Thursday, December 20, 2018

ariana's graduation day

assalamualaikum and hi!

bersiaran lagi kita selepas sebulan lebih. haha
memang lama betul masa diambik untuk update blog ni.
dasar malas update betul :DD

entry pindah rumah part 2 pun belum sempat nak buat lagi.

kita skip tu dulu.

ni, cerita graduation day ariana pada jumaat minggu lepas, 14 disember 2018.
percayalah, lagi nak sampai hujung tahun ni, lagi sibuk ofis tu entah kenapa. lolx
meetings semua dikejar-kejar nak buat hujung tahun.
tapi alhamdulillah, jumaat lepas dimudahkan untuk attend majlis ni.

(kalau tak, memang ada bengkel kena attend jumaat-sabtu. it's just that we have a really flexible boss. if kita tak dapat attend, ada orang lain boleh attend. macam tu la. my past experience tak begitu, kena paksa pergi kursus; i still remember. but then i ni 'ketegaq'. i kata A, A lah macam tu. maaf, ex-boss. i knew what's my priority and i stood by it. hehe)

ok balik ke cerita zaman sekarang :D
majlis tu started at 3pm macam tu, dah nak hujung hari, kebetulan kerja semua pun dah settle.
(pulun awal minggu superbanyak kerja. alhamdulillah now boleh bernafas sikit).
so kita ke auditorium.


everyone was there. babah pun. semua wajib hadir ye majlis keluarga. :P

sebenarnya gambar and vids banyak jugak.
tapi untuk blog, kita letak sebahagian je.

majlis ni bergabung dengan 1 lagi cawangan taska kat kementerian pelajaran.
(sadly baru tadi dapat tahu, 2 cawangan taska kat KPM & KPWKM akan tutup tahun depan.. sebab kementerian tukar tender baharu. nasib baik la yang kat ofis sy ni masih kekal. alhamdulillah).

majlis dimulakan dengan baca doa, nyanyian lagu deen assalam dan lagu taska.
comel sungguh budak-budak.
lagi-lagi part chorus deen assalam tu.
kemain kuat masing-masing lontar vokal. hahaha


ariana and four of her friends special sikit pakai baju kebaya sebab ada reading di pentas.



nyanyian merdu anak-anak.



meanwhile, si anaqi jumpa geng pulakkk si luth. masing-masing jenis pulun main kereta atas karpet, naik turun tangga audi tu dah biasa. hahaha



ariana's reading. baca buku tajuk 'shopping'. memang sesuai sangatlah tu dengan dia. hari-hari dok tanya nak pi pasar, nak pi alamanda, nak pi ioi. paling haru, nak pi jepun. haa :DDD



dapat certificate! gambar sekaliii dengan owner taska :)



tak lupa juga menempah bunga. ala-ala konvo. mak-mak macam sy memang over sikit. HAHA.

mana yang lama kenal sy, memang tau kot sy ni sukakan hadiah.
sy suka kumpul wrappers (muda-muda dulu la), balut hadiah, buat kad,
semua tu memang passion sy yang mungkin sesetengah orang takkan faham.
tu la kedai memory lane banyak dah tak de, sebab tak ramai appreciate nak bagi hadiah, kad.
semua pakat hantar mesej kat facebook je kalau ada birthday, sambutan dll.
so untuk graduation day ni, sy tak ketinggalan untuk hadiahkan bunga kepada ariana.
she loves pink, so i asked the florist to make a small, pink bouquet.
sukalah dia dapat bunga.


gambar (pre-photographed) dan sijil.



congrats, ariana!

kalau yang mana tak tahu umur ariana,
masa grad ni dia 5 tahun.
sebabnya taska dia sekarang paling tua, kelas 5 tahun la.
tu pun next year sampai 4 tahun je.
jadi next year 2019 ariana akan ke sekolah baharu.
insyaAllah, tadika daun biru. dah siap register ambik uniform pink-biru skirt-skirt dah. haha
babahnya eager nak hantar ke sekolah cina.. belajar mandarin dll.
katanya cara pembelajaran di sekolah cina lagi bagus.
we'll see.
tapi part mengaji muqaddam and iqra' tu nanti kena serahkan kat babahnya lah. hihihi


insyaAllah selagi diberikan hidup oleh Allah kat dunia ni, mama will come and support my kids in any occasion held. kejayaan anak-anak didukung oleh sokongan ibu bapa. ingat tu (mesej kepada diri sendiri jugak).

till then!
tunggu rajin nak memblogging nanti. hehe

No comments: