Wednesday, November 08, 2023

palestin dan boikot

assalamualaikum and hi!

sebelum kita sambung balik cerita trip ke melaka,
sekarang ni tengah pergolakan israel-palestin.
i wouldn't say hamas started it, sebab semua-semua kegilaan ni bermula daripada israel.

alkisahnya 7 oktober hari tu hamas serang israel.
serang bersebab ye. sebab oppression yang ditanggung berzaman lamanya.
sebab israel menyibuk kat masjid al-Aqsa, sebab israel layan buruk orang palestine (videos banyak, boleh search) DANN sebab israel dok import masuk entah sapa-sapa dari luar (jewish people) untuk suka hati rampas dan duduk kat rumah orang palestine.
dah la pendatang, buat macam tuan tanah pulak.
tu la puncanya.

so lepas kena serang, israel declare 'war'.
sy tak nampak benda ni macam war pun, sebab serangan sehala.
serang rakyat yang tak bersalah, yang tak de senjata atau peralatan peperangan pulak tu.
serang hospital, serang kenderaan yang tengah nak keluar dari kawasan 'perang', serang kem pelarian.
yang ramai maut, kanak-kanak, wanita, lelaki civillians.
clearly it's not a war, it's a genocide.

everyday, sy tengok videos yang dikongsikan oleh jurnalis tempatan gaza, on the ground.
dan ramai jugak jurnalis mereka yang meninggal dunia kena serangan israel.
ramai juga ahli keluarga jurnalis yang meninggal dunia, namun mereka semua tetap kuat dan tabah.
everytime tengok tu la rasa sedih, marah, semua ada.
walaupun tak berlaku kat malaysia, tapi kekejaman tu terlampau la kejam,
sampaikan kita yang jauh ni pun terasa.

jom sama-sama kita doakan kemenangan buat rakyat palestine.
moga Allah jaga dan lindung mereka.

pada masa yang sama,
gerakan boikot besar-besaran sedang berlaku di seluruh dunia.

yang paling banyak, tentu-tentulah mc D.
yelah, haritu mc D israel siap sponsor makanan percuma untuk askar israel.
so ramai dah boikot mcD skang.
tak pe la nak boikot bermusim ke, nak boikot terus ke,
boikotlah korang. walau bermusim, tetap ada kesan terhadap sales dan saham diorang.

mc D, KFC, dan banyak lagi fast food chain.
disebabkan ni, ramai cari alternatif lain, contohnya marry brown. haha
tetiba marry brown habis ayam. sebelum ni kalau datang MB putrajaya tu, kosong je ye kat dalam.
skang mungkin berbeza.

produk-produk keluaran US pun ramai yang boikot.
macam coke, pepsi, milo, kitkat, nestle, oreo, lays, macam-macam la.
banyak, maleh nak taip semua.
kalau nak check, boleh ke website bdnaash.com
tapi banyak juga produk-produk ni yang anak2 ai suka, macam milo.
tapi baru-baru ni anaqi pi 7e, dia tak nak ye milo.
haha umur 8 tahun dah pandai boikot ye.

for me, boleh kot adapt. sebab tak banyak pakai produk2 makanan minuman.
kite kan banyak membeli kat pasarunnah aje hihi.
support peniaga tempatan gitu. air pun beli air kelapa je. air kelapa bukan US punya. haha
tapii ada certain barang-bukan-makanan yang sy pakai.
lagi, yang kucing sy makan. tapi tak tau la to that extent makanan kucing pun nak boikot. IDK.
setakat ni kita fokus boikot besar-besar dulu like mcD.

dah, tu je.
free Palestine! 🍉

No comments: