Tuesday, April 26, 2016

tantalizing tuesday

sleeping with the sun on.

haha gambar atas tu budak berdua tu je tidur betul.
wani e tidur tak betul. :P

helo helo!
macam biasa, entry jimat tenaga.
semua cerita gedebuk satu entry.
bertabahlah pembaca sekelian. haha

anaqi sekarang ni ada 'selsema' dalam telinga kiri.
bagaimana itu possible?? lolx
sebenarnya mucus/hingus dalam telinga.
pelik pun ya, macam mana boleh sampai ke situ hingusnya.
dah check doktor, doktor kata tak de lubang kat gegendang, itu bukan nanah. itu hingus.
demam pun tidak.
so for the meantime kita bagi dia ubat selsema & batuk.
(ada baca google. prolly ada kaitan dengan dalaman telinga yang belum mature pembentukannya).


grandpa anaqi terkekek ikan kekek mak iloi iloi. haha!

ada satu hari tu husband ajak makan kat ana ikan bakar petai.
tak silap, last friday.
kedai ni kat bangi.. dekat-dekat area bangi gateway.
first time makan kat sana.
pilih ikan gruk gruk.
memang sedap lah kat sana. tempat pun besar.
order kejap je sampai walaupun ramai orang.
ada kemudahan surau semua.
siap orang berjemaah maghrib lagi kat situ.
playground kecik pun ada.
jenuh nak panggil ariana balik, dok seronok main kat playground :P

lauk simple dan sedap. semua sekali dengan air RM60+.



ikan gruk gruk. ikan laut ni. sedap! sambal dia sedap. balut pulak dengan daun pisang.. fuh!


baru-baru ni ariana menyibukkan diri time sy lipat baju.
agaknya tengok kita ni melipat, dia pun eager nak try.
dia lipat gulung-gulung je.
so sy ajar cara yang betul.
with instruction, dapatlah dia lipat dengan semenggah sikit. HAHA
nah ni dia.

tiga baju tu dia lipat sendiri. kudos, ariana! achievement unlocked.



anaqi hensem tak terperi, rambut sikat tepi. ahaha

weekend lepas kitorang balik shah alam.
hantar air kangen kat abah.
lepas tu nak pergi jakel beli kain buat baju raya.
lepas tu nak pergi baby expo.
banyak plan nya lahai. lolx

suasana atuk nenek ariana anaqi.

so menyelit time kejap pergi baby expo kat SACC.
husband jaga budak-budak kat rumah.
mencari valve (spare part), puting botol avent, nursing pad, ziplock bags dan bekas simpan makanan sebab tak lama lagi anaqi dah nak start makan. nak membekal kat taska. haha
serius kalau kat baby expo semua ni lagi murah daripada kat kedai.
bayangkan puting botol tu harga kat luar 31.90 tak silap.. kat expo boleh dapat 21 atau 22 ringgit.


 sambil-sambil tu bila nampak item lain yang menarik hati, terbeli lah jugak. HAHA


extra beli kipas untuk stroller, topi untuk anaqi sebab sekarang musim panas, brownies laktasi (baru nak cuba).. ada la towel RM17 untuk ganti towel taska ariana yang dah season.
tapi kalau korang nak beli baju murah kat expo, tengok-tengoklah dulu.
baju super murah RM5, RM10 made in china memang ada.
tapi kain dia tak best.
kalau tak kisah apa anakmu nak pakai yang penting murah, belilah.
kalau tak, better beli yang berkualiti sikit.
RM10-20 boleh dapat baju decent kot kat aeon jusco.
tapi pilihan masing-masing. budak pun cepat je membesar.


anaqi donned his new cap. aicewah macam ayat butik tudung instagram pulak. ikiki

yang seronoknya balik shah alam is dapat makan masakan mama.
hahaha wani ni dasar anak manja bertahun-tahun :DDD




sedapnyaaaa daging kicap kering dengan kentang!!! macam tak cukup je nak lagiiiiii.

another one thing yang ariana suka ikut adalah solat.
solat gaya dia la.
solat yang kalau kita solat tu,
dia masuk dalam telekung.
tapi kalau kita rukuk, dia rukuk la dalam telekung tu.
kita sujud, dia sujud.
sabar je la khusyuk solat ke laut T_T. haha

so hari tu kat shah alam dia sibuk nak ikut neneknya solat.
nenek pun bentang sejadah untuk ariana & siap bagi pakai telekung besar ya amat :'DDD
kelakar la pulak tengok budak ni, beria macam orang besar solat.
tapi baguslah kan.
nantilah mama carikan telekung kecik dengan sejadah kecik satu.




ariana in her gigantic telekung. teehee.









siap duduk antara dua sujud ha. haha.

pulang ke putrajaya dibekalkan gulai ayam kampung my mom. fuahaha
dua hari makan gulai ayam. heaven~



sekian. jumpa lagi.

Saturday, April 23, 2016

melaka's family trip (belah in laws)

salam semua.
bersiaran lagi kita selepas 10 tahun tidak berjumpa.
*ahaha exaggerate sangat!* :P

jumaat malam yang riang ria ni barulah sempat nak berblogging.
hajat di hati bawak ultrabook siang tadi ke ofis.
ingat time break ke apa boleh la blogging.
rupanya sibuk sampai pukul 6, kau! ahaha.
buat berat beg je bawak ultrabook tapi tak pakai pun. T_T *tak pe. senaman*

kali ni nak cerita pasal melaka trip baru-baru ni.
FIL ai kaya-raya lalu nak membelanja semua pergi trip. hehe

so husband tolong carikan homestay sebuah and jumaat lepas kitorang pun ramai-ramai pergi melaka.
second time kitorang pergi zoo melaka.
last time pergi tahun lepas, masa pregnantkan anaqi.
time tu penat berjalan, naik tram.
this time satu zoo tu sy pusing jalan kaki. haha

us three. mana ariana?? dia dah ada 'bapak' baru. wuu.



ni lah 'bapak' baru ariana, pak su dia.

ariana ni memang kamceng dengan pakcik-pakcik dia.
macam kat side sy, dia manja dengan faliq dan harith.
kat side husband, dengan pak su dia ni lah (iqbal).
sikit-sikit pak shu pak shu.
kitorang mak bapak dia ni langsung tak dilayan ok!
kami mak bapak terabai T_Tv



my kesayangan and always kesayangan. :)



gambar bawah rimbunan pokok, macam ni lah kejadiannya. AHAHA

gambar banyak, tapi letak sikit je lah kat blog.
jenuh pulak nak menguploadnya. lolx

so lepas ke zoo tu, kitorang 'check in' kat homestay area ayer keroh.
rumah baru pun.. terrace yang agak besar jugak la.

malam tu pergi makan ikan bakar kat parameswara umbai.
gambar tak ada.
sibuk pegang anaqi, tak sempat nak ambik gambar.

so the next day ke bandar melaka pulak.

kali ni ariana kamceng dengan cousin dia pulak, syaza.
kemain pegang tangan bagai.
amboi sangat.
sekali lagi, kami mak bapak terabai. T_Tv
tak pe, anaqi ada.
anaqi yang muka straight dan hanya ketawa ikhlas bila ariana ada (agak terabai juga kami di situ T_T)
tak pe, kami husband & wife ada satu sama lain. huuuuu
:'DDD




pegang tangan siap!

mula-mula ke menara taming sari.
naik atas tengok view.
tangkap gambar pun ye jugak. hahaha

adik-beradik ipar duai belah in laws. time ni anaqi dah tertidur.

anaqi ni breastfeed.
so macam mana dia minum di tengah-tengah orang ramai?
sy kalau kat luar seboleh-bolehnya bagi dia minum dulu dalam kereta.
tapi kalau dah lama sangat kat luar and dia dah bising-bising nak minum, biasanya akan guna nursing cover yang sangat convenient.
nursing cover yang sy beli tu boleh cover depan belakang, tak macam yang biasa dijual hanya cover depan.
so tak perlu cari dinding atau belakang kerusi sandar untuk cover belakang.
setakat ni puas hati la guna.

ok sambung part gambar. ahaha

muka mengada-ngada nak kena puk namanya ni.



my happy little family. woots!



aksi je lebih. ekeke

lupa nak cerita.
topi tu beli kat area menara taming sari tu jugak.
sebab cuaca panas dan tak bawak payung.
alang-alang ambik topi yang super lebar, senang nak hadang kepanasan.
kisahlah orang nak kata puteri lilin ke apa hahaha

ariana pun ada topi.
pak su dia 'pilih'kan.
i was like.. "ariana, ambik la topi kaler light pink ni. sesuai dengan baju."
and ariana was like.. "nooo" sambil tetap pakai topi pink terang tu atas kepala dia. T_T
mentang-mentang pak shu ko 'pilih' ye.
walhal dia main ambik je topi paling atas. ahaha
nasib la pink.
kalau kaler hijau tak ke lain scheme warna tu. lolx

lepas tu kitorang jalan-jalan pusing-pusing naik beca.
RM25.
singgah beli t-shirt melaka kat dataran pahlawan.
FIL belanja yiahoo.

afterwards kitorang pi naik river cruise.


helo oh helo with anaqi. :)

kepala dia tu banyak kesan cakar.
maklum la, orang kuku macam traktor jengkaut semua ada HAHAHA
dia ni habit suka garu kepala dengan telinga.
tak tau la gatal sebab rambut dia baru tumbuh ke apa.
tapi banyak la kesan cakaran tu.

and sambil naik river cruise, sambil tengok artwork pada dinding-dinding di sepanjang perjalanan.
gorgeous!













antara artworks yang ada. yang lain sy shot video.

balik dari bandar melaka tu ingat nak singgah klebang.
sampai dah.
tapi penuh gila-gila!
ended up pergi makan KFC je on the way balik ke homestay.. ahaha.
jauh-jauh jalan, makan KFC jugak akhirnya :'DDD
malam tu pergi makan dekat-dekat homestay aje.

the next day, hari balik tu.. lepas 'check out', sempat la singgah taman rama-rama pagi tu.
bestlah, bukan setakat rama-rama, ada reptilia and serangga lain jugak.
buaya pun ada.

tegak betul semorang dalam gambar ni ha!


dan entry diakhiri dengan gambar ariana dan 'pak shu'nya yang dah la baru baik eksiden patah tangan, kena dukung-dukung ariana pulak sepanjang percutian.
budak tu tau je la berapa kilo :P
moga iqbal diberi pahala yang tinggi melayan anak buahnya ni. :)

uncle and niece.

Sunday, April 10, 2016

putrajaya cat cafe and some other things

helo delo!
sebab hari ni mood malas,
maka satu entry letak semua gambar. hahaha

ni pun cerita last week.
minggu ni tak de buat apa sangat.
semalam balik shah alam.
hari ni ahad, lepak rumah.
tengoklah petang nanti kalau rajin akan keluar jalan mana-mana.
kalau tak, duduk rumah pun best. :D

last week ada terbaca iklan pasal cat cafe kat bawah kuarters kitorang.
sebagai pencinta kucing, nak la jugak pergi tengok kan.
lagipun kucing-kucing kat rumah ni dah tak ada.
bolehlah bawak ariana main-main dengan kucing.


jom ke kafe kucing!



jelingan di hujung mata tu. hahaha

cat cafe ni terletak di bazaar@8, presint 8.
lokasi, kat lot kedai dekat-dekat dengan sekolah dan stesen minyak shell.
lot belah belakang yang mengadap kawasan perumahan.. kat tingkat 1.
tapi time kitorang sampai tu, kafenya belum bukak.. hihi
dah survey kata bukak pukul 11 pagi.
rupanya ahad dia bukak pukul 2.30 petang.
dengan kekecewaan pergi makan kat salam noodles kat area situ jugak.

salam noodles ni famous kan.. masuk JJCM tapi yang kat cyberjaya.
ni kat putrajaya baru punya kot.


dari time masuk tv haritu teringin nak try sate dia. yay akhirnya dapat try!

sate agak besar.
terbeli banyak pulak. haha
patutnya secucuk tu cukup dah as side dish.
harga RM2 secucuk.
makan sampai kenyang gile.


try mee dia. sup berperisa herba.

sup herba, sate pedas-pedas..
ended up lepas makan tu berpeluh-peluh. haha
tu pun tak habis sebab portion besar.
sy ni small tank aje :P


hahaha seia sekata sangat :D



geng dengan anaqi :P

lepas dah habis makan kat salam noodles tu,
time nak gerak ke parking,
tetiba nampak cat cafe dah bukak! haha
so naik jugak kita ke atas walaupun dah kenyang sangat time tu.
ingat nak beli air je.
sebab nak tengok kucing punya pasal.


suka doodles dia. comel gle kot!



meow!! (=^_^=)



bergambar di depan pintu kafe.



the wall doodles captured my eyes.



comel kan! ni kat dalam tmpat kucing-kucing.

tempat makan and tempat kucing are seperated.. tapi sebelah-sebelah je.
nak main dengan kucing boleh, tapi at least belilah air segelas.
sy beli air strawberry, husband beli air kopi moden kot tak ingat namanya haha.
air strawberry sedap sangat!





ariana sangat seronok main-main dengan kucing kat sana.



beautiful cat.



gambar kenangan dengan kucing. hihi


sampai dah balik tu, ariana tetap berdiri depan tangga kedai and pandang ke atas.
nak main kucing lagi la tu.
tapi kitorang ajak dia balik jugak.
lenkali datang lagi ye.

dan kat bawah ni gambar hari lain.
gambar anaqi seronok main dengan ariana haha
dia kalau nampak kakak dia memang overjoy.
kalah kalau dengan kitorang.
serious!









and ni pulak gambar baru bangun tidur semalam.
mood bagus sebab cukup tidur haha




bersilat? hahaha


dan entry diakhiri dengan gambar yang tak de kena-mengena;
wani e made telur goyang.
this is yesterday's photo. lolx