Tuesday, June 28, 2022

48th

assalamualaikum and hi! :)

48 tu bukan umurkuuuu. lambert lagi, ntah sampai ntah tak wallahu a'lam le tu. haha
alhamdulillah, dirafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt (ayat emcee/kadang ayat YAB PM.. hehe) atas kurniaNya.
after 8 years plus, kami2 yang digelar ramai sebagai PSUpurba is purba no more :'D

dengan izinNya kami diamanahkan untuk memangku satu lagi anak tangga.
hadza min fadhli Rabbi, ahamdulillah.


ex-purba pinjam folder kawan untuk bergambar kat stage. haha
23 jun 2022 (khamis).

 

sebagai rekod, 1,235 batch 2009 dan some of 2006 (intan terpilih naik ke gred 52) telah diperaku oleh lembaga kenaikan pangkat untuk pemangkuan.

majlis dibuat by zone. ni zon tengah. lokasi: puspanitapuri, putrajaya.

majlis ni disempurnakan oleh KSN dan KPPA.

super ramai, selautan manusia. jadi mana yang sempat terjumpa, kita jumpa.
yang tidak, jumpa dalam mimpi ke atau mana2 la ye. haha (jumpa dalam FB pun okayy)
yang ambil surat watikah pun by wakil kementerian.
kalau naik ramai-ramai, runtuh stagenya. haha

since it's thursday, semua segak cantik berbatik malaysia.


geng duduk belakang sebab depan dah penuh, jalan pulak jem menggila tak tau kenapa (penjelasan kenapa sampai lambat daripada orang lain. but still within time. haha)
sahabat2ku; mardia (IC*U), humaira (INT*AN), azra (JP*A), wani e dan komathi (KD*N).
selang dua daripada komu tu HH weh. boleh tak perasan awal2 tu. what a small world.




dak2 KWP. oloh tertinggal gambar yang ada amy. sebab phone ni kan main thumbnails je, mana la nak nampak muka orang.. main pick2 je gambar. malas pulak nak upload balik. tak pe la amy dalam hati ai. hahaa (dalam FB ada, sila check :P)
maisarah, raja, kak mashi, me.




again with komu, me, azra.




lija (MOH), raja, nanee (eh nanee mana.. EPU ke dah tukar??), me




tinie (KDN rasanya), mar, me




me, iyadh (ni sorang lagi lupa dok mana.. medac rasanya)




kak shafizah (istana budaya), azra, mai, me


memang mana2 gambar akan nampak azra dengan mar, sometimes humaira,
sebab ai dok lepak dengan diorang. haha


eh, en muhaymin pun ada! penulis buku juga (jakim, jaga menteri), me.
ex-boh di IC*U. mangku 52, alhamdulillah.
dulu2 tang en min ni pindah ke HQ, rumah sewa dia tu, kitorang la pulak yang duduk. beruntung dapat tuan rumah yang baik, pengedar gas lagi. gas habis je, call tuan rumah. haha. kenangan sangat.




humaira, mar, azra, ayu (KDN), lee su (alamak tak perasan kementerian mana), me.




fahim (jab. kesihatan KL), humaira, mar, me.




tan lai chu (AADK), mar, azra, me lagi. hahaha



kawan-kawan lain tak tertangkap gambar,
sama ada tak sempat 'tangkap' diorang, atau diorang sendiri tengah bz tangkap gambar. lolx

lepas2 tu ingat nak lunch dengan kawan2 kat luar,
tapi tengok urus setia ada sediakan lunch.
so kitorang makan je kat luar dewan tu. nasi beriani rasanya, ayam masak merah. yumminess!

then petang tu plannya nak ke AGM (mesyuarat agung) PPT*D.
btau bos siap2.
kita ni nak buat apa2 pun btau bos. apa2 senang, bos tau cerita. ingat pesan ahkak ni :P

then kitorang ke masjid putra, solat zohor jap.
bestnya dok kat masjid weh. nyaman je.
disebabkan kubah tengah reno, semua solat di bahagian koridor luar.


cdt kamera azra.




cangg! bukti bergambar yang kitorang hadir ke AGM PPT*D.


dulu orang selalu pertikai, apa persatuan bagi kat kami.
dah ada prove ni, PPT*D perjuangkan career paths ahli.
now pun dah ada biro baru untuk laluan kerjaya ni.
jadi tak de la sangkut lama sangat kat satu-satu gred tu, sampai 'langgar dinding'.
so hat skim lain kata PT*D naik cepat la apa, mana ada. dulu bolehlah cakap gitu.
sekarang ni sama je dengan orang lain.
raikan rezeki masing2 ok. jangan pertikai rezeki orang. sekian tazkirah ringkas. hihi

(seriously dalam hidup ni sy pernah jumpa orang2 yang tak suka sangat dengan PT*D. apa yang hat benci sangat tu tak tau la. mungkin ada memori kisah gelap dengan PT*D.. tapi yang penting itu individu, bukan PT*D as a whole. orang kata jangan benci sangat, nanti lama2 jatuh suka. haa).


eh, terjumpa lydia pulak kat AGM. lydia skang tengah sambung study kat UKM.




tiga sekawan-baik, cdt phone mar.




alkisahnya cabutan bertuah no 177 ni, si mar dengan azra (tak tau la kot lydia dengan kawan dia terlibat sama).. dok tepuk tangan kuat2 kat belakang, sampai emcee cakap "yeee ada tepukan dari belakang" sambil ai berjalan ke depan. hahaha. alhamdulillah dapat hamper makanan.




yeee AGM kali ni kaya dengan makanan. ini goodynya. ada buku laporan kat dalam.
ni ada produk2 agromas. boleh tahan ye, sedap.
dulu teringat pernah beli kek coklat moist agromas. lama dah. sedap gils.
ada mi segera soto, air durian belanda, roselle etc.


AGM kali ni ada pelantikan AJK baharu.
dato' isham pres, tn. halim naik pres, tn. nazli setiausaha kekal.

tok isham ni dulu pernah mengLOkan dia. very humble and bagus.
tn. halim pulak dulu time kami DPA. en. nazli ni time banjir dulu, dia and PPT*D la yang tolong. trimas semuaaaa. (ai kenal mereka, mereka tak kenal ai kot. haha)


so esoknya tu kita tong2 dengan geng2 mangku, jamu satu ofis nasi minyak gulai ayam terengganu.
alhamdulillah semua kata sedap.
licin abis.

sekianlah kisah 48th kami.

doakan semuanya berjalan lancarrrrr.

byee!

hari lahir /ˈbəːθdeɪ/

assalamualaikum and hi! :)

selasa hari tu (21 jun 2022), birthday sy buat kesekian kalinya. haha
so tanya bos, kalau tak de apa-apa yang urgent, nak cuti.
maka bercutilah kitaaa.
*wani e suka cuti time birthday*


a part of surprise delivery that i got.
ni daripada babahnya, ariana dan anaqi (bunga tu 'kata'.. AAs bagi. last2 diorang yang makan most of the chocolates. HAHA)



trimas buat semua yang wish, kirim doa, hadiah etc.
i read them all, i appreciate each and every one of it. despite berapa pun nilainya, bagi sy semua tu priceless and special. thank you! *bow*

tapi dalam entry ni sy tak postlah gambar semua hadiah.
tak sempat-sempat weh nak buat unboxing video/photo ke apa.
event di sana sini.
so kita post dulu mana yang ada.
tqq hubby and AAs. purple is so my color. haha
plus grey and pastel jangan dilupa :DD



truthfully, dah umur 30s nak masuk 40s ni tak de la expect sambutan yang gah, gilang-gemilang ke apa.
semua pun simple2 je.
kalau orang ingat nak wish, mujur. haha
maklumlah faktor usia ni kadang kita sendiri pun terlupa date anniv sendiri :DDD
so on my birthday, kita pi ikea date dengan husb.
not much photos taken, sebab sibuk berenjoy-enjoy di ikea.
ni pun cdt gambar daripada phone husb. kat kedai ikea yang jual makanan2 tu.

nah, sekeping gambar diri sendiri sewaktu birthday. sy share sini je. FB, IG sy tak share.
brunch benda simple-simple dengan sepotong kek almond sempena birthday.



kita ni truthfully bukan la hantu kek. bukan.
in fact, coklat pun makan sikit-sikit je.
sebab tu beli kek sepotong aje. haha (itu pun struggle nak habiskan 2 orang. sorang tak makan kek yang densed sangat, sorang lagi tengah diet makanan sihat. so..)
dan disebabkan birthday jatuh hari selasa, rasanya tak beli-beli lagi kek sebiji untuk bagi AAs makan sampai skang. hahaha
diorang pun tak tanya apa, so kita diamkan je dulu :P
ini pula hadiah delivery daripada MIL. terima kasih, mak ^^
MIL pun hipster ye dah surprise2 delivery skang. hihi
bunga tu i ols letak dalam bilik tidur dulu. maklumlah, rumah tak de meja kecuali meja makan. bahaha


esoknya, dak2 ofis celebrate.
thank youuu korang. susah2 aje la budak2 ni.
with cik ija. ni KPSU ai yang ceria, ustazah ngaji, penuh dengan ilmu agama di dada. major respect.

dak2 BSE semua ni. tqq semuaaaaaa. HUGS.




muka serius habis potong kek, sebab tak reti potong kek tinggi. haha



dah. nanti2 kalau rajin, kita buat entry lain hat hadiah2 pulak.
kalau rajin la. tau2 je la tahap kerajinanku macam mana. bahaha

happy birthday to me!

Monday, June 20, 2022

late lunch di restoran sepohon by 10 gram, tamarind square

assalamualaikum and hi! :)

selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa hebat di seluruh dunia!

since it's dad's day,
kitorang pun pi la celebrate makan-makan.
kali ni nak cuba makan di Sepohon, tamarind square.
restoran ni baru je buka awal jun 2022,
berkonsepkan bbq & grill, tak silap sy di bawah naungan branding 10 gram.

so kalau ke tamarind square, restoran 10 gram di tingkat bawah,
restoran sepohon ni kena ke kiri sikit je dari 10 gram dan NAIK TANGGA KE TINGKAT ATAS.
kalau tak pasti juga, boleh tanya pada staff 10 gram di bawah.


di pintu masuk. dah boleh nampak lantern2 yang cantikkk.


mungkin cetusan nama 'sepohon' itu kerana konsep greenery yang diketengahkan.
ada banyak pokok-pokok menghijau di dalam restoran dan ada yang dijual juga.
tak sempat sy nak snap gambar pokok-pokok, tapi restoran ni memang cantik dan instagrammable jugak kalau korang rajin nak snap snap.

we're there for a late lunch,
sebabnya dok tunggu tukang rumah dok pasang kabinet, sink dapur dan juga sink toilet.
dalam pukul 3 lebih jugalah baru kerja settle.
tu yang ala-ala kebuluran and alas perut dulu dengan buah durian yang husband beli sebelum ni. haha

menu restoran boleh scan daripada QR code yang staff sepohon akan beri.
tiada buku menu setakat kami datang semalam. go green gitu.


husband kata tak dapat nak visualized rupa bentuk makanan tu bila nak order.. sebab dalam digital menu tu, ada nama-nama dish je. hihi. lantas beliau pi tanya, so ada la sekeping menu ini.


since menunya banyak yang bbq and grill,
sy nampak ada juga daging (beef/lamb) di dalam chiller untuk customer pilih.
kalau tak nak pilih, order je daripada menu digital.

sebelum ni sy dok cari-cari juga menu and price restoran sepohon ini,
atau review daripada bloggers.
mungkin sebab masih baru, jadi tak banyak lagi reviewnya.
harga pun menjadi misteri. haha

tapi kalau korang nak estimate,
hidangan pasta sekitar RM19 ke RM35 lebih kurang *sorry sy tak hafal price, since menu dalam bentuk digital, tak teringat pun nak snap shot sebab tengah kubulur petang semalam HAHA*

grilled/smoked meat semua puluh-puluh bawa ke ratus ringgit.
kalau bbq platter yang besar, ada macam-macam, ayam, meat, sausages tu semua.. RM300++ kot macam tu. (kalau salah tolong betulkan. sy tulis berdasarkan ingatan semasa).

drinks pula belas-belas ringgit. so korang boleh la agak2 budget nak datang makan ke sini.


view di dalam restoran.



boleh book untuk candlelight dinner atau events jugak.
katanya lawa bila tengok sunset kat sini.




sementara tunggu makanan dan minuman sampai,
kita snap photos kejap.

tempoh masa menunggu tak la terlalu lama.
cepat jugak servicenya.

hari ahad kami yang hectic. hahaa
nampak tak muka memasing spelled 'HECTICNESS' (termasuk la budak2 tu. pepagi sampai noon pi swimming.) :DDD





anaqi ni kalau ajak bergambar, ada je pose aneh2 dia. lolx



yang diraikan. selamat hari babah! thank you, you rock!



me and some lantern-ish lamps.



mula-mula anaqi nak dok sini ye. bling bling gold haha.
kata ke dia, beso sangat ni. kita 4 orang je kan. agak2 la :'D



ada tisu 10 gram di situ.



air pertama dah sampaiiii. tepukan!! :P
ni sy punya, citrus honey. sedap and nyaman.



air chocolate popcorn, AAs share.
sedap sungguh air ni. macam ada nutty taste gitu. may be macam hazelnut choco ke.. idk.
tapi sedap la. sesedapnya. harga RM18 tak silap.



latte, husband punya.



my plate; aglio olio peperoncino.
macam ni RM19. kalau nak yang ada lauk-pauk macam ayam grill tu, dalam RM35 lebih kurang.



husband's plate. ai is lupa nama dia hahaa. tapi ini menu smoked beef dengan side dishes sayur, kentang dan corn. rasa smokiness dia memang ngam. sedap bau dia. katanya dibakar selama 12 jam dengan kayu pokok rambutan & manggis. citarasa lokal *thumbs*


kan kalau bbq kat overseas,
diorang akan bakar daging kayu api daripada pokok sekian2.
pokok epal la, pokok pecan, ceri, oak.. macam2.
setiap kayu tu rasa 'kemanisan' asap dia lain-lain agaknya kan.


harga sepinggan dalam.. RM42. rasanya.



muncullah mac & cheese untuk AAs.
sedapp kata diorang. tapi tak expect mangkuk yang sedikit kecil. tak cukup budak berdua tu makan. hahaa. harga dalam RM30++.


total kitorang makan, bawah RM150.


sebelum balik, bergambar kat lanterns.



lawaa tempat ni.



isz & wani.

 

alhamdulillah, settle makan.
sedap, ambiance cantik, harga je la pricey sikit.
harap next time ada buku menu dengan gambar-gambar makanan yang cantikkk. jyeah.

thank you, Sepohon by 10 gram.