Tuesday, April 23, 2024

raya kita jalan-jalan

assalamualaikum and hi! :)

minggu lepas-lepas raya,
biasalah orang akan mula start keluar beraya atau buat open house.

buat yang bertanya, kitorang buat tak open house tahun ni?
rumah pun sepah wehh. tak tergamak nak buat open house HAHAHA
tapi kalau nak datang beraya, roger je.
nant kita masak-masak. hihii

so minggu lepas raya ni, kitorang pun dah start keluar beraya.
ada la jalan sikit-sikit.
tak leh jalan banyak-banyak, sebab jalan jem. kihkih


gambar selingan. balik dari kampung tok yam, tertinggal barang.
cik su (mak cik sy) datang hantar ni haa. adui selalu tertinggal barang kalau balik kg. hahaa



lunch raya dengan geng PTD54. liza, izah and rajaaa.
lepas tu raya bagi duit raya yeyy! tqq raja! :)


sabtu ahad kitorg pun full sebab jalan raya.

sabtu pagi tu ada wedding awin.
petangnya kitorang ke sijangkang, rumah zaim & shahma.

tetiba rupanya zaim dah buat pertanian moden ye kat tanah sebelah rumah dia hahaa
datang-datang, dia bawak melawat pokok-pokok dan haiwan-haiwan ternakan dia 😆
rasanya sambil-sambil bagi masa shahma prep makanan, sebab diorg baru balik daripada open house rumah jiran.


macam-macam dibuatnya zaim ni. yang best semua ni pekerja-pekerja dia uruskan. haha



with ma son. dak2 ni biasalah petang-petang masuk keta, tido. ni ala-ala baru bangun tidur la kisahnya.


kat rumah zaim shahma, kami dijamu mi hun soto sup tulang.
so yummeyh.


gambar the guys.



gambar everibodiii.


esoknya hari ahad pulak.
ahad pagi-pagi gerak ke felda jelai, nismilan.
visit pak cik belah arwah FIL, wak konteng.


kumpul ramai-ramai dengar cerita wak konteng agaknya.



anak cucu semua mai beraya. ada yang dah datang minggu raya tu jugak.
kali ni rombongan kami pulak.


MIL beli lemang odw and bawak rendang sekali yang ina, biras ai masak.

lepas tu wife wak konteng ada masak nasi dengan lauk-lauk;
ayam goreng berempah, kulit tumis cili api, sayur kobis, kari daging. yumms.


wefie satu dengan siti aminah, cousin in law. ade eh istilah tu. hahaa


habis rumah wak konteng, tengah hari kitorang gerak nak ke KL.
ada open house rumah pak teh kat damansara,
tapi tak sempat nak sampaiiii.
dalam 3 jam jugak nak gerak. bukan setakat jem, tapi sebab nismilan tu jauh. hahaa

makanya skip, tak sempat rumah pak teh,
kita ke rumah cik po di rawang.


terima kasih, cik po dan cik ija, selaku host a.k.a pakcik makcik kami.



sedap makan laksa cik ija hari tu :) rendang pun sedapp.


and sebab kami ni datang dari n9,
ada jugak bawak lemang dan rendang maman yang beli kat tepi jalan.
nanti sy share kat post lain.
so makan sekali kat rumah cik po.




AAs tidur dalam kereta. bangun-bangun gini la rupanya. hahaa
lama anaqi nak kena panas enjin tu, baru bertenaga balik.


anaqi lepas duduk berteleku lama macam tu,
bila kita tegur dia, tetiba dia cakap lapar 😂 so dia makan kek dengan telur rebus daripada laksa.
dah lepas makan tu baru bertenaga berlari-larian dengan ariana, tuah, naim.
 

ok nanti kita sambung kita beraya kitaaa. daa!!

No comments: