Tuesday, November 02, 2021

day 3 - to sunway pyramid shopping mall

assalamualaikum and hi! :)

brace yourself, sebab kali ni kita akan sambung cerita kat sunwayyy day 3!!
*lompat bintang berkumpulan*

//btw ai is tersibuk sampai terlupa nak update pasal day 3 ni. haha. maka marilah sambung update.


brekkie on bed? nope. on tv shelf! lolx


seperti biasa,
jam 7.00 pagi tepat, hotel akan datang hantar breakfast di depan pintu bilik.
seleksi hari itu, sy pilih bubur ayam.
yang lain, pilihan sama iaitu american breakfast.


bubur ayam dan set sarapan pagi amerikaaaa.


bubur ok, tapi tak cukup condiments.
mungkin lain kali sy kena mention nak ikan bilis goreng, bawang goreng lebih, daun bawang dll dalam note. haha

dalam jam 10.30 pagi, kami gerak ke sunway pyramid mall.
sebelah je dengan hotel. jalan kaki saja melalui pintu lobi yang interconnected dengan mall.

hari itu adalah hari isnin. hari orang bekerja.
jadi kami dapat berjalan-jalan dengan aman, damai dan tenteram. HAHA

tujuan utama adalah nak pergi main ice skating dan pakai baucer percuma
daripada pakej hotel. hihii


turun pakai lif yang transparent ini. sila ke LG3.

sebenarnya kalau korang menginap kat hotel sunway pyramid,
lif transparent ni betul2 dekat dengan pintu keluar ke mall dari lobi hotel.
so tak yah jalan jauh. naik je lif ni, turun bawah.
cuma kalau nak ke sunway lagoon la menapak sikit. atau aeon mall. atau starbucks.
semua tu berada di hujung lagi satu daripada lobi hotel.


maka kitorang pun sampai kat sunway pyramid ice.
ni tengah nak ambik kasut.


kalau nak pakai kasut skating yang lebih selesa,
cuma tambah RM5 je daripada harga sedia ada.
demi tak nak sakit kaki kan.
tapi kitorang ambik kasut biasa je, yang percuma daripada baucer percuma ituuu. hahaa


mula-mula silalah ukur saiz kasut anda, begini. terima kasih, anaqi, model kaki :P



boleh tengok saiz kasut kat sini.



masing-masing tengah pakai kasut skating.
boleh bawa stoking, sarung tangan sendiri kalau ada.
kalau tidak, kena beli kat kaunter.



macam sedondon je kaler tudung dengan ice rink kat belakang tu.
icy je rasa. hahaa



gwe dan anaqi :P
lenguh jugak bawak budak2 ni main ice skating,
sebab kena jadi agen tempat 'bergayut'. lolx
practice makes perfects, kids. skate banyak-banyak sikit.



husbandku.


mula-mula memang la jadi tempat bergayut anak-anak. lolx
bila budak-budak tu dah penat dan pergi rest,
ai hayun kaki laju-laju dan balas dendam pi skate ke sana sini :'DD
lama tak skating wehh. lepas gian. kahkah

selepas semua tobat tak nak main skate dah sebab kasut keras kejung and sakit kaki (lololx),
and also because the time was up,
kitorang ke future land fun zone.. sebab ada free voucher la, apa lagi :P
tapi may be next time boleh datang balik walaupun kena bayar sendiri.
sebab best tempat ni.. boleh main VR (virtual reality) games.


ariana dan anaqi tengah naik roller coaster.





terjerit-jerit diorang main bendalah ni. hahahaa



lepas main mesin yang tadi tu, diorang dok main mesin ni pulak.
ariana naik roller coaster lagi.



anaqi tengah main skateboard, katanya.
siap ada bunyi angin kuat kat luar ni :D



lama okey 1 game. worth the money la kalau korang nak main.
sementara menunggu tu, kita tangkap la gambar banyak-banyak. huahahaa



dua game ada la dalam RM35+ kot macam tu.. tak ingat harga exact.
anaqi memang seronok main, dia dok berzikir kata nak datang sunway balik. adoila son.

 

future land fun zone ni terletak kat tingkat atas sekali (level 1),
betul-betul sebelah boling.

ada lagi baucer boling, tapi kitorang dah tak larat nak sambung main. hahaa

maka baliklah ke hotel, siap-siap nak balik.
kitorang dapat late check out sampai pukul 2 petang, thanks to ms. ziela from sunway yang bagi macam-macam complimentary stuff untuk kitorang.
really appreciate it.
semoga murah rezeki and sampai jumpa lagi!

No comments: