Sunday, July 08, 2012

cameron trip : part 1

hoih siapa ni mengada-ngada nak makan strawberi gergasi ni!!


lolx. nampak gambar strawberi gergasi tu pun dah boleh agak kat mana. (kat entry sebelum ni ada bitau!! haha) yoshh we're in cameron highlands, yaw! tempat yang sangat jam, supersesak pada hujung minggu T_Tv kereta berderet-deret! rasakan kau wani tempuhlah jam itu! huahaha. but i had fun! good fun. xD


on the way nak naik ke puncak tu kita singgah air terjun dulu.. basuh kaki ke, beli cempedak goreng manis harga 'mahal sikit' ke.. (kata abang penjual cempedak. dia pun mengaku cempedak tu mahal!! T_T nasib baik sedap!) snap snap photos here and there.


hoh excited tangkap gambar sebelah papan tanda air terjun xD 'lata iskandar'. dah nama macam nama husband ai, harus la over over berposing di tepi, kan. ekekeh


seperti yang diberitahu, faliq tak ikut sebab nak siapkan assignment. gambar ni sy mintak tolong mat salleh tangkapkan. HAHA *sila abaikan gambar punggung menonggek di latar belakang sana :B*


dah lah kitorang datang main redah je. cari hotel merata-rata nak walk in. dah lah peak day kan. ni tempat pertama yang kitorang pergi. ada la bilik mahal harga RM800 satu malam.. tercekik kau. ok pergi cari tempat lain.. *ye.. inilah tempatnya yang orang cakap berhantu tu. huahaha nasib baik harga bilik mahal. mari kita chow ke tempat lain!*


sementara cari bilik hotel tu kita singgah kat pasar dulu. beli/makan apa-apa yang patut :)


yang ini antara yang banyak dijual di cameron highlands (selain daripada strawberi, teh, sayur dan bunga). goreng-goreng celup tepung :P oh. apa itu kincan goreng? sy yang darat ini pun dengan muka ingin tahunya bertanya kepada pakcik yang menjual goreng-goreng itu..


ini kincan goreng! :D pakcik tu cakap benda ni sayur. entah macam mana laa rupa dia. dah habis disalut dengan tepung :P


kedai goreng-goreng. sy rembat cendawan goreng, harith beli udang goreng. memang kolesterol habis lah percutian kita kali ni! hah hahaaa


bahagian jagung. jagung kat cameron memang awesome! manis!! *walaupun rupa luarannya berwarna kuning-putih. haa itulah yang manis!*


sayur boleh dibeli dengan murah di sini. inilah buktinya. sila pengsan, pencinta-pencinta sayur ^^


harith tak semena-mena pergi membeli strawberi celup coklat. sedap jugak *nyata kakaknya ini merompak sedikit makanan adiknya fuahahaa*


last-last kami menginap di sini.. selepas hotel equatorial penuh T_Tv century pines resort. ada diceritakan di previous entry. tempat ni awesome. bilik lawa. ada tangga siap. haha


snap depan cermin bilik hotel. vain sungguh. abai. haha


malamnya kami jalan-jalan cari makan. kebetulan jumaat sabtu ada pasar malam kat area balai bomba *sila explore* maka kami pun menyesakkan lagi kawasan pasar tersebut pada malam itu.


sayur goreng lagi. yums.


dann jagungness bakarness. hot!


tiba-tiba ternampak badut dengan rupa yang scary kat pintu masuk pasar malam. teringat kat cerita IT. hahaha. walaupun sy tak tengok cerita IT, tapi ada dengar la tentang keseramannya. wuu~ :P


hah. yang ni memang marvellous! van tepi jalan yang menjual makanan bakar-bakar. ada ayam percik, ayam bbq, kambing bakar, sotong bakar, sosej bakar.. memang van idaman sy la ni! sebab dia dah nak tutup van *tak boleh cakap 'tutup kedai', sebab tak de kedai lolx*, penjual ni bagi kitorang enam cucuk ayam percik dengan harga RM10 sahaja! gile kau. haha


dah tu pergi pulak kat kedai makan ni. my mom baca blog green apple, dia cakap green apple ada makan kat satu kedai ala thai. sy pun gigih la google cari kan.. haha. tapi dalam blog dia tak mention pun nama kedai ke apa. so time tu kitorang tak kisah la nak makan mana pun asal ada kedai makan. tup tup jumpa kedainya! *ai kenal kerusi plastik yang ditunjukkan dalam blog green apple itu HAHAHA*


inilah kedainya! xD buat yang nak mencari, nama kedai adalah IKAN BAKAR PAK NIK TOM YAM, located kat area masjid kayangan, brinchang, cameron highlands. kalau korang jumpa masjid dekat-dekat area bomba, restoran ni kena masuk simpang sikit. tapi dekat sangat dengan masjid tu. dari jalan utama (kalau jalan kaki) boleh nampak.


order ini. the taste.. sy suka!! :) sedap sangat!! time tu diorang tengah tayang bola kelantan vs perak. mak datokk belakang meja kitorang ada penyokong pasukan bola ni menjerit.. pekak telinga, tahu! *mode salah meja T_T* tapi memang tak de meja lain pun.. restoran tu memang penuh memanjang!!


up close; ikan garup masak tiga rasa. orang kedai cakap bukan garupa. tapi garup. ikan laut. dia cakap rasa macam siakap. sy makan sedap je. dia goreng garing gileeee.. best best!! xD my mom cakap garing sangat tak best, hilang protein. tapi sy suka garing. lain orang lain selera kan. tapi sos dia memang marvellous!! lama dah tak rasa sos macam ni. macammm kat papa tomyam zaman-zaman dulu. 4 bintang untuk ikan ini!!


kangkung goreng.


tomyam campur.. yang asalnya harith order tomyam udang. chef penat sangat kot tu yang salah masak. haha. tapi tomyamnya tidak mengecewakan. superb. pedas. lazat.


sy macam makan non stop je ok. alhamdulillah makanan melimpah ruah di sini (malaysia yang permai! hihi). balik hotel tu kesejukan. dah lah tak bawak jaket kan. bajet boleh tahan sejuk la.. HAHA. menggigil!! nasib baik beli stoking tebal kat pasar malam. boleh la buat pakai. malam tidur tutup aircond. esok bangun masih sejuk. brr.

(bersambung)

4 comments:

Durra Shahirah said...

Sebenarnya,besides lata iskandar,ada lagi satu waterfall,okay bukan waterfall actually,more likely mcm hot spring water kat Kuala Woh. Exactly on your left side if driving dari Tapah. Memang nyaman gila mandi situ,cuaca sejuk but air panas,heaven. haha. eh strawberry park berhantu? Taktau pulak. pernah tido studio kat situ and it was superb. ada 3bilik,2bathroom. japanesse style,takde kipas & aircond. memang malam2 cakap keluar asap puhh puhh haha. about the market selling price tu,ada sampai 12packets for rm10. But kena pandai bargain la hehe (:

Kemain panjang comment ni! Maafkan patik.

Anonymous said...

bro org kat ch mana makan kat edai pok nik ni, dah berapa kali pekerja kena tangkap kes dadah

wani ezryl * said...

oo tak tau pulak. hari tu pun kitorg singgah je, tak mandi. tau je lah harith tu lagi suka mandi swimming pool kan ekekes. but i like the nature view. awesome!

wani ezryl * said...

yang kena tangkap tu dah masuk pusat pemulihan la kot. hihi