Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, December 15, 2017

makan di nik ikan bakar dan tomyam, brinchang, cameron highlands

salam.
hai hui. kembali lagi kita :D

ni adalah sambungan entry sebelum ni.. entry trip ke cameron highlands.
sejak bertahun-tahun tak ke cameron, memang asyik dok terkenang-kenang ikan masak 3 rasa kat nik tomyam ni.
serius! haha
bertahun-tahun lepas bila datang sini, ada try ikan gruk gruk masak 3 rasa.
rasa dia sedap gile wehh.
asyik fikir, bila laa nak datang cameron nak makan lagi ikan 3 rasa ni. haha. sampai macam tu sekali.

so bila dah sampai ke brinchang kali ni,
tak lepaskan peluang untuk ke restoran nik ikan bakar dan tomyam.
dua malam berturut-turut turun makan sini.
korang bayangkanlah :DD

hype sungguh dapat kembali makan di sini selepas bertahun-tahun tak datang. over tak. hahah

nik tomyam ni sekarang ada 2 kedai.
ni kedai first dia.
lokasi dekat je dengan balai bomba.
seberang jalan tu ada masjid tak silap.
kedai ni belakang tepi masjid tu je.
boleh google map :D
hotel yang sangat dekat dengan kedai ni adalah remix hotel.
depan hotel je ni.
masih dekat jugak dengan hotel tempat kitorang menginap, hotel rosa passadena.
tapi kitorang tetap datang naik kereta, mengenangkan ada anjing-anjing berkeliaran kat tepi-tepi jalan nun.. lolx.


ni lah dia hidangan malam pertama kitorang di brinchang.

tak de la ambik super banyak lauk, sebab sy dengan husband je berdua yang biasanya akan makan banyak.
budak-budak AAs tu makan sikit je.
kitorang order ikan kerapu masak 3 rasa, tomyam, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit dan kangkung goreng.
total harga around 1RM100 ke RM90 macam tu. lupa dah exact amount.
harga oklah, sebab ikan besar.
ikan gruk gruk tak de la pulak.
husband tanya kerang bakar, pun tak de jugak hari tu.
kitorang pergi ni hari khamis malam jumaat.


ikan kerapu masak 3 rasa.

verdict?
4 bintang! haha.
last time bertahun dulu pergi, sy bagi 5 bintang.
ni menurun sikit.
sebab rasa masih sedap, cuma tak sama dengan rasa dulu tu yang sangatlah super duper sedap.
jangan salah faham, masih sedap jugak ye.


selfshot dengan ariana sekali.

then the next day pergi lagiii. dinner.
hahah.
tapi hari esoknya tu tak de lah order over-over.
order biasa je sebab lepas tu nak ke pasar malam cameron highlands kat golden hills.
tu nanti cerita kat entry lain pulak.

duduk kat meja lain pulak kali ni.

kitorang pergi dinner waktu petang.
sebab hari dah jumaat.
kalau pergi malam confirm ramai.
ni pun sampai-sampai dah ramai orang duduk makan.
so kitorang duduk kat belakang sikit.


ordered this; nasi goreng ayam padprik.

verdict 3.5 bintang.
oklah sedap.
kaler padprik tu mak aih merahnya kaler pewarna.
mungkin penyeri rupa.
note kepada pemasak-pemasak (tukang masak);
kami pelanggan ni pentingkan rasa yang sedap.
pewarna merah macam ni tak perlu kot. bagi sayalah.
yang penting makanan yang menyihatkan.
sebab warna asal daripada cili dan sos tu pun dah cukup menyelerakan.
tak perlu letak pewarna merah.
memang kadang ada kedai kalau masakan macam daging masak merah contohnya;
letak kaler merah menyala kat daging tu.
rasa seram sejuk pulak nak makan. hihi
jangan ambik hati ya, just pandangan saja.


horeh ada kerang bakar hari kedua!



anaqi yang tengah khusyuk cucuk isi kerang. hahah



masih lagi khusyuk.








oklah tu je.
2 malam di cameron, 2-2 malam jugak ke nik tomyam ni.
memang sedap.
cubalah! :)

0 comments: