Friday, December 28, 2012

2012 highlights

memandangkan hari ni dah 28 disember, and tak lama lagi nak masuk tahun baru,
and and tak tahu bila lagi sy sempat nak post pasal ni.. (hihu)
hari iniiiiii
sy akan menyenaraikan HIGHLIGHTS sepanjang tahun 2012!!
(agak highlighting jugak la tahun ni.. haha)

now here goes!

1. carpet's missing (and prolly dead)
hoih memang sedih la yang ni. rasanya dalam januari tahun ni la.
oo bukan permaidani kat ruang tamu yang hilang,
tapi kucing kesayanganku, carpet.
time ni pun tak de kat rumah.. tengah kursus DPA 6 bulan.
my mom la called, bitau mula-mula tu carpet balik rumah macam ketakutan. kaki terhencut-hencut jalan.
macam ada orang pukul dia.
2nd time carpet ada lagi. pun macam sakit and takut-takut.
lepas tu dia dah hilang. sampai ke sudah tak de.
memang sakit hati la kalau ada orang yang abuse dia sampai macam tu sekali.
selama ni dia sihat walafiat je tak kacau sesapa pun.
sobs. i miss you, carpet :'(  
      
carpet dear.


2. getting married!
sebulan lepas tu, februari 2012.
tengah DPA lagi.. lepas wataniah pulak tu. rentung kulit wajah ai.. hahaha
i'm getting married with isz! :)
kitorang bernikah dulu, cuti 2 hari, lepas tu kena balik kursus. doink.
bulan april baru kenduri-kendara.
sebab asalnya memang dah planning nak tying the knot time ni.. tapi tak sangka pulak kena pergi kursus.
so tu yang jadinya nikah dulu, baru resepsi.
time ni pulak kitorang long distanced; he's in KTcity, and i was everywhere (masa kursus pergi merata-rata tempat). so bayangkan kalau dapat cuti weekend time kursus pun bukan dapat jumpa dia sebab kitorang kejauhan haha.
this marriage experience is one of the sweetest in 2012.
and i love him loads.



3. the arrival of keju (nama asal : si bising)

hah.
ni dia keju.
tengah menyorok bawah bangku.
dia memang suka main sorok-sorok bawah ni.. haha.
so lepas carpet MIA ataupun RIP, well i dunno..
keju muncul.
jumpa dia masa tu sooo tiny tengah mengiau bising-bising kelaparan segala kat kawasan longkang.
dialah anak kucing paling bising abad ini.
time kunyah makanan pun boleh berbunyi, ko bayangkan!
dia memang tak de mak. so bela dia. (ntah-ntah anak carpet ni.. perangai tido tergolek sebijik macam carpet. pattern kat badan macam carpet.. ekor bengkok pun macam carpet HAHA. tak kisahlah anak siapa pun).
so kiranya nak dekat setahun la keju kat rumah ni.
tapi since dia dah dewasa sekarang, dia tak la sebising dulu.
ehh masih bising, ok. cuma terkawal la. fuahaha~


4. trip to singapore
haa kenapa beria-ia nak buat highlight, kan.
padahal orang lain relaxxx je pergi singapore.
sebab.. ni la first timenya pun sy pergi oversea! haha (oversea la sangat kan :P)
minus pergi padang besar dengan mundok, ok. yang tu bukan oversea. kehkeh
so first time ada passport, visiting pass semua, first time tukar matawang.
everything was a first time to me.
but i'm glad i did it with all my friends.
ni kira macam field trip la pergi kedutaan kat sana.. sambil tu jalan-jalan sekali.
singapore is a clean country, dan taxi drivernya tak menipu meter. tu yang sy tau la. haha

there will always be a first time for everything. so this is me, oversea, for the first time ;)

5. finishing DPA
hoyeahh finally kursus selama 6 bulan dah berakhir!!
ni la kursus yang paling hardcore pernah sy masuk.
banyak 'first time' saya kat sini. first time buat wall climbing, first time abseiling, first time berkayak, first time masuk sewer, pegang pistol, senapang, macam-macam la.
what a great experience.
paling best adalah kenal kawan-kawan baru, and bonded with them :)
memang rindu la kat DPA, tapi kalau nak mengulang tu tak ada la.
benda rindu-rindu macam ni kita buat sekali je cukup. kehkeh
it's a one lifetime experience gitu. a nice one.

ni masa last day kursus. semua orang bersalam dengan semua orang. peluk-peluk menangis tu jangan cakap la.



agak sentimental jugak ye sy ni.. time nak punch out kali terakhir kat DPA, siap snap gambar lagi. ala-ala nak pencen :P haha


6. new workplace
tahun 2012 ni memang macam-macam fasa baru sy tempuh,
termasuklah masuk ke tempat kerja baru.
sy pun yang mintak tukar.. dari KTcity ke putrajaya.
sebab dah plan nak settle down kat sini.
alhamdulillah, berjaya tukar ^^
dapat duduk kat HQ hihi
orang kat sini pun sama friendlynya dengan yang kat ofis lama.
so tak de nak rasa kekok ke apa.
so far ok la kerja kat sini. best.

ni masa awal-awal masuk. meja ala-ala bersih lagi kan. hahaha

7. china visit
2nd time pergi oversea. pada tahun yang sama. lolx
yang ni ikut trip as hadiah masa jadi juri tahun 2011,
so perjalanan was sponsored. makan minum semua sponsored la.
duit poket je tak dapat. haha tak kisahlah yang tu.
a great experience.

membuat jump shot di negara orang. haha

sy ikut trip ni sy tak kenal sesiapa pun mula-mula tu.
sebab sy sorang je wakil jabatan kan.
yang lain tu daripada jabatan lain or JKKK kampung dengan family diorang.
but i made friends and thankful that they were all so friendly. hihi


ni kat shanghai. harus la bergambar dengan photog dari china. mihihi


8. my birthday!
harus la letak tanda seru, excited lebih. hoho
tahun ni first time la celebrate dengan husband.
dengan family of course la, kitorang gi makan-makan semua.
then i flew to KTcity.
my husband ambik kat airport,
terus bawak celebrate makan tepi sungai ke tasik ke.. i'm not sure.
sungai kot. haha
dapat flowers and hand made card daripada husband. awww terharu :') lepas tu balik rumah dapat hadiah-hadiah lain lagi. best best. i love you, hun!!

and i love my family too for pull out a makan-makan celebration for me..
dengan hadiah semua.
memang tradition kitorang celebrate birthday macam tu :)
and thanks to everyone yang wish.
tak rasa tua langsung, rasa bahagia je.. hahaha


9. KFC's flaming crunch
jun. bulan flaming crunch muncul.
sy rasa ni ayam goreng KFC new age paling sedap pernah sy makan.
tapi kejap sangat musimnya.. kenapaaaa
most of everyone di sekeliling sy kata flaming crunch sedap.
bukan takat sedap, tapi sedap nak mati. haha
sampaikan sy dah berniat nak tulis surat kt KFC,
mintak diwujudkan balik flaming crunch ni.
tapi sampai sekarang tak tulis-tulis lagi. lolx

tinggal kenangan.. oh, flaming crunch! :P (sedap woahh)

10. ramadhan with husband
ramadhan, raya.. semua sekali lah.
biasanya lepas berkahwin ni kalau kita sambut ramadhan dan syawal dengan spouse, it's a whole new experience la kan. sama macam sy.
cumanya sebab kitorang duduk berjauhan,
jadi tak dapat la sy nak sambut puasa hari-hari dengan husband.
ada sekali tu la sy balik KTcity dengan intention nak sambut puasa sama-sama.
nak pergi bazar sama-sama, nak masakkan lauk berbuka untuk husband.
sebab selama ni time kawan-kawan,
pagi subuh tu mesti kejut masing-masing, siap berpantun bagai, suruh sahur haha
pastu update makan apa la. kan.
tu time kawan tu, belum couple lagi kahaha.
so now kita bangun sahur together la, live. tak de virtual dah lolx.

lauk ayam kicap yang sy masak untuk berbuka. husband suka ayam kicap.. banyak pulak tu masaknya. so sambung ke hari esok untuk sahur. memang sedap yang ni (puji masakan sendiri, tak boleh blah HAHA AAK ada aku kisah :P)
     
 11. bandung trip
(rindu tak kat popcorn-popcorn ai? hahah)
kali ketiga untuk tahun ni pergi oversea katanya.. haha
tapi kali ni dekat je la.
bandung is an awesome place.. walaupun tengah banjir sekarang ni.
(time ai pergi dulu masa bulan september tak banjir lagi! hiks)
best la tengok tempat orang.
and betul la, jauh perjalanan luas pemandangan.
poket pun ala-ala luas jugak sebab sakan bershopping.
tak pe, retail therapy tu bagus. bagusssssss *duduk menenangkan diri* :P

12. the good news
eh. kebetulan pulak highlight terakhir adalah yang ke-12.
sempena penutup tahun 2012 la kot.. kiki.
kalau korang tak perasan, sebenarnya all these highlights dibuat secara sequenced order.. start dari awal tahun sampai akhir tahun.
tapi bukan tiap bulan ada highlights. tengok bulan jugak la.

and the good news is.. i'm pregnant! :)
figured out on october. perasaan adalah happy and bersyukur and everything.
ni highlight untuk sembilan bulan, insyaAllah. tahun depan sambung highlights lain pulak kan. haha



SOOOO THOSE ARE THE HIGHLIGHTS FOR 2012.. for me! :)
to sum everything up,
tahun 2012 adalah tahun yang gile mencabar (sebab tahun ni ada wataniah waa),
tahun yang banyak fasa-fasa baru (married, new workplace, expecting a baby),
tahun melancong ke luar negara (tiga je punn. haha),
dan tahun 2012 tak ada doomdsay, ye. jangan nak mengada-ngada. sila belajar dalam-dalam dulu sebelum claim pasal doomsday ataupun siapkan kapal untuk selamatkan diri, siapkan bekalan makanan setahun dan sebagainya. hehe

2012 is awesome, gorgeous and fabulous!

and i'm looking forward for 2013 pulak.
apa laa agakknya yang menanti pada tahun depan.
apa pun, kita hadapilah tahun-tahun kita dengan baik.
aight.
signing off!!

-wani


Wednesday, December 26, 2012

aksi kucing-kucing

haha kucing-kucing ni suka pose macam-macam je kan.
kenapa sy cakap 'kucing-kucing' padahal kitorang membela seekor kucing je, yakni (yakni?! what the) keju the cat.

walaupun kitorang bela seekor, tapi macam dah bela setaman.
sebab kucing-kucing lain pun datang menumpang makan.
dah sebab diorang asyik datang, diorang pun dah jadi macam watak sampingan dalam ini cerita.

kucing-kucing ni pun despite of kucing jalanan, tapi dah pesen macam kucing rumah dah.
gemuk, sihat dan bersih. (kecuali ada seekor yang luka-luka tu. hah yang tu nanti ai cerita).
cuma tak duduk dalam rumah je.
they all (they all?! kehkeh) duduk luar rumah.. sebab rumah kitorang corner lot.. so biasanya kucing-kucing ni melepak kat tepi laman la, kat porch atau dapur belakang.

stray tapi tak berapa nak stray.
semi-stray. hahaha

walau apapun, keju tetap nombor 1.


ada satu hari tu nampak keju landing dengan muka kesian kat kusyen.
over ok!
ikut macam manusia pulak landing kepala atas kusyen.. badan kat luar. hahaha
paling tak boleh tahan tengok muka kesian dia tu :P


percayalah, keju ni kucing jantan tapi manjanya tak nampak macam jantan langsung. tang gigit-gigit tu ye.

bangga dengan kucing sendiri.
sebab walaupun kucing kampung (yang bukan stok bulu-bulu tebal atau muka penyet),
kualitinya adalah setahap kucing mahal.
tengoklah tu, tak mandi air pun nampak bersih akaka.
dia memang rajin grooming sendiri.
membuang pun kat luar rumah je.

heh.. siapa ni??

tetiba ada anak kucing sesat kan.
si kenit ni tak de nama lagi.
ni anak bella. (bella pemalu. asal nampak orang je dia lari. tapi datang makan tak pernah miss).
anak dia pun sama pemalu.
suka sorok kat bahagian washing machine.
baru-baru ni je berani keluar sebab dah besar sikit.
tu pun sebab sy angkut dia keluar dan usap-usap dia.. umpan dia makanan.
nak bagi dia berani sikit dengan manusia.
kalau tak, memanjang lari.



haii bertambahlah populasi kucing kat taman ni.

sebenarnya kawasan kitorang ni kepupusan kucing betina, tau.
bella seekor tu je betina.
lain semua jantan.
mula-mula suspek si kenit ni anak bella dengan eveready. tapi tengok rupa, tak de rupa eveready pulak.
ni eveready.
tak nampak macam 'eveready' maskot kat bateri tu dah.
dulu time dia mula-mula datang rumah,
kurus-kering,
ada la rupanya eveready.
lama-lama lepas dah bagi makan,
dah gumuk-gumuk,
hilang langsung trademark tu. kehkeh

so sy syak si kenit tu anak bella dengan si kecik (tak la kecik pun).
sebab si kecik ni stok bulu gorgeous belang-belang macam raccoon.
alah time ni si kecik tak datang rumah.
so tak de gambar dia.
nantilah lenkali.


kadang kucing-kucing ni suka menyorok dan main belakang pokok-pokok pandan.

berak pun ye.
ish ish.


keju melepak tepi rumah.

dah berazam lepas ni kalau ada kucing baru datang,
..nak bagi nama santan. BAHAHA
tapi si kenit anak bella tu tak de rupa macam 'santan'.
so cancel la ye.
kita reserve nama santan tu kat kucing lain.


nama kucing-kucing sy sebelum ni : majrin, yonis, bean, alan, carpet, biskot.
(semuanya dah meninggal / hilang tanpa khabar berita).

nama kucing-kucing luar yang suka datang dan diberi nama : si tua (RIP), kucing luka (ada tu), si kecik, eveready, bella, si kenit.

Tuesday, December 25, 2012

ho ho happy holiday!


biasanya time cuti-cuti ni.. tak kira la cuti raya aidilfitri ke, deepa ke, krismas ke mesti ada cerita best kat tv. hoh haha.
so i'm looking forward for that.
malam ni (eve) tak tengok lagi cerita ho ho ho holiday.
tapi channel Diva selalu tayang (dulu hallmark).

selamat bercuti kepada yang bercuti.
lagi-lagi yang cuti sampai tahun depan tu.
bahagialah korang kan. haha

till then, enjoy your holiday! :)

p/s : i'm waiting for my husband to come on hohoho day's morning. lolx


PHOTOCREDITS: INTERNET

Sunday, December 23, 2012

ahadku sakit. eh daku sakit pada hari ahad.

happy ahad, korang!!

srottt.
bangun pagi je dah dapat pakej; selsema hidung tersumbat, batuk horror, back ache and nak termuntah sebab batuk banyak-banyak HAHA. dahlah tengah sakit, gelak pulak tu. bagus sangat T_T

tengah cuba recover dari demam ni. without any meds. so far demam dah tak de. tak panas badan dah. semorang cakap tak boleh makan ubat. my mom cakap antibiotics semua tak boleh makan sebab pregnant. so bergantung harap kepada imuniti diri sendiri je ohok.

tapi demam sembuh dalam masa sehari tanpa ubat tu dah kira bagus.
tinggal nak layan hidung tersumbat dengan batuk je sekarang ni.

tapi apa la ertinya cuti kalau demam kan. haha
tapi sakit ni kan penghapus dosa. dan ujian. ok la tu :P

pagi ni faliq pergi ke majlis pengebumian azim.
sy tak ikut, tapi mendoakan dari jauh. semoga segala urusan dipermudahkan.
tengok pagi ni pun cuaca ok je.
semoga azim tenang di sana.

dahlah nak pergi breakfast kat bawah. jumpa nanti!

Saturday, December 22, 2012

the lost of a good friend.

i just heard a shocking news from faliq.
azim, our friend (my schoolmate) baru saja meninggal dunia around 5pm tadi.
asalnya dia demam, then terkena jangkitan paru-paru.
then masuk ICU.
my brother faliq ada pergi melawat dia.
baru je faliq cerita semalam kot.
suddenly hari ni dapat berita ni.
sedih jugak, sebab azim ni good friend sejak sekolah rendah lagi.
tapi Allah lebih menyayanginya.
takziah kepada keluarga azim.
and mari sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham.
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amiin.

we will miss you, azim. :'|

pengalaman time budak-budak

recently banyak jugak la posts kat fb, blogs, twitter pasal kenangan zaman kanak-kanak dulu.
to be exact, zaman kita-kita yang masa tu tahun 90-an.

kenangan permainan zaman 90-an,
makanan zaman 90-an,
sekolah zaman 90-an. ahax
mana-mana yang lahir tahun 80-an tu pernah merasa la.
contohnya main jentik tutup botol, lompat getah, galah panjang etc.
makan sagun, aiskrim malaysia, chewing gum bulat-bulat, asam dalam kertas etc.
banyak lagi la.

yang paling legend of course la main susun kusyen kat ruang tamu.. buat macam terowong atau kubu. hahaha
ni kalau sesapa yang tahun 90-an tak buat memang rugi besar la *i know one! lolx*
tapi yang sy herankan,
permainan ni kita main di dalam rumah.
tak ada la iklan dalam tv pasal permainan ni ke.. contohnyaa..
macam mana kebanyakan kanak-kanak zaman 90-an tu
boleh buat perkara yang sama.
even sy dengan adik-adik main susun-susun kusyen tu..
tapi tak de siapa pernah ajar.
tetiba kawan-kawan lain pun main benda yang sama.
dia macam natural. tak yah diajar.
macam kucing berak kan.
tetiba dia tau-tau sendiri je nak korek pasir semua. naturally. haha
macam tu la agaknya.

zaman dulu macam-macam benda mengarut jugak la sy main.
masuk longkang tangkap katak kecik tu memang sah la.
ye la kita ni dok bandar.
kalau kat kampung ada gak la sungai.
kat bandar ada longkang je :P so. redah.
tangkap berudu letak dalam botol. tengok dia membesar.
tangkap katak kecik yang saiz jari tu.. pastu buat competition renang.

then masak-masak jangan dilupa. kekeke
ambik tin gula-gula T-drops (zaman ni ada lagi ke gula-gula tu??)
goreng ikan bilis kat luar rumah, atas tin. hahaha
sebab kitorang rumah corner.
banyak guna jugaklah laman tepi tu.
biasa memasak bawah pokok.
then buat khemah pakai tikar.
sama ada kat bawah pokok ataupun sepit tikar pakai penyepit baju kat tepi pagar.
jiran sebelah pun buat khemah tikar kat pagar rumah dia.
so khemah kitorang mengadap la. haha. epic gile.

lagi satu, dulu suka balas-balas surat dengan jiran sebelah, awin.
ni kira best friend la.
kitorang akan duduk kat tingkat 2.
tingkat 2 ada balkoni.
so sy taip surat.. ala pendek je dalam 5-6 baris.
dulu komputer pakai DOS lagi.
so taip kat perisian notes yang skrin kaler biru tu.
lepas taip, print. keluar kat balkoni, hulur surat kat awin.
dia ambik. selang berapa ketika, dia reply.
dia time tu pakai mesin taip bapak dia hahaha.
so kalau mesin taip kan tak boleh betulkan kalau ada typo.
biasa dia liquid je mana-mana huruf yang typo tu.
topik kitorang merepek je. tapi best woh main balas-balas surat ni.

lepas tu kalau free akan pergi rumah awin..
tengok video kartun disney.
sebab dia ada VCR player. kitorang tak de.
biasanya tengok cerita cinderella.. little mermaid semua tu.

then satu lagi adalah main dalam kolam renang plastik.
zaman dulu memang musim la.
beli kolam renang plastik yang kena pam tu kan..
letak kat luar rumah, isi air.
mandi-manda dalam tu.
biasa kita on kolam renang, jiran sebelah pun sama.
ai mandi tempat ai, yu mandi tempat yu. hahaha
biasa time cuti sekolah la ada banyak masa untuk bukak kolam renang plastik semua ni.

tu belum cerita pasal anak patung kertas,
interior design kertas.. macam-macam tu haha
yang tu sambung nanti la.
banyak gile cerita zaman kanak-kanak ni.
how about you guys? ;)

it's all about makan

yee.. siapa yang tak suka makan :D
well i do.
kalau korang tak suka itu korang punya suka. haha

ada gambar-gambar tertunggak yang ntah bila-bila sy snap ni.
baru nak letak kat blog.
untuk melonjakkan semangat hendak makan di pagi hari. mihihi

ok silakan!!

ikan gruk gruk masak pedas by my mom.

hohh terbaikk la yang ni.
sy baru tau ada ikan gruk gruk ni. (eh betul ke sebut 'gruk gruk'??)
isi dia rasa macam ikan kerapu, senangin semua tu. isi yang tak padat sangat. me loike.
dan harga sederhana, tak mahal sangat macam kerapu.
pulak tu my mom yang masak. fuhh terangkat!
ok next!



tau fu fa beli kat pasar malam.

hahahah. bukan sy yang beli pun.
pesan kat harith suruh dia beli.
sy ni memang suka bermanja-manja dengan adik-adik.
padahal dia baru balik pasar malam tu.
sebab nak belikan makanan untuk sy, dia keluar lagi kali kedua haha
alah budak lelaki kan memang suka keluar berjalan-jalan :P
thanks, harith!


ni mi hun my mom masak buat breakfast.
i love my mom's mi hun.
mama cakap nak cari mi hun cap naga tapi macam dah tak de.
so kepada sesapa yang tau mana boleh dapat mi hun cap naga, sila beritahu ye.
mi hun-mi hun yang ada sekarang sama ada keras sangat, tebal sangat, or cepat hancur.
nak cari mi hun yang betul-betul best tu susah.

sy pun tak berapa pandai sangat pasal jenis mi hun ni.
biasa sy beli je apa-apa then goreng.
tu pun jarang sekali la masak mi hun. kekadang je. haha

oh. yang di sebelah mi hun tu, keropok keping pangkalan setar. (terengganu mari)
terbaik dari ladang!


nasi ayam seksyen 19, shah alam.

yang pada sy merupakan salah satu nasi ayam paling sedap pernah sy makan.
biarlah orang lain nak cakap nasi ayam tempat lain lagi sedap.
yang ni kena dengan selera tekak sy.
sy suka ayam kicap goreng gelap-gelap macam tu.
pulak tu dapat bahagian kepak (mintak je biasanya). fohh!!


haa ni gambar latest jugak la. gambar masa lunch semalam.

semalam kan jumaat.
kitorang ada discussion sampai pukul 1pm la lebih kurang. ke 1.30 macam tu. forgot.
lepas tu kelaparan.
rush pergi presint 9 cari makan.
ok la presint 9 tak jam.
sebab tak ada surau/masjid.
kalau presint 8, mau jam dengan kereta-kereta kat situ sebab orang solat jumaat kan.


syida. makan menu sama dengan sy :)


kak fazidah.



me. kat food court pun sempat lagi snap kan. haha



makan iniiii. nasi kukus ayam dara berempah.


tapi tak leh lawan yang terengganu punya la.
terengganu memang sedap!
lagi satu dulu pernah beli kat seksyen 20.. yang tu pun sedap tapi dah tak de dah *duhh*
tapi kat terengganu memang banyak makanan sedap pun.
eh ntah-ntah kat selangor ni banyak makanan sedap.
cuma belum ketemu je lagi :P

ish ini la akibatnya buat entry makanan pagi-pagi buta ni.
now dah macam nak lapar.
better turun bawah buat sandwich or something.
wah sandwich best jugak kan. yums.

Friday, December 21, 2012

suamiku sudah pulang! *lompat*

hahaha
apa-apa je tajuk kan.
macam tajuk sinetron pun ada.
kalau bos-bos atasan ni agaknya akan cakap, "tajuk ni tak cukup seksi."
nak kena pakai ayat yang 'seksi'.
mungkin macam.. 'el regreso de mi amor'. hambik. ohok

ye bagi yang tidak tahu,
husband telah berjaya bertukar dari KTcity ke putrajaya *hoorei sikit!*
yeah, of course dia sedih meninggalkan sahabat-sahabat di KTcity yang dah macam family bagi dia.
tapi tak pe, insyaAllah ada waktu boleh jumpa lagi :)

so far husband tengah try fit in kat tempat baru.
i know he can do it.
of course tempat baru tak sama dengan tempat lama,
tapi harapnya dapat bagi pengalaman yang baik untuk dia.
kerja tempat baru ni dapat tambah experience baru woh.

so far sy ada la apply kuarters government kan.
buat rayuan untuk dapatkan kuarters.
(wahai orang BPH kasihanilah kami yang tak de rumah niiii)
so sekarang berulang la.
kadang sy kat shah alam. kadang kat banting (rumah in laws).
tapi nak pindahkan barang pun rasa tak dapat sebab tak cukup ruang.
tengok barang husband pun banyak jugak bawak dari sana.
and kadang sy kat shah alam, dia kat banting. haha
sebab sy tak larat kedratnya nak travel sini sana.
balik ofis lepas makan pun dah boleh terpengsan tidur.
semalam tu balik ofis, pergi sini sana kerja, malam keluar lagi. pastu terus demam.
memang waktu kena rehat je sekarang ni.
tu yang kadang habis ofis sy balik shah alam sebab tak larat.

tak pe lah. hopefully dapatlah cepat kuarters tu.

so. semalam kitorang pergi makan.
makan je la kan, apa lagi si wani ni. hah haha






wah haha sudah lama tidak bersua muka! :P



ada wifi free. cantikk.

kitorang makan kat chawala.
(tempat spaghetti aglio olio tersedap!)
tengok menu dia ada berubah sikit la daripada dulu.
ada tambah-tambah.
tak kisah, janji kitorang dapat makan and kenyang.


roasted chicken. husband punya.



hainanese chicken chop. sy tak suka kuah dia. macam rasa saucy sikit. jadi rasa kemasaman. sy lagi suka kalau kuah blackpepper atau mushroom.

tapi dalam tak suka sos tu, habis jugak la. haha


beli set.. murah sikit. dan dapat sebakul popia.

tu pun kenyang gile, popia tinggal tiga ketul tak habis makan. lolx

pastu kitorang gi shopping baju, cari makanan kucing dan sebagainya.
aktiviti rutin kitorang la.
minus karaoke. HAHA
sekarang lama dah tak karaoke.
kejadah tengah pregnant nak karaoke kan.
nyanyi dalam kereta sambil drive sudah :P

balik rumah kat banting,
mandi-manda, solat, terkelepek tidur. haha

sekian cerita semalam.

kerja, makan

hoih! macam zaman-berzaman tak update.
eh dah berapa hari sy tak update, ha? lolx. tak pe tak pe. hari ni kerajinan nak update.
walaupun tengah demam ni uhuk uhuk.

disyaki dijangkiti daripada syida dengan bibi kat ofis WAH HAHA
lepas tu menjangkitkan kepada husband.
now everyone is under the weather. lolx

mari kita buat entry tertunda dulu.
ni pasal kerja.

hari tu ada meeting kat building galleria, putrajaya.
me and the new bos, en. naza.
sampai ke tengah hari.
tapi lunch tak de.
kebetulan bawah tu banyak gile kedai.
pulak tu zaman baru keluar gaji. hambik!
1st restaurant and 2nd ones semua penuh. gila tak gila.

en. naza dah la tengah lapar, kan.
dia cakap dia tak usik pun nasi goreng depan dia tadi masa meeting sebab dia duduk row depan, dekat dengan pengerusi pulak tu. jadi dia keseganan nak makan. haha

jalan punya jalan kitorang nampak la satu restoran.
nampak tak ramai orang. ok fine, masuk.
restoran al dente. serve makanan malaysia dengan itali. wihihi
bolehlah daripada tak de.
time tu dah fikir-fikir.. ni tak ramai orang mesti kedai mahal ni.
ok tak pe dah bos nak belanja. ekeke.


suasana. nampak restoran mewah la.



harus suh en. naza snapkan gambar diri sendiri hahaha. menyusahkan bos je ko ni, wani T_T



complimentary.. dapat garlic bread dengan dipping-dipping dia. keke



en. naza punya nasi ayam. licin ok dia makan.



wani yang over telah mengorder pizza.

sebab tak tahu nak makan apa!!
tapi sebahagiannya tapau bawak balik untuk syida and azam.
harus la ingat kawan-kawan kat ofis, kan.

pizza dia sedap la. macam home made italiano gitu :P
mana ada pergi pizza hut ada daun-daun segar macam baru petik dari dapur belakang macam ni kan. haha
harga ok je. RM26.

terima kasih kepada bos yang belanja makan! :)


//

ok ni kisah semalam pulak.
pergi majlis konvo kat kompleks PERHEBAT.
PERHEBAT ni adalah pusat latihan untuk bakal pesara tentera..
so pusat ni ada dalam kem sungai buloh.
macam-macam course ada kat sini.. kebanyakannya course latihan kemahiran. keusahawanan pun ada.
tempat ni bagus sebab banyak effort dah dibuat untuk provide bakal-bakal pesara tentera ni dengan ilmu untuk kerjaya kedua lepas bersara nanti.
this is my ongoing project at the mo.
semalam pergi sana untuk dapatkan input.
siap buat rakaman lagi. terasa sungguh RTM di situ. hehe


itu liza dan encik sahar yang tolong kitorang buat rakaman. tengah interview graduan.



pesta konvo pun ada juga! :)

rindu pulak zaman konvo kat univ dulu haha.
dengan meriahnya.
dengan satu family students turun padang. siap piknik tepi dewan.
ada yang julang-julang kawan yang dah berjaya. macam-macam.
priceless moment :)

then bila datang kem sungai buloh ni,
teringat pulak kenangan masuk wataniah.
bila masuk kedai pernama (sort of kedai koperasi kat dalam kem),
teringat zaman wataniah dulu punyalah jauh menapak semata-mata nak ke pernama dan beli air.
time tu air botol dari peti ais adalah superheaven bagi kami.
beli newspaper, beli biskut, jajan..
hahaha pengalaman sungguh.

oklah nanti sambung lagi.
panasnya badan sy. demam katakan. ohok.
tata!

Sunday, December 16, 2012

photo meme : keju the cat

keju kan suka tido gaya pelik-pelik.
(i think most of the cats do.. kehkeh).
so hari tu snap gambar dia tengah tido tergolek.

GAMBAR ASAL.

kalau kita boleh agak-agak la.. dia tengah mimpi apa agaknya time tu? haha
dengan posing kaki ke depan gitu. macam tengah memeluk pun ada.
kaki belakang pulak macam di awang-awangan..



1. mimpi mencekik eveready (kucing lain warna hitam-kelabu yang lepak kat belakang rumah kitorang).
mimpi cekik eveready sebab rebutkan kucing betina si bella tu :P

**realitinya mereka semua berkawan baik. haha


2. mimpi dapat selamatkan bola masa soccer match malaysia vs thailand hari tu.
**t dangda adalah pemain yang menjaringkan gol pertama thailand.



3. mimpi naik motor dengan tuan dia (ehem walaupun sy tak pandai bawak motor, tapi dalam mimpi nak terbang pun boleh!) :P




4. mimpi surfing kat tengah laut.
heleh kena air sikit pun dah lari kalau orang nak mandikan dia! :P




5. mimpi tangkap ikan.
patut la bangun-bangun je mengiau carik makanan! hehe


ada banyak lagi gaya tidur keju yang menarik.
nanti letak lagi ye. haha
kbai! happy sunday!

Saturday, December 15, 2012

nadia's wedding

i've known nadia since i dunno when.
but we only met thrice.

one, kat kedai buku borders, timesquare tapi time tu dia tak perasan sebab tengah khusyuk baca buku :P
two, at my wedding.
and three, at her wedding today :)

yeap, we are good old cyber+blog friends.

AND TODAY IS HER WEDDING!! tahniahhhhhh!!! *ucapan tahniah setinggi angkasa*

dah sama tema dah kan baju sy.. lolx. and that's nadia! :)



inilah yang kunanti-nantikan........ daging salai masak lemak!! *air liur merembes* oh-so-heaven.



suasana khemah kenduri. ada 10 khemah semuanya *ye, sy kira. sila slap sekarang :P* memang panjang la sampai ke hujung.



bawak adik (faliq) pergi kenduri.. boleh?? haha. apa boleh buat, husbandku di perantauan. haha

thanks faliq temankan ai! ;)


me. me me me.



wedding favours yang kitorang dapat!! xD

sangat cuteness ok wedding favours dia.
superlike!!
riben macam-macam kaler ada.
coincidentally sy dapat yang purple polka dot. memang my fave! haha
dalam tu ada juga telur burung puyuh tiga biji. cute!


ni meja kuih-muih dan buah-buah.



ni pokok bunga telur.

ye, pokok bunga telur! haha
mountain high! :) colourful kan? awesome.
ada dua pokok macam ni. kiri dan kanan. *duhh wani, memanglah. takkan atas dan bawah pulak kot. okoko*


chocolate fountain pun ada! xD



*bunyi muzik yang wani e tambah sendiri* ketibaan pengantin!! lawa kan!



pelamin.

mula-mula pengantin duduk jauuuh je.
then makcik-makcik kat situ tegur kenapa jauh sangat. haha
then baru diorang duduk dekat :P


haa tu dah duduk dekat kan ;)


selain daripada hadiah kahwin, sy juga buatkan nadia buku grafik lukisan sendiri! hehe.
sebab sy dan dia sama-sama berkongsi minat sukakan seni, kartun, komik blabla.

dulu sy rajin buat buku macam ni..
buat hadiah birthday family.
it's in the 'bigbang series' under '9degree design', my freelance design punya label. HAHA
(time tu kumpulan bigbang belum wujud pun lagi!! lolx)

so this time sy buat buku untuk nadia sempena wedding dia.





salah satu content di dalam.

tapi tak ada lah nak tunjuk semua page.
itu khusus untuk tatapan nadia and her husband, fitri je tau! (and family members). hee.

sooooo congratulations to nadia and fitri.
selamat menempuh hidup berumah tangga yang wonderful and colourful.
may our cyber friendship remains till the end.

cheers! :)