assalamualaikum and hey! :D
throwback 3 oktober (sabtu) haritu,
kitorang satu family naik MRT / LRT ke bukit bintang.
aim nak cari squishy kat berjaya times square.
sebab orang kata situ murah-murah.
kan time-time tu tengah viral squishy.
so let's go!
![]() |
| kitorang ambik MRT di stesen cyber utara (PY40). ni yang paling dekat dengan rumah di dengkil. |
kalau korang-korang dari area berdekatan, boleh refer laluan ni untuk ke timesquare:
1. naik MRT Putrajaya Line (PY) dari Cyberjaya Utara - naik arah Kwasa Damansara.
2. turun di TRX (Tun Razak Exchange) - dalam 40 minit
3. kat TRX, tukar line - ikut signboard MRT Kajang Line (KG) - naik 1 stesen je ke Bukit Bintang.
*jangan confuse: kat Bukit Bintang ada 2 stesen. naik yang MRT, bukan monorail.
4. Dari MRT Bukit Bintang, keluar Pintu C (tanya kat kaunter kalau tak tau) - jalan kaki 5 ke 7 minit, terus sampai Berjaya Times Square ikut LaLaport.
nahh. know-know dah sampai kat bukit bintang! :P
![]() |
| papan tanda mc d besar yang ikonik di bukit bintang |
kalau tak tau nak berjalan kaki ke mana,
bukalah google map, ikut je instruction dia ke timesquare.
bukalah google map, ikut je instruction dia ke timesquare.
![]() |
| sambil jalan kaki dari stesen MRT, sambil singgah-singgah. |
![]() |
| budak-budak ni beli ais krim pistachio kat kunafa fingers. |
![]() |
| sampai timesquare, kami naik tingkat 3. kedai toys park. |
kedai ni memang dah lama bertapak kat timesquare.. sejak ai zaman single lagi rasanya dah ada.
sini sebenarnya banyak kedai jual squishies, kena masuk satu-satu and compare harga.
tapi kat kedai toys park ni, banyak yang murah-murah la.
especially squishy jumbo dia harga RM15 ke 20 je gitu.
tapi kalau nak kepelbagaian, sila la singgah kedai-kedai lain jugak.
lain kedai, lain squishy dia.
![]() |
| kitorang rambang mata weh dalam kedai ni! walaupun kecik, tapi banyak gile pilihan! |
![]() |
| sebab dah datang jauh-jauh, kita borong je apa yang nak. hahaa |
![]() |
| bukan budak-budak je, mamanya pun sama naik :'D |
yes, sy memang peminat squishy.
sebelum viral lagi dah ada a few squishies kat rumah.
ni bila dah ada macam-macam jenis and harga affordable, lagi la naik gila beli. hahaha
![]() |
![]() |
| range harga. murah la daripada kat putrajaya/cyberjaya. |
![]() |
| kalau ada yang nak berniaga, kedai ni ada jual harga borong jugak. |
![]() |
| macam-macam ada, vaseline la, shaving cream, coconut oil, crunchy, ha apa lagi? sila listkan. |
![]() |
| ni kedai happy boy. squishy dia tak banyak, tapi ada some yang tak de kat kedai lain and harga ok. |
![]() |
| ni ha squishynya. comelll. |
![]() |
| ni harga RM15. lupa nama kedai, tapi sederet setingkat dengan toys park. kedai dia banyak jual squishy and jenis roti macam ni kat luar. |
![]() |
| kedai hot market ni jual barang-barang dengan harga rahmah. banyak jual squishy roti. ni level 5 kot. korang boleh explore semua level kalau rajin. kedai squishy ni merata-rata.. hahah |
![]() |
| RM5 kot!! |
lepas dah solat, makan dan kepenatan,
kitorang pun gerak la balik.
jalan kaki ke stesen MRT.
time ni ramai dah start moody sebab penat HAHAA
mama je yang masih bertahan, kaki kuat, semangat kuat :P
![]() |
| odw jalan kaki, singgah beli quesilla kat sidewalk. ni kedai arab. sedap quesilla dia. |
![]() |
| nampak tu muka semua orang 😂 |
![]() |
| muka fresh awal pagi tadi dah berkicap 😄 tapi ai tetap semangat! |
then balik rumah, rehat-rehat.
alhamdulillah.
squishies? ye, banyak gile beli.
ada la 2 plastik besar.
tu belum kira beli baju kat timesquare sekali. hahaa
![]() |
| entry ditutup dengan lukisan aneh-aneh oleh anaqi, di whiteboard ofis ai. |
toodles!!























No comments:
Post a Comment