Wednesday, January 30, 2019

festival light and motion putrajaya (LAMPU) 2018

orang ramai yang dah mula memenuhi festival LAMPU putrajaya.

assalamualaikum and hi!

ni sambungan lepas entry dorsett sebelum ni.

malam 29 disember hari tu, kitorang pun gerak ke festival LAMPU putrajaya lepas isyak.
jalan kaki je dari dorsett.
keluar-keluar dari tepi hotel tu, terus ada area food truck.
kat sana ada 2 area food truck ni.
satu lagi kat seberang jalan sana.
so ni yang seberang jalan sini.
tapi dua-dua sy pergi. foodie katanya. hahah


ramai jugak orang. maklumlah, sabtu malam ahad. nak dekat-dekat tahun baru pulak tu. aunty belakang tu siap photobomb lagi. kahkah

budak-budak sukalah kan,
tengok arca-arca berlampu,
beli mainan-mainan lampu.


bergambar dengan dinosaur.

agak best tahun 2018 sebab dapat masuk area VIP.. ada beanbags dengan kerusi semua tu.
tempat tu berpagar, ada orang jaga.
budak-budak pulak (AAs) sedap tidur.
time kat rumah, tak nak tidur awal.
kalau keluar jalan-jalan gini, nak pulak tidur awal.
hahaha

gelap gelita je. nampak gigi je HAHA. (yang kat belakang tu dah tidur sambil pegang belon ok) :P




tempat ni betul-betul kat tengah-tengah gerbang perbadanan putrajaya tu.. so view sangat ok.

dapat tengok light projection betul-betul kat centre,
lepas tu tak sesak sangat macam kat tempat lain.
light projection ni ditayang 5 kali.
5 kali benda yang sama.
so kalau tertinggal tayangan pertama, jangan risau.
nanti lepas habis satu pusingan, dia akan tayang balik.



salah satu light projection yang ada.



lawa kan!



dinosaur.



themepark!!

banyak lagi la snap gambar dan video,
tapi just letak a few je kat sini.


ni lah area VIP tu. kitorang duduk kat kerusi belakang sana.



banyak orang jual barang-barang berunsurkan lampu. nice!



saya beli flower crown ke apa namanya ni. tahun lepas ada beli jugak, tapi yang tu dah hilang, budak-budak buat main.

so tu lah cerita festival LAMPU kita.
overall we had fun, tapi slacknya sebab budak-budak tidur.
tak dapat nak berjimba lebih HAHA
lepas habis tengok semua projection,
dukung budak-budak balik hotel.
then sy keluar balik ke LAMPU untuk cari makan kat area food truck.
orang potong queue sangat melampau.
main terjah je.
tu la habit manusia kita dapat tengok kalau dalam ramai-ramai orang macam tu.
bukan dari putrajaya kot. mesti orang luar ni.
orang putrajaya selalu nampak berhemah. kihkih
(jangan marah, orang luar putrajaya. kalau korang tak potong queue, korang tetap awesome posum!)


till then.
toodles!

No comments: