Tuesday, November 21, 2023

trip ke melaka - day 2 & 3

assalamualaikum and hi! :)

sebelum kemalasan menguasai diri, eloklah sy update kisah holiday melaka laju-laju.
nanti tau-tau dah masuk tahun 2024.. tak berupdate-update lagi HAHAA

on the 2nd day of our melaka trip..., ecewah skipping 😂

..hari kedua kita cari kuih-kuih kampung.
husband teringin nak makan kuih.
so google la.. jumpa 2 lokasi; jalan ujong pasir dan semabok.
disebabkan tak tau mana satu best, kita terjah je yang paling dekat.

maka sampailah kitorang ke perhentian kuih kampung kat jalan ujong pasir (dalam bandar).


ni rupa bentuknya. rasanya kedai ni kecik sikit kot daripada yang semabok.



kuih pun 3 deret ni.. tak banyak sangat. tapi bolehlah buat alas tekak. haha



harga boleh tahan. mahal seposen daripada harga pasaran. hahaa



kat sebelah tu ada kedai asam pedas apak.


kalau nak ke perhentian kuih kampong kat jalan ujong pasir ni,
kat google tak jumpa. so boleh la tag kedai asam pedas ni.


lauk-pauk asam podeh yang ada. tapi kami tak makan asam pedas hari tu.
so tak dapat nak rate.



basically ni yang diambik.



my mi goreng. rasa biasa aje. so-so.



kuih pun ambik sikit-sikit buat rasa-rasa.



ada jugak meja jual goreng-gorengan. so ambik kepok lekor and cempedak goreng.
sadly cempedaknya macam dah lama dan dipanaskan balik.



overall sy tak berpuas hati dengan makanan kat sini. hahaa
tapi ni selera sy je. selera orang lain mungkin lain. so kena singgah dan rasa sendiri.


petangnya pulak kitorang ke restoran legend kat melaka; restoran kenanga.




restoran ni pagi ada jual breakfast. hujung petang ada jual masakan panas yang simple dan legend (rasa seperti masakan home made) macam nasi goreng, mi goreng, sup.






time kitorang datang ni, dekat-dekat pukul 6 petang. tak ada orang lagi.
baru-baru bukak untuk slot dinner.



sup daging. sedap! home made-ish.




datang pun semata-mata nak makan nasi goreng legend ni.
yang masak pun orang lama.




yang ni nasi goreng spicy (tapi tak pedas sangat. ok)




nasi goreng tak spicy.


nasi goreng dia, bahan-bahan simple je.
tapi rasa.. fuhh, marvellous.






nampak tu, licin makan. haha



service wise, ok je laju.
mungkin sebab time tu kitorang yang 1st dan kitorang je kat kedai haha.
dari segi friendliness, don't expect much.
mungkin keturunan pahlawan memang gitu. hihii

menu gorengan tak banyak, tapi insyaAllah sedap. harga pun ok.


lepas tu balik hotel, lepak-lepak, tido.

esoknya dah hari sabtu. day 3.

pemandangan dari tingkap bilik hotel.



disebabkan sy pilih hotel ni (99 greysuites di dalam pine hotel melaka) sebab nak berenang,
maka pagi tu sy pun pergilah berenang.





anaqi main kat kids pool.








the AAs.














lepas puas hati mandi-manda kat kolam air masin,
kitorang balik semula bilik otel. menunggu masa untuk check out.

wifi ok, laju.




tv ada 19 channels.




hotel ni go green, so sabun-sabunan semua di dalam bekas dispenser macam ni.








gambar selingan.










overall kalau tentang bilik, sy berpuas hati.

check out ok je, cuma pulangan deposit RM100 tu akan mengambil masa 5-7 hari bekerja.

balik tu singgah ayer keroh.
kali ni husband nak makan kat asam pedas nek jarah, melaka.

basically ni yang kitorang makan.




suasana kedai.












asam pedas dihidangkan di dalam claypot. ni yang order punya.
yang buffet pun ada. senduk sendiri. haha


sejujurnya, sy tak pandai nak rate asam pedas melakau ni.
rasa macam sama aje atau tak de yang wow.
mungkin dah terbiasa dengan asam pedas sendiri yang masak ikut tekak sendiri kan 😂

balik makan tengah hari tu, terlalu kat kedai lain.. sederet jugak dengan nek jarah. zahrin kot nama dia.
lagi besar, lagi banyak lauk wehh. next time boleh la singgah. orang pun ramai.
so singgah beli kuih keria je. keria dia sedapp.

 

lepas tu kitorang pun baliklah terus ke rumah. haha
sekian kisah percutian kitorang di melaka. ahaks.

Wednesday, November 08, 2023

palestin dan boikot

assalamualaikum and hi!

sebelum kita sambung balik cerita trip ke melaka,
sekarang ni tengah pergolakan israel-palestin.
i wouldn't say hamas started it, sebab semua-semua kegilaan ni bermula daripada israel.

alkisahnya 7 oktober hari tu hamas serang israel.
serang bersebab ye. sebab oppression yang ditanggung berzaman lamanya.
sebab israel menyibuk kat masjid al-Aqsa, sebab israel layan buruk orang palestine (videos banyak, boleh search) DANN sebab israel dok import masuk entah sapa-sapa dari luar (jewish people) untuk suka hati rampas dan duduk kat rumah orang palestine.
dah la pendatang, buat macam tuan tanah pulak.
tu la puncanya.

so lepas kena serang, israel declare 'war'.
sy tak nampak benda ni macam war pun, sebab serangan sehala.
serang rakyat yang tak bersalah, yang tak de senjata atau peralatan peperangan pulak tu.
serang hospital, serang kenderaan yang tengah nak keluar dari kawasan 'perang', serang kem pelarian.
yang ramai maut, kanak-kanak, wanita, lelaki civillians.
clearly it's not a war, it's a genocide.

everyday, sy tengok videos yang dikongsikan oleh jurnalis tempatan gaza, on the ground.
dan ramai jugak jurnalis mereka yang meninggal dunia kena serangan israel.
ramai juga ahli keluarga jurnalis yang meninggal dunia, namun mereka semua tetap kuat dan tabah.
everytime tengok tu la rasa sedih, marah, semua ada.
walaupun tak berlaku kat malaysia, tapi kekejaman tu terlampau la kejam,
sampaikan kita yang jauh ni pun terasa.

jom sama-sama kita doakan kemenangan buat rakyat palestine.
moga Allah jaga dan lindung mereka.

pada masa yang sama,
gerakan boikot besar-besaran sedang berlaku di seluruh dunia.

yang paling banyak, tentu-tentulah mc D.
yelah, haritu mc D israel siap sponsor makanan percuma untuk askar israel.
so ramai dah boikot mcD skang.
tak pe la nak boikot bermusim ke, nak boikot terus ke,
boikotlah korang. walau bermusim, tetap ada kesan terhadap sales dan saham diorang.

mc D, KFC, dan banyak lagi fast food chain.
disebabkan ni, ramai cari alternatif lain, contohnya marry brown. haha
tetiba marry brown habis ayam. sebelum ni kalau datang MB putrajaya tu, kosong je ye kat dalam.
skang mungkin berbeza.

produk-produk keluaran US pun ramai yang boikot.
macam coke, pepsi, milo, kitkat, nestle, oreo, lays, macam-macam la.
banyak, maleh nak taip semua.
kalau nak check, boleh ke website bdnaash.com
tapi banyak juga produk-produk ni yang anak2 ai suka, macam milo.
tapi baru-baru ni anaqi pi 7e, dia tak nak ye milo.
haha umur 8 tahun dah pandai boikot ye.

for me, boleh kot adapt. sebab tak banyak pakai produk2 makanan minuman.
kite kan banyak membeli kat pasarunnah aje hihi.
support peniaga tempatan gitu. air pun beli air kelapa je. air kelapa bukan US punya. haha
tapii ada certain barang-bukan-makanan yang sy pakai.
lagi, yang kucing sy makan. tapi tak tau la to that extent makanan kucing pun nak boikot. IDK.
setakat ni kita fokus boikot besar-besar dulu like mcD.

dah, tu je.
free Palestine! 🍉

Thursday, October 12, 2023

trip ke melaka - day 1

assalamualaikum and hi! :)

haa ni lah masa sy nak update lagi kihkih (ada pun masa!)

ni cerita trip pi melaka haritu.
28-30 september.
since 28 sept tu kan cuti maulud nabi *Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad*
29 sept jumaat pulak, budak-budak ni ponteng sehari HAHA
tapi tak belajar pun haritu sebabnya sekolah agama cuti peristiwa maulud,
sekolah kebangsaan pulak ada program berarak.

kali ni book greystone 99 suites, melaka.

singgah ayer keroh dulu, makan nasi berlauk campur.
try kedai nasi berlauk lot 32.
sy makan nasi putih, kuah asam pedas dengan ayam goreng.
sedapp.
AAs makan nasi ayam.


gambar bukti dah sampai kedai lot 32 haha



kedai ni ada deco2 jugak.. cantik la, homey macam tu.


dah kenyang tu, memang ngam pukul 3+ petang.
dengan layan jem nya, jalan tutupnya.. haha. sampai pun ngamm je.

sebenarnya greystone 99 suites ni terletak kat bangunan hotel the pines, melaka.

bilik hotel sama je semua, cuma management under jaya 99 kot.. jaya 99 ni building berdepan dengan the pines. tapi greystone ni lebih kepada air bnb. service ala hotel macam housekeeping tu tak de la.
kemudahan bilik, internet, towel semua ada.
walaupun bukan bawah hotel management the pines, tapi ai is ok je, sebab harga dia gile murah berbanding the pines.
boleh kata dalam separuh harga kot.
kitorang stay 2 malam, 1 malam tu harga bilik suite RM100+ je. pergh.


haa time check in, kena check in kat dalam kedai mini mart depan the pines ni.



boleh nampak bunting greystone depan kedai ni.




info waktu operasi.




info parking.


haa part parking pulak,
since bawah management greystone,
kena parking kat building dia la.. building jaya 99 yang depan the pines ni.
dekat je pun. ada lif semua. tapi kena bayar la RM2 per entry kalau hari cuti.


suasana dalam kedai mini mart tu. ada 2 kaunter.
kaunter kanan tu kaunter kedai, kaunter kiri kaunter greystone 99 suites.


nampak queue panjang kan.
time sy sampai, ada la 2 orang depan sy.
lepas tu berbondon orang datang.. jadi la queue panjang macam ni.. haha.
semua nak check in time ni.
so tipsnya, datang awal sikit je daripada orang lain.
check in ada la ambik masa sikit, sebab kena bayar deposit RM100 per room.
deposit akan dipulangkan 5-7 hari lepas kita check out nanti.


dalam gambar ni boleh nampak yang bangunan tempat kita check in tadi betul-betul berdepan dengan the pines. boleh nampak nama the pines kat cermin tingkap ni.




dah sampai bilik!! huuge.


sebenarnya sebelum ni pernah dah 2 kali stay kat the pines.
sy loove the pines sebab bilik luas and ada pool air masin. haha
that's why repeat sini je.
eh tapiii tak boleh cakap ni the pines.
ni greystone 99 suites. hihi. tapi serious, biliknya, hotelnya sama aje.
may be the pines ada jual a few bilik kepada greystone ni untuk manage.


ada katil, ada sofa.




ada bench tempat lepak ni. memang bahagia dapat bilik suite luas, harga seratus + je. wahaha




tapinya bilik air tak de bath tub.
ada bilik suite jenis2 lain yang ada bath tub, rasanya yang macam exec suite kot? ntah. nanti check la. boleh pilih je. haha




sabun dan syampu ada disediakan.




time ni kitorang dah gerak nak gi swimming. tazabarr.
awat ai nampak gems dalam cermin ni?! 😂




take two.




maka sampailah kitorang kat swimming pool.
pool dia pun luas gileee. petang tu husb tak mandi, dia nak dok lepak situ je.


satu lagi bezanya dok bawah management greystone (ala air bnb) ni is; pergi pool tak dapat towel pool hotel ye. sebab tu under hotel the pines.
pekerja dia siap check guest list macam check list kat coffee house tu. ahahaa
tapi since sy dah expect benda ni, sy bawak sesiap la tuala. kikikii

pool dewasa.
belakang tu, pool untuk bilik-bilik hotel yang ada pool luar bilik sendiri.
kalau hotel, 5, 600+ kot untuk bilik gini. greystone rasanya 200-300.




ni pool kanak-kanak.




AAs.




tak pernah jemu tengok deco hotel yang berkonsepkan comel and ada lukisan orang lidi di mana-mana (orang lidi not in this picture)


lepas dah penat mandi manda,
kitorang plan nak makan ikan bakar malam tu.
malas nak ke tempat biasa, nak try tempat lain pulak.
so kitorang gerak la ke mukmin ikan bakar, alai.


located kat lot-lot kedai. nampak tersusun la.
bukan dulu kedai mukmin dengan crystal bay (kedai sebelah dia) located kat tempat lain ke?
macam bukan lot kedai baharu macam ni. adakah ni relocated ataupun cawangan lain? ntoh le, malas nak siasat HAHA




kitorang datang awal (memang spesis awal di mana-mana HAHA), so nampaklah tak ramai lagi.
sat lagi tunggu la, ramai tu.



husb tersenyum membayangkan ikan bakar akan sampai tak lama lagi.




us four.




ai yang minta beliau posing gini HAHAA. comel kan! :P


our lauk; ketam goreng telur masin. sedapppppppp. banyak huruf P, memang sedap betul la tu.
harga pun ok. 3 ekor ni, RM45. kira sekor tu RM15.




ni pulak sotong goreng telur masin. husband punya. sedap jugak, but since saya tak berapa makan sotong. rasa2 je la, haha




bergambar dengan ketams.




ni satu lagi laukkk. ikan siakap bakar sambal. harga tak ingat la, dalam RM40+




overall, ni lah hidangan kami malam tu.
simple je kan, tapi harga dah seratus lebih.. kahh. sobs 😂
(xpo, yang penting semua sedap. boleh repeat)

 

sekian.
nanti sambung kisah day 2 in melaka pulak. hahahahh