Tuesday, June 14, 2022

berenang-renang ke tepian

assalamualaikum and hi! :)

yoshh kitorang suka swim.
mujur je pool tu jauh dari rumah.
kalau belakang rumah, hari2 dah terjun gamaknya. lolx

swim swim kat pusat kejiranan presint 16, putrajaya.


pool kat p16 ni best sebab ada slide.
budak2 enjoy lebih le.
ni bawak diorang time cuti sekolah hari tu.

harga tiket masuk pun murmur.
seringgit kanak-kanak, 2 ringgit dewasa.
okey sangat kan?

tapi hati2 anak muda.. :P
jangan datang hari jumaat minggu kedua dan keempat.
sebab diorang tutup pool.
kitorang dah terkena hari tu. haha


budak berdua tengah queue nak slidin'.



nampak kaki yang terjulur tu? itu kaki anaqi.
ariana on the way.


memang 'naik sheikh' budak2 ni mandi manda.
macam2 gaya nak turun slide tu.
kepala dulu, tertiarap, terlentang, duo, semua ada.


ye mama pun ada ni haa. jadi jurugambar. gambar kelabu biasa la, pakai cover telefon untuk masuk dalam air. baru le telefon kalis aqua. kihkih



ni kat kolam dewasa. AAs ni berani je masuk. tapi ariana sampai le kaki.
anaqi boleh cuba lagi di lain masa. hahaa

 

sebelum beredar,
benda ni tak de kaitan langsung dengan berenang, tapi.
nak cerita yang recently i watched some malay series on video content platforms..
macam kat disney hotstar, iqiyi.
best pulak malay series ni. lama dah tak tengok korea. haha. mungkin keboringan dah atau tak jumpa lagi cerita korea yang melekat kat hati.

so. yang malay series ni
sekarang tengah tengok 'melur untuk firdaus' dan 'kerana aku isteri bidaan'.
'melur untuk firdaus' was quite refreshing and santai.
sy memang layan cerita santai, romcom semua ni (selain thriller, gore bagai).
ceritanya sweet2, pick up line-ish and actors are gorgeous (sy suka tengok movies/series yang lawa dari segi sinematografi dan pelakon kena lawa jugak kalau romcom. ahaha yes rupalistik).

while drama isteri bidaan tu sebab plot best.
and sy suka tengok lakonan pelakon dia, scha elinnea (sy tak tau nama artis2 ni.. ni pun google. lolx. tapi muka tu kadang kenal kalau tengok).
last yang sy tengok dia berlakon dalam cerita 'selamat datang cinta'.. yang dia kerja kat resort janda baik, tapi cerita terputus sampai episod 11 dan tak sambung2 sampai ke sudah, may be sebab covid. produksi pun dah malas nak sambung.. ahaha.
and gandingan dengan hisham hamid, memang ngam. best la series ni. so i proceed tengok.


dalam poster ni HH dengan misai tanglung dia *ahaha i call that* sebelum dia transformed jadi clean shaved look,


KAIB ni cerita tentang raina and farel ni sekampung.
then raina ni jenis ligat2 sikit la, tapi still jaga kehormatan dia.
one day entah camne sebab dia buat hal, parents dia nak kahwinkan dengan orang tua.
so raina fitnah si farel (dia panggil mat pisang sebab farel ada kebun pisang) sampai terpaksa si farel ni kahwin dengan dia.
but then raina lari follow boyfriend tak semenggah dia, aznor.
aznor jual dia kat motel mana ntah.
sebab raina ni rebel kat sana, dia kena hantar kat kelab mana ntah, jadi GRO pulak.
fast forward nak dijadikan cerita, farel jumpa balik bapak kandung dia and inherit kekayaan ongtua tu.
ntah camne farel jumpa balik raina kat kelab and satu hari, raina ni nak dijual secara bidaan.
si farel ni la beli. 100k.
tapi dia bengang dengan raina sebab lari lepas diorang kahwin.
so tengoklah apa seterusnya berlaku.


pelakon2 muda yang mungkin kita ongtuasikit ni tak kenal. ahaha

yoshh MuF dibintangi oleh meerqeen dengan anna joblings.. which ni kali pertama dengar nama diorang.
tapi lakonan tak mengecewakan la.
cerita ni sweet2 je.
kisah dua orang ni disatukan tanpa cinta.
yang si firdaus ni konon nak kekal setia dengan girlfriend dia la.. so dia tak nak layan melur.
tapi lama2, tengok la apa jadi nanti ok.
cerita ni banyak jugak pick up lines yang mungkin cringy bagi sesetengah pihak. bahaha


jauh beno nyimpang cerita swimming ke cerita tv. haha

tu je la. byeeee.

No comments: