Wednesday, December 12, 2012

12.12 dedication

ye. betul kata kawanku di fb.. 'semua orang akan jadi kalender tukang update date satgi'. pastu dia bantai gelak. hahaha. ye tak ye kan. sempena tarikh yang special ni, 12.12.12.. sy nak dedicate hari ini kepada husband sy yang awesome, isz.

jadi sambil-sambil tu ada la gambar-gambar lama yang kukorek daripada laptop. haha

cerita kitorang agaklah panjang.
walaupun dalam tempoh lebih kurang dua tahun tu nampak macam pendek,
tapi macam-macam drama jugaklah yang berlaku. lolx
time kitorang start couple dulu pun ramai tak percaya.
sebab sebelum tu macam gaduh perang dunia ketiga kot. tegur pun tidak. padahal satu ofis.

and dulu friendship kitorang ni kejap macam kawan, kejap macam tak kawan.
dia on off la. kalau ingat balik nak gelak pun ada.
dalam dalam pada tak kawan tu lepak jugak makan kat mc d. or datang jugak kampung atuk sy and fetch sy sebab time tu sy tak de kereta kat sana. *smile*
macam-macam lagilah.
agaknya experience yang macam-macam tu la yang brought us together.
oh. and Allah brought us together. 

one of the good memories.
gambar kat atas ni time kitorang kawan-kawan lagi. time ni time tengah 'baik'. lolx. tidak kusangka gambar ini menjadi kenyataan HAHAHA. padahal tangkap gambar main-main je.. ataupun kawan-kawan lain tu nak kenakan kitorang. kitorang nak snap gambar, datang budak berdua ni bawak bunga manggar. kan!
time ni tengah preparation nak buat majlis jamuan raya kat rumah anak-anak yatim.



yang ni pulak.. time berkawan jugak. ni sy datang support dia lawan boling padang. sy ingat sy datang bawak payung kat dia sebab cuaca panas! kehkeh.



ni dalam pada kitorang tengah gaduh, keluar jugak pi makan KFC tengah-tengah malam. haha. puncanya; sy tengah stress, dia tengah stress. dua-dua stress benda berbeza. sebabkan stress lantas isz pergi membeli jam tangan mahal malam tu jugak *ye, serius* dan sy lah tukang teman dia beli jam tangan tu kan. had fun. tak tau la dia had fun ke tak malam tu. yang penting sy had fun. hahah




masa awal-awal bercouple memang la comel. kihkih. dengan muka malu-malu.. ish! *menyampah dengan diri sendiri yang malu-malu* lolx. kitorang couple time hujung ramadhan nak dekat raya. dapat hidayah dua-dua. hee. tapi kitorang ni spesis couple sopan. kalau keluar tu tak ada nak pegang tangan ke apa. lepas dah kahwin tu kan.. "dah lama nak pegang tangan macam niiii." (masa outdoor photoshoot). sambil skipping2 pegang tangan. wahh sangat comel! *pengsan puji diri sendiri comel*



ni masa melancong ke bandung hari tu.
sy suka gambar ni. sebab tempat ni romantik and view lawa. walaupun pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan lain, tapi feel dia tu masih ada (padahal kat tepi tepi tu budak-budak ni pun tengah dok tangkap gambar dengan couple masing-masing.. haha). bestlah kalau gi melancong. just the two of us.. tak de interference siapa2.. masalah kerja ke apa semua tu tolak ke tepi. hee.


sebenarnya tarikh 12.12.12 ni tak de perkaitan pun dengan kitorang berdua.. birthday pun tarikh lain.. haha. tapi sempena tarikh special ni.. *next one will be 01.01.2101 so i bet we have to struggle to get there.. lolx* .. saya nak dedicate seluruh cinta sy kepada husband sy; my honeybun, my muffin, my hot&roll *ahax* may our love stays strong through ups and downs. I LOVE YOU!

4 comments:

::zLyNn:: said...

alalalalala sweetnye... ok ak ada masa jamuan rasa kt umah anak yatim tu.. sampai2 sane, isz tengah karok lagu ape ntah atas stage ahhahaha..

wani ezryl * said...

karok lagu raya la tu.. tidak syak lagi. hahaha

Anonymous said...

Ye, sila minta nasihat untuk jadi sweet daripada wani... Pakar Sweet Sedunia!!! Comhelll!!!

wani ezryl * said...

ko mkn je gula2 jd lah sweets. siap ada 's' lagi. haha