Tuesday, May 15, 2012

aglio olio ayam

haipp!!
bertemu lagi dalam rancangan ketuk-ketuk dapur. AHAHA.
cakap banyak tak guna. mari kita bermula! :P *over kau, jah*


resipi hari ini : chicken aglio olio. (snapped by Samsung Galaxy S II, which is clearer than my P&S camera. camera tu semua kena edit brightness yadayada. hailaa. haha. ok membebel lagi tak guna. kamera sudah dibeli. nasib baik ada photscape awesome xD mari teruskan!)

okeh.
sedikit info.
dalam bahasa itali, aglio=bawang putih. olio=minyak (minyak zaitun. ko pakai minyak rambut memang cari pasal la kan. lolx) nama resipi pun dah beritahu yang ianya adalah spaghetti bawang putih dan minyak. rasanya sedap macam junk food. junk food yang sedap. HAHA. dan resipi ni adalah resipi spaghetti paling simple di itali. jugak dish yang sihat sebab minyak zaitun ni penentang lemak dan sumber lemak yang sihat. kira ko makan minyak zaitun ni ko boleh diet kurus la haha. plus, bawang putih pun banyak gile khasiat. malas nak cerita panjang (ko ingat sy kevin zahri?! :P), kita mulakan dengan bahan-bahan ye.


cangg! nah, kumpul sekali satu pasukan. weh have.. .,,

1. spaghetti (i used vermicelli sebab yang sy makan kat kedai tu pun speg jenis kurus macam ni. korang nak pakai yang tebal pun ikut suka. tapi vermicelli is recommended)
2. lepas tu bahan utama, bawang putih (ikut suka nak berapa banyak haha)
3. minyak zaitun / olive oil
4.  cili kering (sy pakai tiga, buang biji, basuh, potong dua)
5.  ayam cincang (sila ganti dengan seafood kalau korang tak allergic zits macam ai T_T)
6.  stok ayam (kiub pun bolehh)
7. daun parsley (yang sy beli ni parsley flakes yang dah kering. kalau ada jual fresh parsley baik korang pakai)
8. chilli flakes (i loike!) :P


dan yang penting.. kuali. hua haha (calar-balar dah kuali ai. import dari KTcity)



di sebelah, boilkan air yang dicampur garam dan minyak (biasa). letak minyak ni supaya spaghetti korang tak melekat nanti.



ikut suka nak buat apa dengan bawang putih tu. nak slice, nak chopped, semua boleh. sy ketuk lepas tu slice sikit.



masukkan minyak zaitun. banyak pun tak pe. no harm. then dengan api perlahan, gorenglah bawang putih dan cili kering. sampai kekuningan. (pakai api slow sebab nak bagi rasa bawang dengan cili tu masuk dalam  minyak)



sementara tu sila rebus spaghetti korang ni ^^ sy pakai lebih kurang.. hm.. tak pandai agak. segenggam kot?? HAHA (cukup sorang makan. sebab orang lain kat rumah ni tak makan. diorang nak pergi makan sate kat luar) :P



boiled! weehoo



habis berasap lens ai :P lepas ni boleh la masukkan ayam cincang tu. gaul bersama kasi masak. kalau yang pakai seafood, nk rebus seafood tu dulu pun boleh. nak masuk kat sini pun boleh. ikut suka. then untuk matikan minyak yang tengah bubbly tu, sila masukkan stok ayam. stok yang sy beli ni pekat, so sy campur sikit air. stok ni dah masin. so kalau tak bubuh garam pun tak pe. tapi nanti korang rasa la. kalau tak masin jugak dipersilakan tabur garam :D (tapi air jangan banyak sangat)



lepas semua nampak ok, masukkan speg yang telah direbus ke dalam kuali. gaulkan rata.


lepas tu sambil-sambil gaul tu masukkan chilli flakes, parsley semua. parsley tu nak tabur lepas hidangan masak pun boleh. buat hiasan :)


cangg! dah siap aglio olio kita :) simple kan.


hahh resipi mat salleh ni semua memang tak pakai kederat hebat macam makcik makcik kita masak. tengoklah, masak ayam bakar tinggalkan je ayam tu dalam ketuhar. semua bakar tinggal bakar tinggal *mode jeles menjelma* bahaha. tak pe lah. tu yang membuatkan masakan melayu special, ye tak? xD apa pun aglio olio ni pun sama special cuz it's one of my faves too :)

kalau nak tau camne rasa olio, boleh dapatkan dish ni kat pizza hut. tapi yang kat pizza hut dia serve dengan king prawn. lagi la best kan. ai tengah pantang seafood sekarang. so tiada udang-udang di situ :B

oklah bateri laptop dah nak habis. nanti nak pergi charge.

till then. selamat mencuba! :)

2 comments:

Anonymous said...

kelihatan sedap gituuuu.
Sila letak atas meja aku kat opis ye this friday! hahaha =)

wani ezryl * said...

ai belanja yu yg pizza hut la. nk tggu msknya bwk ke ofis sejuk la nnti xbest. kne dtg rumah :P