Tuesday, March 22, 2022

cat house, medan agro dan opah stawberries sekali lagi di cameron highlands

assalamualaikum and hi! :)

HAHAHAA nak gelak besar jugak.
sebab akhirnya dapat juga buat final entry untuk percutian ke cameron highlands disember lepas!
woots!
lamanya, dah masuk bulan mac ni baru siap semua entries. haha

so inilah cerita the last day of our percutian ke cameron highlands pada tahun lepas.


haa bagi yang tak pernah sampai ke sini,
cameron highlands pun ada cat house jugak tau.
lokasi sebelah je dengan tempat parking nova highlands hotel.
disebabkan dekat, kami jalan kaki je dari hotel ke cat house ni.



pintu masuk. besar2 terpampang cat house di situ.



ni lah harga untuk tiket masuk. RM6 dewasa, RM4 kanak-kanak.



macam biasa, musim2 pandemik ni kita kena scan dulu sebelum masuk.


makanan kucing ada dijual juga kalau korang nak bagi kucing makan.


nanti akan turun tangga ke tempat kucing.



sangkar ni ada anak-anak kucing. saiz gini mungkin umur 2 bulan macam tu.


anak-anak kucing di bawah usia 3 bulan masih fragile,
jadi mungkin diletakkan dalam sangkar supaya manusia2 ni tak main lebih2 sangat dengan diorang haha.


selebihnya, marilah kita melihat gambar-gambar kucing comelllllll.



ariana dan kucing. nampak gen2 parsi ni.




wani e dan kucing BSH.




kucing ada misai. ahhahahaa




anaqi dan kucing membulat.




ni kucing jenis eksotik flat face. comelnessss.




tak pasti kucing apa. mungkin domestic odd eyes. (sebelah mata warna oren, sebelah lagi warna biru)




kucing ekor tupai nama dia. haha




kucing ni nampak dah tua sikit. suka2 je cakap orang (note: kucing) tu tua. lolx




kucing BSH pipi pauuu.








ni kucing bermisai tadi. ada janggut sejemput jugak. ahahaa








ni pun comel. alah semualah comel!




kucingta padamu. hahaha


so lepas-lepas tu,
kitorang gerak ke medan agro, berdepan je dengan kea market.
seberang jalan je.
may be peniaga2 yang berniaga kat kea dulu, dikumpulkan di medan agro ni.
jadinya tempat lebih tersusun.
datang sini sebab nak beli souvenir la macam tu.
ada jugak la beli keychains, coklat..
tapi last2nya dilanda banjir dalam kereta haha.
rosak gitu aje.
so tak dapatlah bagi souvenir kat family, sahabat2 dan budak2 ofis. tak pe la, next time pula insyaAllah.













kalau bekas2 gini.. 3 RM10 harganya.








bunga hidup ni pun RM10 tak silap.




ginseng ni.. tapi bentuk menyerupai ulat. tu yang snap gambar tu.
ai kan kekaguman. haha




fiuuu bunga2an lawaa. nak bagi kat kekasih, boleh sangat ni. hahaa
eh silap. bagi kat mak ke, kat wife ke. kan.




ni la nama dia pucuk labu. first time makan yang bergoreng kat cameron.
rasa dia manis wehhh macam buah labu jugak. daun dia serius lebih manis banding daun lain.




lepas tu singgah beli baju pulak. baju cameron.




pilihan pelbagai baju untuk kanak-kanak. dewasa punya pun ada.






dah settle kat agro,
before gerak balik tu, kitorang singgah sekali lagi ke area kampung taman sedia.
apa lagi, repeat opah strawberry la. bahaha
sekali rasa sedap, terus nak repeat.


depan opah strawberry ada macam gerai kecik jual produk-produk strawberi jugak.




ni la nak kata.. hari sabtu, tengah hari.
kereta kiri kanan. jadi bertabahlah mencari parking.




kitorang parking kat homestay marina.
dekat je dengan area kedai2 makan ni. kena jalan sikiit je. yang penting parking selesa.
bayar RM5 per entry.




kali ni kita snap sekali dengan buku menu opah strawberries.




korang boleh check harga makanan kat sini.
harga standard cameron highlands.
kalau nak rasa-rasa je, beli la macam2 and share beramai2.




skon opah strawberries yang sedap ekstrim. haha
sampai tak nak makan kat tempat lain dah.
harga skon standard jugak.. 4 ketul RM10.








siapa2 yang nak datang malam pun, ada menu dia jugak tau.




family photo!




depan sekali: mama and wani e.
belakang kitorang: faliq and ain (wife)
belakang diorang: ariana and tuah (cousin)
belakang sekali: anaqi and babahnya
belakang lagi: orang ramai :P




ain tengah nak makan skon.




one with ma mama :D leviu, mama!




bertukar-tukar juadah dengan jiran belakang. haha








sambungan kepada gambar ain ambik skon tadi :P
mama tengah menikmati nasi lemak strawberi. ayam goreng dia sedap weh.
faliq tengah tunggu mi kari dia kot.




2nd time datang, order lagi nasi lemak strawberi ni.
lengkap dengan rendang dan serunding strawberi. sedap seyh!




ayam goreng di opah strawberries pun tak kurang sedapnya.




masih lagi bertukar-tukar juadah. lolx




akhirnya mi kari ai dah sampai!
portion banyak gile ok. sila beli dan share makan 2 orang jika anda datang dalam keadaan tidak lapar :P


lepas settle makan2, kitorang singgah beli jem, strawberi dan coklat kat abang strawberi pulak.. sebab kat opah dah habis.
jalan kaki je ke abang strawberi.. dekat sangat sebab satu jalan.
kedai aidilbadri pun sejalan jugak.
tapi lepas2 tu, tumpahhh coklat cair ai dalam plastik. boo hoo.
tak de rejeki. hihi

time ni la yang petang2 lepas tu hujan non-stop.
yoshh yang taburan hujan sehari macam sebulan tu.
yang menyebabkan banjir luar biasa di lembah klang dan termasuk la rumah kitorang sekali terlibat. hoho
ended up, makanan and souvenir semua terendam dalam kereta ni and terpaksa dibuang a few days later lepas banjir surut. sebab kereta ni park jauh di deretan kedai2 depan rumah.
walaupun jauh, tetap naik air di luar jangka. maka tamatlah riwayat souvenirs sekalian. kikiki

apapun besttt jalan2 cameron.
later on nak datang lagi la.
tapi nak datang musim panas. hahaha

ciao!

anaqi dah tertidur time nak balik ni. bye2, CH!

 

No comments: