Friday, December 28, 2012

2012 highlights

memandangkan hari ni dah 28 disember, and tak lama lagi nak masuk tahun baru,
and and tak tahu bila lagi sy sempat nak post pasal ni.. (hihu)
hari iniiiiii
sy akan menyenaraikan HIGHLIGHTS sepanjang tahun 2012!!
(agak highlighting jugak la tahun ni.. haha)

now here goes!

1. carpet's missing (and prolly dead)
hoih memang sedih la yang ni. rasanya dalam januari tahun ni la.
oo bukan permaidani kat ruang tamu yang hilang,
tapi kucing kesayanganku, carpet.
time ni pun tak de kat rumah.. tengah kursus DPA 6 bulan.
my mom la called, bitau mula-mula tu carpet balik rumah macam ketakutan. kaki terhencut-hencut jalan.
macam ada orang pukul dia.
2nd time carpet ada lagi. pun macam sakit and takut-takut.
lepas tu dia dah hilang. sampai ke sudah tak de.
memang sakit hati la kalau ada orang yang abuse dia sampai macam tu sekali.
selama ni dia sihat walafiat je tak kacau sesapa pun.
sobs. i miss you, carpet :'(  
      
carpet dear.


2. getting married!
sebulan lepas tu, februari 2012.
tengah DPA lagi.. lepas wataniah pulak tu. rentung kulit wajah ai.. hahaha
i'm getting married with isz! :)
kitorang bernikah dulu, cuti 2 hari, lepas tu kena balik kursus. doink.
bulan april baru kenduri-kendara.
sebab asalnya memang dah planning nak tying the knot time ni.. tapi tak sangka pulak kena pergi kursus.
so tu yang jadinya nikah dulu, baru resepsi.
time ni pulak kitorang long distanced; he's in KTcity, and i was everywhere (masa kursus pergi merata-rata tempat). so bayangkan kalau dapat cuti weekend time kursus pun bukan dapat jumpa dia sebab kitorang kejauhan haha.
this marriage experience is one of the sweetest in 2012.
and i love him loads.



3. the arrival of keju (nama asal : si bising)

hah.
ni dia keju.
tengah menyorok bawah bangku.
dia memang suka main sorok-sorok bawah ni.. haha.
so lepas carpet MIA ataupun RIP, well i dunno..
keju muncul.
jumpa dia masa tu sooo tiny tengah mengiau bising-bising kelaparan segala kat kawasan longkang.
dialah anak kucing paling bising abad ini.
time kunyah makanan pun boleh berbunyi, ko bayangkan!
dia memang tak de mak. so bela dia. (ntah-ntah anak carpet ni.. perangai tido tergolek sebijik macam carpet. pattern kat badan macam carpet.. ekor bengkok pun macam carpet HAHA. tak kisahlah anak siapa pun).
so kiranya nak dekat setahun la keju kat rumah ni.
tapi since dia dah dewasa sekarang, dia tak la sebising dulu.
ehh masih bising, ok. cuma terkawal la. fuahaha~


4. trip to singapore
haa kenapa beria-ia nak buat highlight, kan.
padahal orang lain relaxxx je pergi singapore.
sebab.. ni la first timenya pun sy pergi oversea! haha (oversea la sangat kan :P)
minus pergi padang besar dengan mundok, ok. yang tu bukan oversea. kehkeh
so first time ada passport, visiting pass semua, first time tukar matawang.
everything was a first time to me.
but i'm glad i did it with all my friends.
ni kira macam field trip la pergi kedutaan kat sana.. sambil tu jalan-jalan sekali.
singapore is a clean country, dan taxi drivernya tak menipu meter. tu yang sy tau la. haha

there will always be a first time for everything. so this is me, oversea, for the first time ;)

5. finishing DPA
hoyeahh finally kursus selama 6 bulan dah berakhir!!
ni la kursus yang paling hardcore pernah sy masuk.
banyak 'first time' saya kat sini. first time buat wall climbing, first time abseiling, first time berkayak, first time masuk sewer, pegang pistol, senapang, macam-macam la.
what a great experience.
paling best adalah kenal kawan-kawan baru, and bonded with them :)
memang rindu la kat DPA, tapi kalau nak mengulang tu tak ada la.
benda rindu-rindu macam ni kita buat sekali je cukup. kehkeh
it's a one lifetime experience gitu. a nice one.

ni masa last day kursus. semua orang bersalam dengan semua orang. peluk-peluk menangis tu jangan cakap la.



agak sentimental jugak ye sy ni.. time nak punch out kali terakhir kat DPA, siap snap gambar lagi. ala-ala nak pencen :P haha


6. new workplace
tahun 2012 ni memang macam-macam fasa baru sy tempuh,
termasuklah masuk ke tempat kerja baru.
sy pun yang mintak tukar.. dari KTcity ke putrajaya.
sebab dah plan nak settle down kat sini.
alhamdulillah, berjaya tukar ^^
dapat duduk kat HQ hihi
orang kat sini pun sama friendlynya dengan yang kat ofis lama.
so tak de nak rasa kekok ke apa.
so far ok la kerja kat sini. best.

ni masa awal-awal masuk. meja ala-ala bersih lagi kan. hahaha

7. china visit
2nd time pergi oversea. pada tahun yang sama. lolx
yang ni ikut trip as hadiah masa jadi juri tahun 2011,
so perjalanan was sponsored. makan minum semua sponsored la.
duit poket je tak dapat. haha tak kisahlah yang tu.
a great experience.

membuat jump shot di negara orang. haha

sy ikut trip ni sy tak kenal sesiapa pun mula-mula tu.
sebab sy sorang je wakil jabatan kan.
yang lain tu daripada jabatan lain or JKKK kampung dengan family diorang.
but i made friends and thankful that they were all so friendly. hihi


ni kat shanghai. harus la bergambar dengan photog dari china. mihihi


8. my birthday!
harus la letak tanda seru, excited lebih. hoho
tahun ni first time la celebrate dengan husband.
dengan family of course la, kitorang gi makan-makan semua.
then i flew to KTcity.
my husband ambik kat airport,
terus bawak celebrate makan tepi sungai ke tasik ke.. i'm not sure.
sungai kot. haha
dapat flowers and hand made card daripada husband. awww terharu :') lepas tu balik rumah dapat hadiah-hadiah lain lagi. best best. i love you, hun!!

and i love my family too for pull out a makan-makan celebration for me..
dengan hadiah semua.
memang tradition kitorang celebrate birthday macam tu :)
and thanks to everyone yang wish.
tak rasa tua langsung, rasa bahagia je.. hahaha


9. KFC's flaming crunch
jun. bulan flaming crunch muncul.
sy rasa ni ayam goreng KFC new age paling sedap pernah sy makan.
tapi kejap sangat musimnya.. kenapaaaa
most of everyone di sekeliling sy kata flaming crunch sedap.
bukan takat sedap, tapi sedap nak mati. haha
sampaikan sy dah berniat nak tulis surat kt KFC,
mintak diwujudkan balik flaming crunch ni.
tapi sampai sekarang tak tulis-tulis lagi. lolx

tinggal kenangan.. oh, flaming crunch! :P (sedap woahh)

10. ramadhan with husband
ramadhan, raya.. semua sekali lah.
biasanya lepas berkahwin ni kalau kita sambut ramadhan dan syawal dengan spouse, it's a whole new experience la kan. sama macam sy.
cumanya sebab kitorang duduk berjauhan,
jadi tak dapat la sy nak sambut puasa hari-hari dengan husband.
ada sekali tu la sy balik KTcity dengan intention nak sambut puasa sama-sama.
nak pergi bazar sama-sama, nak masakkan lauk berbuka untuk husband.
sebab selama ni time kawan-kawan,
pagi subuh tu mesti kejut masing-masing, siap berpantun bagai, suruh sahur haha
pastu update makan apa la. kan.
tu time kawan tu, belum couple lagi kahaha.
so now kita bangun sahur together la, live. tak de virtual dah lolx.

lauk ayam kicap yang sy masak untuk berbuka. husband suka ayam kicap.. banyak pulak tu masaknya. so sambung ke hari esok untuk sahur. memang sedap yang ni (puji masakan sendiri, tak boleh blah HAHA AAK ada aku kisah :P)
     
 11. bandung trip
(rindu tak kat popcorn-popcorn ai? hahah)
kali ketiga untuk tahun ni pergi oversea katanya.. haha
tapi kali ni dekat je la.
bandung is an awesome place.. walaupun tengah banjir sekarang ni.
(time ai pergi dulu masa bulan september tak banjir lagi! hiks)
best la tengok tempat orang.
and betul la, jauh perjalanan luas pemandangan.
poket pun ala-ala luas jugak sebab sakan bershopping.
tak pe, retail therapy tu bagus. bagusssssss *duduk menenangkan diri* :P

12. the good news
eh. kebetulan pulak highlight terakhir adalah yang ke-12.
sempena penutup tahun 2012 la kot.. kiki.
kalau korang tak perasan, sebenarnya all these highlights dibuat secara sequenced order.. start dari awal tahun sampai akhir tahun.
tapi bukan tiap bulan ada highlights. tengok bulan jugak la.

and the good news is.. i'm pregnant! :)
figured out on october. perasaan adalah happy and bersyukur and everything.
ni highlight untuk sembilan bulan, insyaAllah. tahun depan sambung highlights lain pulak kan. haha



SOOOO THOSE ARE THE HIGHLIGHTS FOR 2012.. for me! :)
to sum everything up,
tahun 2012 adalah tahun yang gile mencabar (sebab tahun ni ada wataniah waa),
tahun yang banyak fasa-fasa baru (married, new workplace, expecting a baby),
tahun melancong ke luar negara (tiga je punn. haha),
dan tahun 2012 tak ada doomdsay, ye. jangan nak mengada-ngada. sila belajar dalam-dalam dulu sebelum claim pasal doomsday ataupun siapkan kapal untuk selamatkan diri, siapkan bekalan makanan setahun dan sebagainya. hehe

2012 is awesome, gorgeous and fabulous!

and i'm looking forward for 2013 pulak.
apa laa agakknya yang menanti pada tahun depan.
apa pun, kita hadapilah tahun-tahun kita dengan baik.
aight.
signing off!!

-wani


6 comments:

Anonymous said...

Nice sum up! Hope 2013 adalah lebih awesome dan gorgeous! =)

Anonymous said...

Najwani masih seperti dulu! Selamat berbahagia :)

Anna Syahida Mohd Tamsir said...

auwwwww seronoknyeeeee! !!! Babe happy new year too :-) and 2013 become a mummy yeahhh lagi excited kannn :-)

wani ezryl * said...

insyaAllah. tahun akan jadi awesome sekiranya kita yg awesome ini menjayakannya! kehkeh

wani ezryl * said...

the only changed thing wud probably be my weight.. haha. terima kasih, anon! :)

wani ezryl * said...

happy new year to you!! ^^ yeah should be exciting! pray for me :)