Saturday, July 07, 2012

surviving 101 china : for a malaysian like me :P

sorry guys! busy wizy the whole week. baru sempat nak pegang laptop T_Tv


ngengggg.. bunyi lagu pembukaan. tepokan!! xD

now! xD entry ini adalah penting untuk sesiapa yang berhajat nak melancong ke china. seorang malaysian malay macam sy. hah ha. ni adalah antara perkara yang korang perlu ambil kira :


1. kad ketibaan/kad pulang.

ini untuk imigresen. pegang kad ni baik-baik. kalau hilang, tak balik malaysialah kita. lolx


2. TANDAS

kenapa sy buat CAPS LOCK semua tuuuu. haha sebab sangat penting! crucial!! tandas kat china tak ada paip air!

the first toilet that i walked into. tandas awam. memang macam ni gayanya. tak ada paip, dan tempat flush macam pedal basikal. makanya flush pakai kaki, jangan letakkan tangan anda di situ ok. hihi



tandas keberapa ntah. tapi sama je la, semua tak ada paip. kadang masuk tandas yang ada sanitary pad berdarah-darah dalam tong sampah *ewwwww* inilah pentingnya air di dalam tandas! hidop paip air! HAHA

cara penyelesaian : bawak botol kosong dalam beg. atau kalau macam sy, sy bawak wet tissue je senang. sebab dalam tandas memang akan ada tisu kering. so kita pakai yang basah, then kering. sy jugak membawak ini :



cang!! cawan kertas kat china.. bentuk segitiga. bentuk kotak-folded pun ada. macam-macam. rompak ini daripada mesin minum air *yang airnya rasa payauuu* tak tahu, semua air yang sy jumpa rasa/bau payau, even air paip kat hotel. dah mula terbayang-bayang diorang angkut air paya letak dalam tangki. *wuu* tapi! tapi... air kat masjid tak! sangat pure! haha.


3. makanan halal

jangan risau kepada yang muslim, kita ada restoran makanan halal di china ^^ tengok tu tanda halal dia, siap ada gambar kubah lagi. air jus, air manis semua boleh beli kat restoran halal. malah kat tepi jalan pun boleh.. beli yang international standard punya.. macam coke, pepsi (walaupun tulisan cina) ataupun air jus yang botolnya korang nampak sama design dengan yang korang jumpa kat restoran halal :)


hidangan major : daging kambing. ikan ada, itik pun ada. sy tak makan kambing, jadi most of the time sangat berharap ada telur goreng atau sayur. ada pulak tu makcik pakcik ni yang bawak serunding dengan budu.. hahahah. tumpang sekaki la makan serunding :DD *nasi super sikit, lauk super banyak. memanjang hidang teh china. sembelit ok hari-hari minum teh ROFL* <-- boleh mintak air suam. tapi pandai-pandai la guna gesture tangan (ramai tak faham bahasa inggeris) :D



cangg! haa yang ni sedap. kepak ayam bakar. sedapppp beli kat bahagian luar restoran halal. gerai halal la kiranya. harga 5 元 (yuan), bersamaan RM2.50 duit kita.



ni salah satu contoh hidangan yang menarik dan sedap : jagung yang digoreng dengan tepung beras rasanya. superbest!


4. channel tv

hotel pertama yang kitorang duduk tu ada macam.. 50 channels tapi semua bahasa mandarin! lolx. hotel kedua tu ada laa sebijik channel bahasa inggeris. pengsan macam ni. nasib baik sy jenis yang tak kisah ada ke tak tv channel. haha

kat hotel pertama tu tengok match itali lawan jerman je la nampaknya.. walaupun pengulas orang chinese :P ni je la channel yang ai boleh faham. haha


5. menshoppingkan diri dan mengelakkan ditipu

contoh la kan.. ni satu gedung jual jed yang besar. this lady claimed herself as anak tokei.. dan bapanya dari malaysia. lepas tu bagi diskaun gila-gila la. lepas tu dato' man yang duduk sebelah sy cerita, sebelum ni diorang pergi beijing pun sama jugak kesnya.. mengaku anak tokei. siap ada berlakon lagi tau. lady ni cakap harga jed tu sekian-sekian.. lepas tu dia bagi diskaun murah gile. then staff dia dengan muka superberlakonnya berkata, "tapi bos, jed ni berharga sekian-sekian 元!" dengan muka konon terkejut. hah ye lah sangat. sila masuk ASWARA dulu kalau nak berlakon, ok.

dann.. kalau ke imitate shopping mall (mall yang jual barang-barang tiruan) atau tempat shopping yang jual souvenirs.. sila pandai tawar-menawar.

tips : biasanya mereka akan tawar satu harga yang sangat tinggi, dan korang sila mintak harga separuh daripada yang ditawarkan, atau kurang. sy belajar bargain kat sana, and i had good ones. lolx. jangan risau bahasa ayam-itik itu, kerana mereka akan menggunakan kalkulator. wihihi. but it's good if you can converse in english walaupun bahasa pasar nak mamP :DD

contoh kedai. untuk tshirt dewasa, korang boleh dapat serendah 35 元  = RM17.50. jadi kalau pekedai tawar lebih, toksah beli.  pura-pura tinggalkan kedai atau ugut nak beli kat kedai sebelah. biasanya diorang akan panggil balik. HAHAHA

ada satu lagi TIPS SANGAT BERGUNA. sila baca baik-baik.

JANGAN BELI BARANG OLEH PENJAJA YANG BERJALAN KAKI MEMBAWA BEG DI TEPI JALAN kalau korang jenis yang mudah ditipu. lagi-lagi JANGAN BAGI DUIT NOT BESAR (contohnya 100 元) dan mintak duit baki. sebab ada kes penjaja yang bagi duit baki palsu. lupa pulak nak tangkap gambar tunjukkan contoh. duit palsu diorang tak ada gambar presiden. atau presiden kurus. haha. boleh nak beli, tepi sediakan duit kecik/cukup-cukup. be very careful with your spending, ya :)

china adalah tempat yang heaven untuk shopping, dan juga melawat tempat-tempat menarik. jadi if korang nak ke sana, silalah guna survival tips ini! hihi. sekian.

p/s : korang akan dihiburkan *'dihiburkan'?!! what the fish* dengan video sy sedang berjalan-jalan ini. hihi.

(memandangkan dynamic version ni macam tak support video *grr*.. try bukak kat youtube)

http://youtu.be/OojFUsIgMmc

cya around!! xD

2 comments:

Anonymous said...

gagah gitu ko hiburkan kami!!! hahaha

wani ezryl * said...

ada lagi video.. tp nanti2 bila free baru upload! hihi