geliii.



fish pond.

cakap pasal fish spa,
ada info kat situ.
banyak tempat dah tak bagi buat fish spa ni.
sebab datangkan keburukan, macam kotor kat air, kat ikan.
lagi satu tak sesuai untuk orang yang kulit sensitif, ekzema, sakit kulit dll.


ternampak dua orang fairies ni. ariana nak tangkap gambar. so kita temankan.

ada pulak tempat main budak-budak kecik.
so let's!

kemain suka.



anaqi pun nak jugekkk. haha



babah and anaqi.



wani e.

lepas tu ada macam dunia anak.. funfair untuk budak-budak kecik.
masukkkk jangan tak masuk.


free je semua ride kat sini.. sebab dah bayar tiket masuk tadi kan.



dizzling cups, as i called.



permainan ganas haha. ariana kemain suka nak naik. lepas tu, ha hambik. terus melompat-lompat kereta ni. gerun dia :P

ada permainan lain jugak macam bumper car, kereta atas air, etc.

lepas tu girls yang pakai snow white yang jaga funfair tu beritahu,
magic show dah nak start.
so kitorang keluar nak tengok magic show pulak.

kat depan entrance magic show.



ni baru duduk. lampu terang lagi.



nice performance!
magic show yang banyak kepada acting.
siap menari semua. nice la.


anaqi ni ketakutan ke apa tak tau la. sebab tiba-tiba depan tu menyembur-nyembur api. lolx

ye kitorang dah la duduk depan sekali kan.
tetiba keluar api bagai.
sebab ni magic yang black theme.. bukan magic happy-happy ada clown ye.
terus terdiam budak berdua tu. mata tak berkelip.

sebelah and belakang kitorang pulak 1 group family arab kot. ramai.
yang magicians dok cakap indonesia diorang tak faham.
"english please!" jerit mereka.
kesiankan diorang tak faham apa, sy pun tolong translatekan. lolx

nampak tu. siap stok menganga mata tak kelip.

lepas magic show, kitorang dah penat, nak balik.
sebab nak lunch semua kan.
pergi depan nak tengok gambar yang pekerja trans studio tangkapkan masa sampai tadi.
beli gambar dalam bentuk fridge magnet 2 unit.
kalau nak buat keychain dengan snow globe pun ada.
harga tak ingat la, belas-belas RM kot.

kengkonon tengok map dua beradik ni.

pergi wong solo.
ingat nak try ikan nila bakar.
tapi ikan habis.
so ambik set ayam bakar.
sedap bak hangggg sedap sedap kuasa ganda lapan.
harga sini pun affordable sangat.

sambal dia and everything, semua sy makan. (wani is well-known as 'tak-makan-sambal'. tapi cili kat wong solo ni, sy boleh makan)

satu yang suka kat bandung ni,
hampir semua tempat ada ruangan solat (or they call it as 'musolla').
kat kedai, kedai makan, even kat tempat pejalan kaki (kat cihampelas sky walk) pun tetiba ada musolla tengah-tengah tu.
walaupun suraunya ada 1 (tak asing lelaki-perempuan),
tapi boleh je solat asalkan tutup aurat.
tudung yang sy pakai di bandung adalah jenis yang tak renyuk, tahan lasak.. mudah nak pakai untuk solat. sarung je telekung, tak payah bukak tudung ke apa.

musolla di wong solo. telekung pun ada siap.

lepas kenyang perut suka hati, gerak ke rumah mode. jyeah!
rumah mode best.
sebab ambiance, sebab landscape, sebab baju best-best!
tapi budak kecik berdua dah tidur.
kitorang pun pangku kat bangku depan kedai rumah mode. LOL

killing the time ambik gambar sambil tunggu budak berdua bangun :P



kolam kopek as i call it. haha. sementara AAs belum bangun.

lepas AAs bangun, baru kitorang masuk ke dalam.
tak snap gambar, dok tengok barang and baju je.
berjaya beli shirt untuk abah and my bros.


ni kat kafe dalam rumah mode. ada kedai souvenir jugak kat sini. tapi mahal sikit.

cadangnya nak dinner kat stone cafe.. tapi tak jadi sebab kenyang lagi.
so balik tu singgah ke kedai martabak kat area andir (sebab tu namanya martabak andir).
famous la martabak andir ni.
so harus try.
nama je martabak, tapi sebenarnya macam apam balik kat malaysia.
cuma isinya meriah.
boleh pilih nak keju ke, coklat, pandan, jagug, dll lagi.










ni ha menu dia kalau nak tengok. husband tolong snap ni, sy dok dalam kereta je dengan AAs. sebab dia tapau.



dibungkus dalam kotak macam ni. harga around RM30. may be sebab ada cheese.. and pakai cheese berkualiti ya.



tara!! what's inside.



yum! glorious kan!

husband kemain suka.
sedap katanya.
memang dia peminat dessert manis-manis macam ni.

gambar bukti husband tengah makan martabak andir kat hotel.

ok dah!

bersambung...


OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

DAY 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

DAY 4 - Farm House Lembang


Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport

No comments: