Saturday, December 01, 2012

it's december


hoahh dah disember! *buat-buat muka terkejut*
ye. disember disimbolikkan dengan salji. walaupun kat malaysia ni tak de salji kecuali di ICT dan genting (ataupun rumah 4 musim, taman bukit cerakah.. hehe). tapi game di handphoneku sudah mula bersalji. sy main game happy street.. kalau bulan oktober dia musim halloween.. kalau bulan disember ni mulalah salji turun dalam game tu. ahaha so cute.

contoh screenshot happy street.

disember adalah bulan perkahwinan.
tahniah kepada kawan-kawan yang berkahwin pada bulan disember ni; tasha, nadia, lija, ridzwan, munirah, firdaus dan kawan-kawan lain yang sy kelupaan nak state di sini sekiranya ada :)

disember means cuti hujung tahun, year end sale dan closing account.

haa cakap pasal closing account, bersyukurlah wahai wani sebab ko dah tak kerja bahagian kewangan lagi. kalau tak dulu ni.. time-time macam ni la kena stay back proses bayaran. orang lain seronok cuti, kita stay back. great sangat. dengan KTcitynya tak ada cuti new year kan.. haha. walaupun sy dah tak kerja kewangan, sy suggest supaya officers yang jaga bahagian ni dapat elaun tambahan sebagai pegawai kewangan la.. macam all the PTs.. sebab kerja ni yang paling banyak makan masa di abad ini (selain daripada kerja sebagai pegawai khas. tapi pegawai khas glamour. hahaha).

serius bila ko kerja kewangan, ko akan korbankan banyak masa. bukan hujung tahun je, tiap kali audit nak datang pun sama. setahun ada la dalam 3-5 kali audit datang. tiap kali tu berstay back nak check dokumen. sy salute habis dengan pegawai kewangan.. tak kira la kat bank ke, kat ofis mana-mana je. kerjanya memang susah.

disember jugak adalah penghujung tahun, menandakan kepada sesapa yang ada buat resolusi ke, aspirasi ke.. sila check balik adakah resolusi korang tercapai. memanglah ada yang malas nak berazam-azam ni sebab katanya cliche.. ramai orang buat dsb. tapi dengan azamlah ko ada aim untuk buat something. aim tu penting jugak tau.

nantilah sy buat special entry untuk penghujung tahun 2012. nanti kita sum up semua cerita tahun 2012 masuk dalam satu entry. kita recall balik apa-apa perkara menarik yang berlaku tahun ni. haha. pada sy, tahun ni la antara tahun yang paling bermakna dalam hidup sy.. tahun-tahun lepas tu macam dapat grad univ, dapat grad DPA.. tu semua tahun-tahun yang ada turning point dalam hidup sy. so tahun 2012 ni tak terlepas jugak. a big turning point, i think.

sekian dulu kisah awal disember.
bersambunglah! :P

tata!

No comments: