Monday, July 15, 2024

june babies

assalamualaikum and hey! 🎉

babies-not-so-babies la. hahah

punya la pending cerita birthday bulan jun ni..
padahal birthday sendiri! HAHA
maaflah acik ni sibuk orangnya 😆

bulan jun adalah bulan birthday ariana and i.
ariana on 4th, me on 21st.
setakat ni tiada party besar2an, just celebration dengan family.

time birthday ariana, lagilah.
mamanya sibuk berpersatuan (kalah datin) 😂
hari tu yang sy ingat, hari selasa.
siang kerja, malam ada dinner persatuan.
jadinya memang kita celebrate awal la weekend tu.

ke mana lagi kalau bukan restoran 4fingers,
restoran ayam goreng korea kegemaran ariana.


kek beli yang slices je. ni beli kat haruka. kedai kek halal kt tingkat bawah d'pulze.




family photo!




ok let's bagi hadiah!


depa dua ni,
kalau salah sorang birthday, dua2 ye dapat hadiah 😂



haa sampai dah 4fingers! sedap wehh.


for gift ideas, ni hadiah yang diberikan sempena
birthday ariana ke-11:

- slime
- 2 helai baju-T cinnamoroll (sebab dia suka character sanrio ni)
- cat stickers (punn sebab ariana suka)
- tablet (sebab dia suka melukis and dok pinjam ai punya tab 😆)

so semua hadiah2 ni, sy letak as kupon dengan nombor.
setiap nombor tu masuk dalam box.
so nanti dia boleh redeem hadiah tu drp sy. it's exciting and budak2 ni pun suka.
sama macam anaqi and hadiah2 tumpangan' dia.
dia pun dapat slime dan jugak dapat beyblade.


then my birthday pulak punya turn!
wah haha.
so this year, marks my 40th year on planet earth.
kadang ada orang yang in their 40s still in denial yang depa dah tua.. hahaa
ada yang kata, 40 dan 50 tu masih muda. might be, might be.
tapi sy mengaku je dah tua. tua setahun daripada tahun lepas 😂

birthday sy jatuh pada hari jumaat.
alhamdulillah, Allah bagi sampai ke usia ni.

so haritu sy masak2 sikit la bawak ke ofis.
biasa birthday, sy ambik cuti.
this time sy datang ofis je la sebab hari jumaat. rugi kalau cuti. kihkihh

bawak cucur jagung jalan tanglin (reheat) andd mi hun goreng.



so pepagi tu dah masak-memasak le kita.
wani e on my forties sama je weh.
waktu bangun pagi tetap sama. tetap the morning person.
tetap nak hidup yang comfy. tetap introvert and socially awkward at times.
tetap suka tengok movies and blogging. the same old me ;)
apapun syukur atas usia ni.

husband belikan ai kek ferrero 1 slice. kalau yang kenal sy,
sy memang tak berapa makan kek.
so 1 slice ni memang mencukupi dah kitorang 4 orang share. hahaha




sedikit hadiah yang diterima ngam 21 jun.
hadiah2 lain selepas itu menyusul jua.
thanks kepada yang bagi hadiah!!


time tu pulak viral tempat2 kita boleh makan free sempena birthday.
so myself and my birthday mates apa lagi,
terus plan nak ke ole-ole bali tengah hari tu.
dapat sepinggan nasi campur sorang.
kalau beli tu, harga dalam rm30-40 kot. so banyak dah jimat. kita beli air je.

me and my birthday mates. firdaus and cik azura.
memula anaqi dok sebelah uncle, tapi ada corong aircond sejuk, mama swapped dengan dia.
lepas tu time nak makan, aunty swapped dengan mama pulak sebab mama nak makan dengan anaqi.
yeah we've been swapping places many times 😂


HAPPY BIRTHDAY, GENG!!


sorang dapat satu plate gini. free! ai memang tak habis, share dengan anaqi.
maka habislahhh nasi itu. hahaha



lepas tu, petangnya balik shah alam pulak (rumah my mom).
celebrate kecil2an dengan family.
dah siap order ayam goreng dan pizza daripada restoran FC, shah alam.
kek pun dah siap ambik daripada baker yang sy biasa tempah.

suka tempah dengan baker ni. harga dia ok sangat2,
rasa dia sedap. macam ni 7 inch, baru RM38.




pizza restoran FC.


restoran FC ni tengah2 viral skang.
ye la sejak2 musim boikot produk2 yang berkaitan dengan isnotreal ni,
orang dah mencari alternatif kepada mc d dan KFC.
haritu datang PKNS, ya Rabbi penuh ye, full house.
dah la selama ni datang pun memang ramai.
ni dah viral, bertambah penuh. hahaha

so untuk birthday haritu,
sy booking untuk delivery siap2.
diorang memang ada perkhidmatan delivery. RM5 je ke rumah my mom.

meja.




durian. harith kata hadiah birthday. hahaha




roti jala, mama tempah.




gambar ayam goreng dan pizza restoran FC yang sedap.
coleslaw dia la terpaling sedappp.




sesame street cuppies daripada ain (mummy tuah).




banano and naim main belon.




anaqi dan tuah main beyblade.




simple2 je potong kek.




happy birthday to me! and ariana! and tuah bulan mei haritu!




with mama yang melahirkanku pada 21 jun. hihii
thanks, ma!! lebiuu.




harith and naim.




kendurian together.
tengah musim durian ni, tiap2 minggulah kita makan durian 😂




goody birthday untuk semua.




birthday deco. HAHA. kan dah kata, birthday ni simple jeee.

 

dah tu je!
esoknya lepas birthday tu, nak gi vacation.
sebab tu celebrate malam tu.

till thennn.

No comments: