Sunday, May 28, 2023

raya aidilfitri 2023

assalamualaikum and hi! :)

entry thowback kali ni kisah hari raya aidilfitri 2023.
tahun ni raya kat shah alam, petang singgah banting, esoknya gerak ke terengganu.

2023 raya jatuh pada hari sabtu, 22 april 2023.
tahun lepas raya terkejut, tahun ni raya teka-teki. jumaat ke sabtu, sabtu ke jumaat?

moh kite tengok preparation raya!

my bros, faliq (kanan) dengan harith (kiri) tengah membakar sate di pagi raya.


macam biasa, sy akan bawa hidangan lauk pauk yang dah siap2 masak (atau beli) sebelum tu.
rendang resipi mak lang adalah menu wajib hari rayaku.. bahaha

rendang ayam kampung kering. resipi mak lang improvised. sedap seantero alam. mah haha.



ni beli. rendang hijau ayam pencen.
ex-staff ofis jual, sekali dengan lemang periuk kera. sedap weh rendang ni. kedua sedap lepas rendang mak lang la kekdahnya 😆



ni ayam masak merah. nasi minyak tak de. sebab AAs (my kids) suka ayam masak merah ni.
kalau tak masak kang, tak de makanan diorang nak makan hari raya. lolx



sepanjang romadon haritu sy jual dendeng daging.
so ada jugak dendeng buat lauk raya kitorang. alhamdulillah.
dendeng ni sedap, sy jual RM35 aje untuk 500 gram.



buah-buahan jangan dilupa.



kek pelbagai perisa, mama (nek yah) beli.



daging goreng kunyik dengan kentang.
sedap sangat, kahkahh puji masakan sendiri 😂
tapi memang sedap pun. hadza min fadhli Rabbi.



sate faris :)



air raya special. raya je buat 😂 ribena laici.



overall hidangan raya kitorang, minus mangkuk berisi lemang buluh, lemang periuk kera dan ketupat palas. sebab dah penuh mejaaa.


jamah makan sikit dulu, lepas tu pi solat hari raya aidilfitri.

berlari kitorang pi masjid sebab dah nak start. hahah

hajah banano.



sebab sampai lambat, dok saf luar la kekdahnya.
apapun alhamdulillah, masih ada tempat untuk kami.
kadang tu kalau dok depan sangat, jumpa dengan 'acik acik pengawas' (which i tried my best to avoid, no offense and my apology) 😅😁 kalau tak jumpa tak pe, hihi. kira ok je dok belakang ni. depan atau belakang, yang penting ketenangan beribadah. (tapi silalah kejar saf depan kalau sempat)




selpiak satu 😁



banano geng with me. nek yah dah pi penuhkan saf di depan. time ni dah habis solat dah.



habis tu, balik semula ke rumah untuk sesi fotografi raya dan sambungan makan.

nah saksikanlah foto-foto raya kitorang 📸

nek yah with cucus. anaqi, tuah, naim haikal and ariana.



BTS.



mama zakiah with grown up (and old 😂) kiddos.
harith, wani, faliq.



mama zakiah with menantus.
isz, durra, ain.



this is ma mama! 💝



our lil family with nek yah.
tahun ni baby blueeee. the guys pakai grey.
so tema warna dia is baby blue-grey. *love*



yes, these are my kids LOL



ariana and her raya pose.



gambar raya official family.



gambar dengan soulmate.



gambar sempit-sempitan. ahaha
muat pulak kitorang 😂



2nd gambar.
everyone's squeezing in, on the couch.




pose ulat bulu ke apa namanya ni haha. sebab bersusun.




miniluv! 




the three cousins.


lepas tu our family friend, awin azreen and their mama datang ziarah raya.




i was growing up with em, who lived next door :) macam family dah.




petang tu lepas zohor, ziarah raya rumah mak (MIL).



anddd bawah ni gambar2 outdoor yang sempat la kitorang snap kejap pagi tu.

















signing off from tuan blog! :P happy [belated] raya, semua!
dah nak raya aji dah. hahahaaa. ciao!

No comments: