Friday, August 17, 2012

besen dan buka-buki di JM bariani house

helo delo!
ehh dah hari jumaat!! haha.
ada yang still bekerja hari ni? (kalau kerja pun sah-sah mood kerja tu dah separuh off, kan. haha)

pagi-pagi tadi berwhatsapp dengan kawan-kawan, ramai dah yang cuti.. tapi masih ada yang kerja. orang-orang gigih seperti kami ni la HAHA *puke* :D ada yang kerja half day je, sebab jabatan bagi *best kauuu* tapi biasanya hari-hari akhir ni kalau mintak half day, bos boleh consider rasanya.

oh. semalam husband dah sampai shah alam dari KTcity yiehha. sampai malam sikit, terlepas waktu berbuka, tapi kitorang tapaukan nasi beriyani kambing untuk beliau. katanya dalam kereta menempuh jam tu, berbuka makan kacang je. ok tak pe, kacang adalah agen pandai. hidop kacang!!


hahaha balik-balik rumah semalam my mom tunjuk kat rumah sebelah.

akak rumah sebelah dah balik kampung.
tapi dia kan pencinta kucing *macam ai. kihihi*. tengok punya banyak dia tinggalkan makanan untuk kucing dia.. sebesen!! ni sah-sah keju menumpang makan jugak kat sini sementelah kitorang semua balik kampung nanti haha. we are so blessed to have such a generous and loving neighbour like this :) we are so blessed. alhamdulillah.


ok. ni kalau kucing-kucing kat kawasan ni masih kebulur, sy tak tahu dah nak cakap macam mana. lolx



cakap pasal kebulur, ni ha gambar keju meju tengah minum air. ikan tu tak dihabiskan pun. cis.



berposing menawan di atas karpet. menawan lah sangattt. hahaha



we will leave you on raya, keju. sila makan di rumah sebelah, ye. ihihi



keju meju ai.


oh. semalam kitorang sefamili berbuka puasa kat JM bariani house, tesco extra shah alam.
mulanya ajak husband masa dia on the way balik shah alam, tapi tak sempat sampai time berbuka. tu yang kitorang tapau untuk husband sy tu.


ini dia tesco extra shah alam. kat shah alam ni ada dua tesco. yang ni dekat dengan bulatan nak turun ke federal highway tu. sini memang banyak makanan.


time tu memang tengah cari tudung raya untuk match dengan baju.
jumpa pulak tudung kat kedai akak kedekut. sikit pun tak nak bagi kurang. kedai lagi satu tu at least bagi harga RM40 untuk tudung tiga layer ala-ala farida tu kan.. kedai akak kedekut ni dia tetap dengan pendirian dia.. "RM50." katanya dengan muka serius. tidakkkkkk.

(walhal tudung tu ada silap jahit la apa. tapi sebab tu je yang ada, ku rembat kan jua T_T) tak larat dah woih nak pergi pusat bandar cari tudung sehelai (kompleks PKNS/SACC mall/alam sentral). lagipun hari ni kerja. jadi untuk shopping lama-lama tengah malam kat luar tu memang tak la. mengantuk sehh.


back to makan-makan. ni suasana kat JM bariani house petang semalam.

fyi, untuk buka puasa kat sini, tak boleh walk in. sebab memang penuh. korang kena book dulu. dan kat klang valley ni, ada banyak cawangan JM. yang sy tau kat shah alam ada lagi satu kat seksyen 7. tapi lain cawangan lain rasa dia ok. yang kat tesco ni sedap. yang kat seksyen 7 tu pernah pergi.. tak berapa sangat.

sama la macam pizza hut. pizza hut seksyen 20 tak best, roti tak fluffy. pizza hut seksyen 7 best. kalau mc d pulak, fries kat seksyen 26 is the best. tu la dia. lain tempat lain rasa. walaupun bahan sama, tapi teknik masak tu yang lain. teknik tu lah yang kita nak (ecehh macam wakil rakyat dah rasa. HAHA).


tengok, tiap kali buka puasa kat luar je mesti pakai baju ofis! haha. nampak sangat balik rumah tak sempat nak salin baju ke apa. pointing at my ayam beriyani. awesome.




mi padre y mi madre. harith pun ada, tapi gambar dia corrupt tiba-tiba. it's an unsolved mystery. hihi

ni menu beriyani kitorang :
mom - daging
dad - kambing
harith - ayam goreng
me - ayam

harith punya ayam goreng memang fab la. lain kali nak beli ayam goreng. pulak tu makan panas-panas. heaven langit ke tujuh ok. (macam la tau cam ne 7th heaven tu kan. haha. tapi begitulah kebahagiaan yang dirasai saat makan ayam goreng tersebut :P)


yummilicious.

kalau diikut-ikut, sepanjang minggu ni memang berbuka kat luar je.
isnin kat serai, selasa kat equestrian, rabu kat ofis, semalam kat JM.. dan hari ni.. jeng jeng jeng.. di manakah ye? tapi yang penting masih kat luar. haha. dasar kau wani, cubalah balik rumah masak sikit :P

dah. tu je.

live your life to the max, peeps!! tata!!

4 comments:

Unknown said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..kekeke

wani ezryl * said...

happy raya, erock!! maaf zahir & batin.

Anonymous said...

Aku pun telah memakan nasi beriyani semalam. Nasi Beriyani Insaf jalan TAR mari! hahaha

wani ezryl * said...

warkhh tidakkkk. nasi beriyani insaf tu adalah favourite kta!! sedapnyaaaaa