Wednesday, February 16, 2022

highland steamboat cheese and grill satuuu & the instagrammable cameron centrum

assalamualaikum and hi! :)

kisah cameron highlands diteruskannn.

on the 2nd day tu, kitorang mendinnerkan diri dengan aktiviti cliche di tempat sejuk;
STEAMBOAT. lolx

ikutkan nafsu nafsi ni, nak ke pasar malam golden hills sekali.
tapi sebab terkejar and kang bloated pulak perut makan macam-macam,
di samping tengah musim hujan,
maka trip ke pasar malam kita cancelkan. *ahhh -- suara penonton kuciwa* :B

nak kecewa kenapa, steamboat kan ada!


selepas gigih mengoogle, didapati restoran steamboat ni antara yang the best di CH.


highland steamboat cheese and grill ni ada 2 cawangan.
yang ni dekat-dekat area ke bawah lepas golden hills.. di dalam kawasan perumahan baru.
ada apartments dan rumah bertingkat.
satu lagi cawangan, di area2 mardi sana.
yang kat mardi tu boleh booking dulu.
kat kawasan perumahan ni tak boleh booking, kena walk in je.
(kitorang tak pergi la yang mardi tu sebab jauh. sapa2 yang stay belah sana, boleh pergi cawangan mardi)

harga? standard harga steamboat tahun 2021 di CH.. (time pergi ni, bulan disember)
RM35 sekepala untuk dewasa. kanak-kanak ai dah lupa :P
(ada kedai yang harga RM30+, tapi pilihan tak sebanyak yang RM35 ni la)

memandangkan ni first time sampai sini, ikut google map la, apa lagi.
dibawaknya kitorang lalu ikut tepi2 tebing, tepi bukit yang ada kesan tanah runtuh. serunnnn.

time balik elok pulak dia bawak lalu jalan besar. adoila.
so kalau korang nak ke highland steamboat ni, silalah lalu jalan besar (jalan yang melalui hotel pine century tu semua).
simpang masuk dia dekat2 pasar malam golden hills.


ni la suasana di dalam restoran steamboat ni.



seafood pun banyak. syurga untuk pencinta seafood.



rak sayur-mayur.
memandangkan ni cameron highlands, sila la makan sayur banyak2 :P
*kempen makan sayur ini tidak ditaja*



moh kita pilih, dipilih, dipilihhh.



dipping sauce. ada pelbagai pilihan.



nak tunjuk kat sini ada korean chicken jugak. jangan main2 tau. kpop ye di sini.



kitorang pakai 2 pot, 2 kuah. satu kuah tomyam, satu lagi kuah chickin' (ayam).
itu model steamboat, tan sri iskandar nama beliau :)



me, the kids and the fooood.



bersusun diorang ni bergambar. hahaha


truthfully, masa datang sini perutku masih kenyang lagi ok.
dek makan sayur2an goreng tepung dan ayam gunting sebelum tu. haha

tapi disebabkan nak kejar masa and kena sampai awal bagi mengelakkan queue panjang,
ai layankan je kekenyangan ni.


faliq and mama dah start masak-memasak.



my plate of chicken and crabbies.



family kitorang kecik je, tapi nampak ramai kan.
ni kalau anak 10, sure kena sambung meja sebelah. ikikiii



take two!



pingganku lagi. lepas makan, menyesal. hahaha
(menyesal kemudian)



tuah yang sedondon dengan ais krim. haha



dari petang, bawak ke malam kitorang di sini.
solat jamak le kite.


so balik tu memang tak de ke pasar malam.
nak beli apa pun, perut dah kenyang bloating bagai kan.

so kita ke cameron centrum,
lokasi hot terbaru di CH.
lokasi yang instagrammable.. sesuai untuk pencinta fotografi.


silalah ke sini. lampu2 dia tu cantik yee.



props (panggil props ke??) pun banyak untuk kita bergambar.
contohnya kereta/bas ni.





seakan2 di london. hihii



ai suspect gambar ni senget sebab budak2 ni yang snap.



bolehlah buat profile picture gambar ni.
caption: terasa sejuk udara london. haha



husb pun tak nak ketinggalan bergambar di pondok telefon.




nek yah dan cucu2 beliau. tuah dah balik hotel time ni. kitorang je ada.



ariana and nek yah.



cantik kan clock tower ni! anaqi di depannya.








memandangkan tengah bulan 12, pokok krismas pun ada.



kemain happy depa ni.



keluarga kesejukan. lolx












landmark dan tanda nama cameron centrum.


dekat2 sini boleh nampak ada hotel baru bakal dibuka.
nampak kat belah2 belakang tu macam design rumah tudor.
tazabar nak ke hotel baru ni kalau dah buka.


anaqi dan babahnya.



yoshh tempat ni LBS punya.
siapa LBS? syarikat pemaju perumahan le.



bukti ai di centrum malam itu.



the lightssss.



cantik kan!



tempat ni masih tak banyak lagi kedai.
tapi ada la starbucks, family mart, 7e tu semua.



ok last lasttt. belanja gambar pokok :P

 

dah habis round-round cameron centrum,
kitorang pun kembali ke pangkal jalan (ke hotel).
zzz and tunggu hari esok pulak untuk pengembaraan seterusnya.

[bersambung!]

No comments: