Saturday, April 14, 2012

the wedding reception

assalamualaikum :)

yoshh seperti yang dijanjikannnn *drum rolls* nah ni dia sikit gambar daripada wedding reception sy & husband hari ahad lepas (8 april 2012). theme adalah purple ribena *since i like ribena kan HAHA* and all the songs chosen were various ballads from my playlist. i love em all ^^ now here goes!


wedding shoes. kasut platform peep-toe charles&keith yang gorgeous gile tinggi gile jugak HAHA. merasalah jadi tinggi kejap hari tu :DD



wedding favours : a box of chocolate. semua cakap sedap.. tapi sy sendiri belum makan lagi! lolx.



dengan kak ju, make-up artist of the day. dia make-up memang heavenly lawa gile *bukan cakap ai lawa eh.. make-up tu yang lawa HAHA* oh. wedding dress pun daripada butik kak ju jugak. cintacintacintaa sama dress ni!!



selain daripada wishing tree, ada jugak guests' book untuk semua tetamu menulis ucapan-ucapan kreatif diorang kat dalam buku. ada la yang comel, yang kelakar.. semua ada. put a smile on my face :)



with my bro faliq and my mom. ye, mereka lebih kacak dan cantik daripada sy. and i'm super proud of em :)



bergambar satu family :) love them loads.



with my besties yang datang lebih awal :)



menoleh ke belakang bersama raja. haha



i love this photo! *memang suka gambar-gambar straight berlatar belakangkan wall kosong macaam ni* with harith and durra.



ni time naik tangga nak masuk ke hall. oh. the idea of the whole dress is minimalistic & elegance. tu la yang tak de crown, tak de apa.tak de bulu mata palsu jugak. neither contact lens.. lolx. ok jom naik! ;)



atas pelamin dengan husband & my parents :) the dais concept was designed by myself.. tapi orang buat pelamin la yang ketuk-ketuk buat semua ni. terima kasih korang sebab menjadikan design sy satu realiti! eceyy.



masa untuk memotong kek! xD keras gile kau kek ni. kek fondant. design sy rompak time pergi pameran pengantin. memang sebijik keknya macam ni.. bunga je lain kaler sikit fuahaha >:P sebab keras sangat, most of the time encik iskandar yang tolong potongkan dengan bersungguh-sungguh. sy cuma beraksi saja. haha *thanks, abang! xoxo!*



time makan yang tak berapa nak makan. tak sempat nak kaut semua, ok!! *amboii wani. sila bersopan di meja makan, ye* hihi



ok dah. jom balik. balik daripada sesi fotografi luar, my husband dahaga gile kan so we all singgah 7e. dia tunggu kat kereta, i went buy him a drink.. lepas tu memang mencetuskan havoc la kat sekitar 7e tu sebab ada pengantin sesat masuk.. haha. siap pakcik india yang jual cendol tepi simpang *dari jauh nii* jerit helo kat sy. walhal beta tak kenal pun beliau. rofl. tapi oleh kerana beliau kelihatan happy, sy pun menghelo balik kat dia. makcik yang kat depan pintu 7e siap terjerit, "eh, pengantin!" dengan muka excited bersama anaknya. haha kelakar je la korang ni kan :D


dan ni je lah yang sy sempat design untuk majlis perkahwinan sy. sebab jiwa design-mendesign ni membuak-buak kan *bahaha* despite of kebizian yang melampau. ai design jugak ai tak kira! lolx


simple je designnya. konsep purple bunga orkid. tapi sy tak pandai pakai adobe. so sy pakai paintshoppro. macam biasa :P



cover majlis pertunangan. masuk dalam slideshow.




cover majlis akad nikah sebelum ni.


overall, alhamdulillah majlis A ok.
cuma yang tak ok, handset husbandku dicopet orang. eh. dicurik orang. kejiness kan. agak-agak la kau mencuri niii tak takut Tuhan ke. but no worries, dengan semangat orang kaya, husband sy telah membeli handset baru. haha. cuma moralnya, mencuri tu bukan satu perkara untuk dibanggakan. so yeah. ko pakai benda curi pun apa gunanya kan. tak style langsung.

and esok adalah majlis kenduri-kendara di belah pihak lelaki. expected to be different than this one. expected to be meriah mak ngah sebab kenduri rewang kat kampung kan ko bayangkan la kemeriahan dia macam mana. (oh. rewang = gotong-royong). pulak tu bersanding sekali dengan adik ipar & wife dia.. so sila bayangkan lagi kemeriahan tersebut :D

oklah nanti dah settle-settle semua ai update lagi.
sekian. mari bergumbira di hujung minggu!! xD tatah!

3 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Congrats wani! You look very different, gorgeous, sangat2 pretty.

Anonymous said...

kau memang style keluar dari kereta dengan baju pengantin masuk 7e! mau tak semua org sekitar ko terperanjat... hahaha

wani ezryl * said...

shu^ thanks, shu! :) itu akibat make-up sebenarnya.. haha

kaizen^ kite ni kan jenis main redah je lolx.