Thursday, December 08, 2022

berholiday di SCAPES hotel, genting highlands

assalamualaikum and hi! :)

haa 2-3 menjak ni korang readers akan selalu nampak la kelibat sisthor wani ezryl dalam blog ni 😂

disebabkan sekarang ni tengah peralihan kementerian/jabatan/agensi,
dan sy pun dah settlekan kerja-kerja pending sebelum ministry kitorang ni 'hilang' ditelan barisan kabinet yang baharu.. ahaks. maka i unofficially announce that we're quite 'free' these days.. sambil2 tunggu hala tuju baharu.

jadi sempatlah nak berblogging lebih kerap (harapnya), insyaAllah 😁

kalau tak tu, macam tak cukup time je nak siapkan itu ini, attend itu ini.
alhamdulillah, Allah bagi kitorang sooo much ample time to do other things other than work. hihhi

so! blog entries yang pending sejak oktober, bolehlah direalisasikan sekarang! HAHA *punyalah berkurun, bertukun gambar2 lalu di dalam phone ai*

kali ni nak cerita tentang trip kitorang ke genting highlands, pada 7-9 oktober yang lepas.
semangat menabung sebab nak pergi genting skyworlds theme park yang baru bukak tu.
alang-alang tu, kita stay sekali kat hotel SCAPES, genting highlands.


awal-awal pagi tu dah berbreakfast di burger king, sebelum gerak ke genting.
burger king ni dekat je dengan rumah kitorang.



truthfully, sedap jugak makanan kat burger king ni okeh.
burger, ayam, fries, semualah sedap. tinggal kena siap2 'pitih' je la. haha
ni 4 beranak tengah breakfast like a king, kong 🤣


lepas makan tu kitorang gerak ke genting.
kununnya la nak sampai awal.
alih2 sampai petang jugak, sebab kereta husb habis bateri 😅😂
kereta tak boleh start kat stesen minyak taman melati. lolx
so ke bengkel berdekatan untuk tukar bateri.

jalan, alhamdulillah clear.
lepas menempuh 'cabaran' kereta tak de bateri *haha*, maka kitorang pun sampai ke hotel terbabit :P

SCAPES hotel ni located kat belah bawah genting.
area geo, windmill tu semua. bawah sikit dari awana genting.
jalan dia kena masuk ke dalam sikit, selepas deretan lot-lot kedai.
tempatnya cantik dan moden.
sekali dengan residensi dia kot di sebelah.
kebanyakan hotel belah-belah bawah ni memang begitu.
so facilities pun banyak yang share.

bilik adalah nice! i like the ambience.
apatah lagi nampak dinding kelabu berpattern macam tu. memang taste ai sangat. haha



sampai2, terus lambakkan makanan yang dibawa bersama.
makan je diingat 😜



konsep bilik dia adalah moden, campur2 industrial kot (sebab nampak ada lampu gantung2 dengan batang paip tersembul di luar. ahhaha).



lagi view bilik.



cantik kan! so nice 😇



AAs ni sampai2 je dok main phone.
(tiada kecaman terhadap ibu bapa dialu2kan di sini ye 😋 diorang dibenarkan main phone pada waktu cuti)



toiletries ^^



dalam bilik air pun sempat bergambar. kihkih


satu lagi yang best pasal SCAPES hotel ni,
swimming pool dia besar jugak dan berada di dalam taman.. aicewah.


lawa kann.


tapiiii swimming pool dia tersangat la sejuk airnya.
harap hotel ni dapat install heater dalam pool. haha




playground pun ada untuk anak-anak.



ariana.



berhaha huhu di swimming pool.



ai tak berendam dalam pool ni. dok tengok dari tepi je.
sapa nak masuk sejuk2 ni oiii. sapa kulit kebal (bukan tebal 😂), bolehlah. macam diorang bertiga ni. hahaha



father-kiddos time.



selfie taim.



sudahnya, kesejukan. chill.



bersama peminat tegar ai. bahaha



anaqi ni paling tak tahan kesejukan pool. biasanya dia akan naik terketo2. dah, badan pun kurus cikeding. kihkih



suatu ketika cikeding, namun tidak lagi 🤣
haihs tak leh move on dengan kecantikan hotel ni.

 

oklah sampai situ je kisah SCAPES hotel.

nanti kita sambung kisah ke taman tema pulak. nak tak?

"NAKKKK" sambut imaginary penonton. ahaks.

tataah!

No comments: