Friday, May 30, 2025

2025 birthday wishlist 🎁

assalamualaikum and hi! :) πŸ’–


//blog entry ini will be updated from time to time.



my birthday wish list untuk pedoman pada bulan jun yang gilang-gemilang ini. haha

*tiada paksaan membeli hadiah.
entry ni hanya dikhususkan untuk fam and friends yang tanya nak hadiah apa
dan tak de idea nak bagi apa. lolx

here goes!

  1. headphone case (white/soft pink or combination of both)

  2. xiaomi mi pad 6 case with keyboard (no need mouse). design sebijik macam bawah ni. keypads dia bulat-bulat. banyak kat shopee. kihkih




  3. novel/buku: 'pesuruh' by author ahadiat akashah



    : aura aku akan merasukmu by author anuar darwisy















  4. bed sheet / cadar saiz queen. any brand i don't mind.
    soft colors only, not too striking (not into striking colors for bed sheet).


  5. fluffy rug/carpet / karpet gebu around 100cm X 200cm.
    beige / cream / grey color.


  6. bluetooth retro keyboard (soft pink)


  7. anak pokok herba (e.g. pokok daun sup / daun kesom / daun ketumbar. πŸ†‡daun kari and pandan tak yah, ada dah. HAHA).


  8. penyembur bilik / air freshener (spray) brand frida. scent: framboise / jasmine / black stone / cinnamon & vanilla.


  9. wet & dry vacuum cleaner


  10. artifical (aesthetic) tree :D


  11. batik malaysia ^^


  12. korean jewelleries are nice, sebab tak mahal tapi lawaa. emas2 kuning tak yah. sapa ntah nak belikan emas ye dak, mahei.. haha


  13. barang harian. minyak masak, sardin, telur, buah2an.. hahaa. it must be interesting getting all these.


  14. handmade cards / pop-up cards / cards. sy suka stationeries jugak!


  15. ugreen car phone holder (yang saya ada skang dah rosakk)



  16. troli pergi pasar


  17. anything useful for me ;)  //cute, aesthetic, artsy, natural or soft colors are more than welcomed. 




YANG TAK YAH MASUK DALAM LIST BELI (Atas sebab dah ada/dah banyak/space kurang):
  • Tudung.
    I will 'utilize' all the gift tudungs i got since last year (or previous years). so no need dah beli tudung. kalau nak, i will buy myself. my almari already says STOP to me. hahaha (also no bawal, ai tak pandai pakai bawal. even some people say, "try it pls.. i buy one for you." well sometimes ai try pakai. but it's just not that frequent).

  • Telekung.
    Hihi i love telekung. But already sufficient apa yang ada sekarang :)

  • Bags. Including handbags, tote bags, shopping bags.

  • Bulky things / benda besar. Apa saja. Beanbag, cermin gergasi, frame gambar, etc.

thank you sudi baca!!

Thursday, May 22, 2025

kisah bulan mac 2025

assalamualaikum and hi! :)

since banyak cerita pending, sy sekalikan event2 yang lepas dalam satu entry.

so ni cerita sekitar hujung bulan feb ke bulan mac. skang dah bulan mei, kan. ahahaa

kek sambutan birthday mama on 16 march. happiest 65th birthday, ma!
semoga terus sihat sampai ke usia 100! hihi (insyaAllah. aamiin)



disebabkan bulan mac adalah bulan puasa,
sebab tu sambutan simple2 je kat rumah mama di shah alam.
potong kek pun lepas balik terawih rasanya ni.
kitorang pun xde dalam gambar kat blog ni sebab masing2 dah pakai baju tidur. hahahh
so kita letak gambar mama dengan naim je sini yang berbusana paling decent antara kitorang semua πŸ˜‚

mama potong kek, diiringi oleh naim. hahaa
ni kek rocher.



backwards to 6 mac, adalah hari rehearsal pingat.
every year, sempena sambutan hari wilayah persekutuan,
ofis kitorang memang ada buat event pingat ni.
cuma tahun ni bukan pada 1 feb.. atas titah YDPA Agong yang time tu baru pulang daripada rawatan di luar negara.
sebab tu jadi bulan mac.
and bulan mac bulan puasa kan.
so tiada jamuan makan-makan. just bagi goody je lah.

kitorang petugas stay kat hotel dorsett hartamas.
like last year, kitorang berbuka dan bersahur di hotel.

gambar kenangan di tangga istana.
lepas ni entah bila lagi dapat masuk ke istana. kitanya dah pindah ofis kan.



7 mac hari pingat (DKBPWP).
sy jadi LO kepada KP digital, YBhg. Datuk Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar.
a very nice and humble recipient. tahniah, Datuk.



sekali lagi gambar di tangga seperti tahun2 sebelumnya.
ada lagi gambar ramai-ramai kat tangga. tapi malas nak korek kat galeri πŸ˜‚
gambar yang banyak ada kat facebook sy.




sebab bulan puasa, kita pun berbukalah puasa.. haha
time ni kat PICC, husb belanja. tqq bang!



28 feb, keluar makan dengan bffs sebelum bulan puasa.
ni kat kaysha dine & beauty. nama dia gitu sebab atas tu ada spa meni pedi.
that's elia, me, mardia and azra.




bawak anaqi sekali. so kitorang share la mac n cheese and air iced lemon tea ni.
makanan sini agak pricey dan tak tau sebenarnya nak makan apa. haha.
tapi tempat lawa la. kat tamarind square, cyberjaya.


so sekian kisah bulan mac.

ni nak bulan jun pun tak letak wishlist birthday lagi hahaa.

kbai!!

Thursday, May 08, 2025

pindah ofis & farewell

assalamualaikum and hi! :)

ye, korang tak silap baca.

selepas lebih 10 tahun kat JWP, tibalah masanya untuk rotation.

Sy ni tak mohon keluar mana² pun, but may be it's about time.

selepas mintak tangguh 2 minggu,

sy pun masuklah ofis minggu ni, nombor cantik-orang-kahwin-suka 5.5.25 😁


antara hadiah farewell daripada sahabat² di JWP



truthfully, sy ni tak de la ramai sangat kawan rapat kat JWP..
Sebab ramai dah pindah pun. Kikiki
tapi sy kawan je dengan semua orang yang pernah berurusan.

Mana² yang baru masuk, tak pernah berurusan, memang tak kenal sangat.

Tapi alhamdulillah la, may b bilangan yang sy kenal tu
lebih ramai daripada yang sy xkenal.

So memang meronda la seharian hari Jumaat lepas,
salam semua bahagian.
termasuk bosses atasan.
mana yang ada je la. Sebab ramai cuti tersepit Jumaat tu, selepas hari pekerja.

antara yang rapat dengan sy kat bahagian (BSE);
Pn eca, cc aina, why, nurul. Hujung tu sy. Mai pun agak rapat, tapi time ni dia tengah buat kerja..haha.


so semalam (selasa, 6.5.25) sy dijemput oleh BSE ke majlis farewell
diri sendiri & asmida (MYSTEPS).
as pun tukar ke company lama dia, buat finance tak silap.
Tahniah, as!

Yang lawak tu,
Sy baru nak biasakan diri kat kawasan parking ofis baharu yang luas semedang.
Time nak keluar dekat² pukul 11 pagi (dah btau bos baharu) dari basement 2,
sy sesat, wey!!
Sampai kena mintak tolong polis bantuan escort keluar πŸ˜‚
Polis tu pun dah faham agaknya, orang biasa sesat kat basement tu. Hahaa


mungkin last photo dengan wajah² BSE yang ini, di BSE.
tema baju semua biru. Ada je la jugak yang tak dapat 'memo'. Lolx



asmida and I.



kek kitorang :)



sebelum tu,
sy singgah jugak la jumpa kawan² yang memang tak sempat jumpa Jumaat lepas.
antara sebab macam bercuti, dah balik, tak available etc.
Gambar bawah ni time sy jumpa Liz and the gang daripada Unit Psikologi.

siapa ada hadiah, ha. Thanks, korang!




Ni gambar throwback hari Jumaat, masa beraya kat BPKT.




Ni pulak dengan geng² corporate comm.




gambar throwback jugak, dengan BSE.




Time ni my immediate bosses, Dato' Zul & Pn. Renny bagi hadiah farewell daripada unit, thank you!




Bergambar dengan unit. Will miss them all!




Gambar dengan Dato' Thomas, TKP.
Wife Dato' adalah pengerusi PUSPANITA sy :)
Akan ingat mereka selalu. Dato' sorang bos yang bagus & firm.




Geng lama unit. Lama, sebab adilla yang free hair tu dah tukar ke unit integriti. Haha




Sorry la, gambar kat blog ni campur aduk.
Sy susah nak susun sebab kat tablet. Ni gambar dengan KP :)
sy hampir jarang jumpa Datuk Seri Noridah, sebab kami tak de meeting bersama.
ingatkan KP tak kenal sy, tapi alhamdulillah KP tegur masa jumpa kat meeting dengan PM semalam. Walau tukar ofis, pusing² jumpa balik. Hihi




with pn eca, sahabat and geng makan + jualan di BSE.
anak kitorang best friends jugak la.
Bila dua² dengan berita sy kena tukar, dua² dah risau kalau tak dapat jumpa dah lepas ni. Hahahaha. Alah boleh je la jumpa. Sy bukan pindah kat London lagi πŸ˜‚


Being in BSE, and JWP, banyak la memories kan.

Sebab lamanya sy kat situ. Sy kan setia orangnya.. bahaha.

Sy akan rindu segala-galanya tentang JWP;

the people, the environment, parking yang cukup dan dekat, kafe yang dekat (turun lif terus sampai), PUSPANITA, emceeing (hampir jadi emcee APC tahun ni, tapi dah kena tukar dulu. Lolx), pingat (rindu je tapi tak nak bertugas dah hahaha. Cukup la hampir tiap² tahun sy jadi LO/AJK. kalau jadi penerima, sy ok πŸ˜‚) dan of course, group Bazar tempat kitorg berjual-beli 😁

Till thennn. Bye, JWP. hello, JPM.

Sunday, May 04, 2025

raya 2025

Assalamualaikum and hi! :)

SELAMAT HARI RAYA!
Ahahaa Syawal dah lepas, tapi masih gigih nak wish πŸ˜‚

Ah, abaikan.
Ni blog sy kan, suka hati nak wish bila. Hahaa

So macam biasa, blog ni baru sempat nak update.
Macam-macam nak cerita, tapi masanya limited.
So kita dahulukan post hari RAYA dulu.

wajah penuh nur *harapnya* dua manusia di pagi RAYA.
Walaupun tak de make up lagi, harap filter telefon dapat membantu :P



So lepas solat raya, kita stalk mama kita tengah solat dhuha.


Being a girl on hari raya, it ain't easy ya know.
Time balik masjid tu la ko berlarian nak make up, nak panaskan makanan, nak hidang, nak makan, nak tangkap gambar.
Sapa boleh relate, kita geng πŸ‘ *geng gigih katanya. Sapa tak gigih tu, sila ke tepi :P*

Macam biasa, kalau raya kat rumah, kite yang masak.
Sebab kite suka masak kot. Lolx

Zaman ni sy rasa zaman anak-anak muda dah yang masak.
Orang tua kita bagi relax je, beribadah, tangkap gambar. Haha
Ye la kat rumah in laws pun macam tu. SIL / biras sy yang masak.
Borak dengan budak ofis pun sama.
Dia cerita dia balik kampung, kenduri ke apa, dia yang kena masak.
Kadang dia cerita dia saja tak nak balik awal sangat, sebab apa-apa nanti dia yang kena buat. Lahh sabo je le hahaa. Kudos untuk beliau yang gigih!

Tapi ada je tempat yang masih merasa air tangan orang tua semasa hari raya.
Ikut tempat la.





Lauk-pauk raya kitorang sikit-sikit je.

Banyak sangat pun, siapa nak makannya. Esoknya nak balik kampung tok dah.

Btw, tahun ni kitorang beraya kat SHAH ALAM dulu. Petang ke BANTING. Then TERENGGANU.


Masak tu biar yang mudah-mudah je, tapi sedap di tekak sendiri. Lolx
Ni sup tulang, pakai rempah soto. Sedap bak ang. Tahun depan kalau ada rezeki, nak buat lagi la. insyaAllah. Makan dengan mi hun sup. Dah. Simple.



Ni pulak daging dendeng. Banano suka bethol makan dendeng.
So kita beli la HAHAHA. Beli, bukan buat.
Kanan tu rendang mak lang menu wajib. Walaupun namanya rendang mak lang, tapi sy yang masak. Resipi mak lang den (belah arwah abah).



Nasi himpit, kuah kacang, kek, sponsored by mama.
Kuah kacang sedap gak, order.



Ketupat palas, lemang, buah.
Hahaa kanan tu ketupat goreng deep fried. WAJIB ada. Sedap ye.



Air ribena laici.
Kekdahnya budak-budak ni kata tak minat ribena ada laici.
Si tuah (nephew) suka je air ni, tapi dia pulak takde, balik kampung belah tok mummy dia. Sapa nak, minum. Tak nak, bancuh air sendiri. Lolx *tapi diorg minum la jugak sebab dah terhidang hahaa*



Sup tulang close up.



Yums.



Raya hari tu tengah musim AI photo, ghibli studio.
So let's join the hype. Ni buat sendiri pakai chatGPT plus.
Gigih beli akaun sebab nak buat. Hahaa. Memang beza hasil daripada akaun free dengan akaun beli.



Sempat jugak buat action figure tak berapa action ni.. bahaha.


1st raya petang tu pergi BANTING (in laws),
pergi beraya la kejap. Lepas tyu gi rumah acik jiwan.
Then balik.
Ringkas je raya kitorang haha.

2nd day raya tu gerak balik kampung kat terengganu.
Alhamdulillah, ye kereta banyak, tapi tak jem.
Kalau orang yang balik days before raya, may be la jem.
Yang katanya sampai 10 jam tu.
Tobat acik.

3rd day baru keluar beraya lagi, kat KTcity (read: Kuala terengganu)


Baju raya ketiga lebih humble dan comel. Kihkih
Sesuai untuk jalan sana-sini. Ringkas, tak belengas atau ketibas πŸ˜‚



Beraya kat rumah shah. Dia buat open house.



Kanan tu shah. Tokei kedai nasi dagang etc.
Memang rajin buat open house time raya. Semoga + murah rezeki shah sekeluarga.



Petang ke warung tok mang, makan ICT (ikan celup tepung).
Walaupun bukan setakat ikang; ketam, udang semua ada. haha



Lepas ICT, beraya kat rumah chu. Ni chu :)



Then ke rumah sebelah.. rumah mok jah dan pok ki.
Dulu ada arwah tok nun. Now tak de doh :'(



Photog masuk bergambar sekali.. haha



4th day. Sebelum balik, bergambar dengan tok yam.
Satu-satunya tok sy yang tinggal. Grandparents belah abah dah tak de, tok ki pun dah tak de. Tinggal tok yam je. Tu pun tok yam dah uzur, sakit orang tua. Harap tok yam terus sihat dan kuat. (Belah husband pun, nenek minem dah tak de. Memang sy ada 1 tok ni jeee)





Sayanggg tok yam!


And wajib acara bergambar kat tangga rumah,
Sebelum balik.
Sepupu sepapat semua memang gini kalau balik HAHAA

Time ni orang lain ramai dah balik.
Tinggal kitorang yang last.

Nasib ada tripod. So semua boleh masuk frame :P








Nanti kite sambung pulak cerita lain.
Penat dah la menaip. haha
Ni taip kat tab. So tak feel.
Laptopku skrin rosak. Belum sampai seru nak hantar repair, sebab mahal :P

Dahhh balik, balik! Hahahaha

Entry disudahi dengan poster raya PUSPANITA ofis kitorang.
Sy yang tengah tu. Sebab ketua keluarga πŸ˜‚ *percaya la sangatt*