Wednesday, November 18, 2009

lolnesskah

letihkuasatiga. haha
lepas badminton pergi minum+makan lagi (ye, tak de makna pembakaran lemak di situ lolx)
sesat2 sikit lepas tu jumpa tempat minum, lepas tu tempat parking dia banjir gile, lepas tu kasut basahkuasalapan. heaven.
balik masak air, sidai baju, mandiairsuam (sila jeles :P) dan lepak/surfing di katil. heaven.


sebenarnya ada cerita.
*untuk bacaan family gwe yang nak tau updates HAHA. orang len yang nak baca, bacalahsukahatikorang. taknak pun tak pe, ada-aku-kisah haha*

+pengarah(tuan hj) mintak sy call sebab beliau di KL dan buat jarang-jarang kalinya beliau berkata, "you're right!" kat sy. haha. finally i'm right, eh? :P

+ah abai yang di atas. sebab lepas-lepas tu, PA tuan hj kalut-kalut call sy masa sy kat kempen derma darah di tingkat bawah ofis. katanya tuan hj cakap, "sy tak bagi wani pergi sukan! meeting lebih penting!" (sebenarnya lagi panjang dan dramatik, tapi sy pendekkan HAHA) hahhh terkuborlah harapan sy nak pergi kota bharu (KB) weekend ni untuk bertanding!! T_Tv

+tak boleh biarkan ni berlaku!! lantas sy bergegas ke ofis dan selesaikan hal-hal dan call tuan hj dan akhirnya penyelesaian masalahku berlaku dengan hebat *hahaha gelak hartanah :DD* meeting akan berjalan weekend ni, sy akan prepare semua tapi sy takkan berada di meeting. juga menyelamatkan sorang kawan daripada kena attend meeting itu sebab semua orang patut bergembira di KB pada hari terbabit (rasanyalah gembira) :B dan buat jarang-jarang kalinya juga, mendengar tuan hj bercakap "terima kasih terima kasih terima kasih" banyak kali kepada insan kecil sepertiku ini. terharu. lolx

+tapi ada masalah lain muncul. bersedia untuk dimarah (atau tak dimarah) tuan hj lepas balik dari KB nanti. yang penting masalah tu bukan dicetuskan oleh sy, tapi melibatkan sy. haihs. pening kan.

+petang. berkumpul dengan orang-orang tua (tua ke? haha) bercerita tentang projek. itu adalah aneh. sungguh aneh. dengan muka serius sambil bentangkan fail dan kertas-kertas atas meja, bercakap tentang elektriklah civil work lah apelah. memang aneh ni.

+dua hari lepas kot. keanehan.. 1 nombor tersalah call. siap text. tanya itu ini. cakap yang nombor sy itu patutnya nombor kawan dia bernama lan. lan lutut ko HAHA. sudahlah cakap salah nombor, ingat habis sampai di situ. kemudian call lagi tanya adakah salah nombor. sudah jelasnyata daku katakan kepada ko, ini salah nomborrr masih lagi pura-pura call tanya perkara itu. apekah!! kemudian text-text lagi nak berkawan. apa yang lebih pelik, nombor telefon orang itu, nombor depannya adalah no plat kereta sy.. 01*-7709*** SUNGGUH ANEH!! *faint*



sekian.
nanti ada perkara-perkara happening, sy akan cerita lagi.
lolness.

2 comments:

zo said...

waaa..aku tengah berusaha pujuk bos bagi aku ikut kem bina semangat kat kuala kubu baru 23-25hb nih..wish me luck

wani ezryl * said...

pujuk dgn kaseh-sayang spy bos ko bagi ko pergi.. lolx! :P slmt berjaya.