Monday, June 20, 2022

late lunch di restoran sepohon by 10 gram, tamarind square

assalamualaikum and hi! :)

selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa hebat di seluruh dunia!

since it's dad's day,
kitorang pun pi la celebrate makan-makan.
kali ni nak cuba makan di Sepohon, tamarind square.
restoran ni baru je buka awal jun 2022,
berkonsepkan bbq & grill, tak silap sy di bawah naungan branding 10 gram.

so kalau ke tamarind square, restoran 10 gram di tingkat bawah,
restoran sepohon ni kena ke kiri sikit je dari 10 gram dan NAIK TANGGA KE TINGKAT ATAS.
kalau tak pasti juga, boleh tanya pada staff 10 gram di bawah.


di pintu masuk. dah boleh nampak lantern2 yang cantikkk.


mungkin cetusan nama 'sepohon' itu kerana konsep greenery yang diketengahkan.
ada banyak pokok-pokok menghijau di dalam restoran dan ada yang dijual juga.
tak sempat sy nak snap gambar pokok-pokok, tapi restoran ni memang cantik dan instagrammable jugak kalau korang rajin nak snap snap.

we're there for a late lunch,
sebabnya dok tunggu tukang rumah dok pasang kabinet, sink dapur dan juga sink toilet.
dalam pukul 3 lebih jugalah baru kerja settle.
tu yang ala-ala kebuluran and alas perut dulu dengan buah durian yang husband beli sebelum ni. haha

menu restoran boleh scan daripada QR code yang staff sepohon akan beri.
tiada buku menu setakat kami datang semalam. go green gitu.


husband kata tak dapat nak visualized rupa bentuk makanan tu bila nak order.. sebab dalam digital menu tu, ada nama-nama dish je. hihi. lantas beliau pi tanya, so ada la sekeping menu ini.


since menunya banyak yang bbq and grill,
sy nampak ada juga daging (beef/lamb) di dalam chiller untuk customer pilih.
kalau tak nak pilih, order je daripada menu digital.

sebelum ni sy dok cari-cari juga menu and price restoran sepohon ini,
atau review daripada bloggers.
mungkin sebab masih baru, jadi tak banyak lagi reviewnya.
harga pun menjadi misteri. haha

tapi kalau korang nak estimate,
hidangan pasta sekitar RM19 ke RM35 lebih kurang *sorry sy tak hafal price, since menu dalam bentuk digital, tak teringat pun nak snap shot sebab tengah kubulur petang semalam HAHA*

grilled/smoked meat semua puluh-puluh bawa ke ratus ringgit.
kalau bbq platter yang besar, ada macam-macam, ayam, meat, sausages tu semua.. RM300++ kot macam tu. (kalau salah tolong betulkan. sy tulis berdasarkan ingatan semasa).

drinks pula belas-belas ringgit. so korang boleh la agak2 budget nak datang makan ke sini.


view di dalam restoran.



boleh book untuk candlelight dinner atau events jugak.
katanya lawa bila tengok sunset kat sini.




sementara tunggu makanan dan minuman sampai,
kita snap photos kejap.

tempoh masa menunggu tak la terlalu lama.
cepat jugak servicenya.

hari ahad kami yang hectic. hahaa
nampak tak muka memasing spelled 'HECTICNESS' (termasuk la budak2 tu. pepagi sampai noon pi swimming.) :DDD





anaqi ni kalau ajak bergambar, ada je pose aneh2 dia. lolx



yang diraikan. selamat hari babah! thank you, you rock!



me and some lantern-ish lamps.



mula-mula anaqi nak dok sini ye. bling bling gold haha.
kata ke dia, beso sangat ni. kita 4 orang je kan. agak2 la :'D



ada tisu 10 gram di situ.



air pertama dah sampaiiii. tepukan!! :P
ni sy punya, citrus honey. sedap and nyaman.



air chocolate popcorn, AAs share.
sedap sungguh air ni. macam ada nutty taste gitu. may be macam hazelnut choco ke.. idk.
tapi sedap la. sesedapnya. harga RM18 tak silap.



latte, husband punya.



my plate; aglio olio peperoncino.
macam ni RM19. kalau nak yang ada lauk-pauk macam ayam grill tu, dalam RM35 lebih kurang.



husband's plate. ai is lupa nama dia hahaa. tapi ini menu smoked beef dengan side dishes sayur, kentang dan corn. rasa smokiness dia memang ngam. sedap bau dia. katanya dibakar selama 12 jam dengan kayu pokok rambutan & manggis. citarasa lokal *thumbs*


kan kalau bbq kat overseas,
diorang akan bakar daging kayu api daripada pokok sekian2.
pokok epal la, pokok pecan, ceri, oak.. macam2.
setiap kayu tu rasa 'kemanisan' asap dia lain-lain agaknya kan.


harga sepinggan dalam.. RM42. rasanya.



muncullah mac & cheese untuk AAs.
sedapp kata diorang. tapi tak expect mangkuk yang sedikit kecil. tak cukup budak berdua tu makan. hahaa. harga dalam RM30++.


total kitorang makan, bawah RM150.


sebelum balik, bergambar kat lanterns.



lawaa tempat ni.



isz & wani.

 

alhamdulillah, settle makan.
sedap, ambiance cantik, harga je la pricey sikit.
harap next time ada buku menu dengan gambar-gambar makanan yang cantikkk. jyeah.

thank you, Sepohon by 10 gram.

No comments: