Tuesday, September 20, 2011

keluar dengan kawan dan isu rupalistik

ahha! semalam kawan ai si norazlin azahar merangkap roomies kat hostel dulu, merangkap kawan bagus (kawan bagus ni lagi baik daripada kawan baik. haha. jk) merangkap excoursemate telah datang ke KTcity sebab ada training sistem nak dibuatnya kat JK*R harini :P

ni kalau sy stick to my actual certification as a comp science student, rasanya begini begini la jugak kerja yang sy akan buat sekarang (tapi sy tak suka comp science sangat! bahaha. ironi)


itu dia alin, dan wani :)


gile sememeh kan. sebab baju pun tak de banyak mana, yang lain dah packing-packing nak bawak balik. tudung pun pakai tudung gi kerja siang semalam. great. alin, ko terimalah kawan ko ni sesememeh mana pun ye :P

sy teringat lagi, dulu time belajar sy selalu teman si alin ni pergi blind date la, pastu tolong replykan sms bf dia bahaha (kitorang memang kan suka fool around macam tu :P)


kawan alin, hani. she's a PT*D too.
biasanya kalau jumpa PT*D-PT*D lain kan, sikit tak banyak mesti kitorang ada connection tanpa disedari (dunia ni kecik!!). serius. iaitu network PT*D adalah luas. rofl. macam hani ni, she works with another of my PT*D friend, mary :) gile kecik ok dunia.



nah ambik ko gambar makanan.
ingatkan tak nak makan seafood. zit-prone, ok!! T_Tv
tapi dah terhidang depan mata, takkan tak nak makan kot :P punyalah tempting. memang jahat seafood ni. bad seafood, bad seafood!! *rotan*
tak pe tak pe. balik rumah nanti kita tepek serum vitamin C banyak-banyak ye. haha


kerang bakar. sedapnyaaaaaa. macam kunyah kerepek. dah ambik satu, nak lagi. ingat nak makan 2-3 je. lepas tu terbawa-bawa sampai kerang ke 28. haha *jangan percaya no 28, sy tak lah serajin tu untuk mengira* :P




nasi goreng kicap lite. sy suka la kedai ni. lain kali (kalau berkesempatan) nak datang lagi :P after kursus la kot. lolx




tomyam campur.




sotong bakar. yang ni lagi lah tak boleh nak tolak T_T




ikan kerapu tiga rasa. sedap weh sos dia. sedapppp




sort of musykil, banyak orang cakap muka berseri, muka berseri. apakah sebenarnya maksud muka berseri tu? ada cahaya memancar ke? wah haha. muka ai yang zits merata ni ko cakap berseri?! pastu ada kawan yang kata nanti gi DP*A tak berseri mukanya. hah. ye ke. dan dan jemur panas memang la muka gulap gulita! lolx.

memang orang sekitar mementingkan kecantikan/keserian rupa. ntah. but lately ni, bagi sy la, (ni bukan ayat ratu cantik ye) attitude dalaman tu penting. spread the good deeds. nak cakap cantik luar, semorang cantik. pakai makeup seinci nanti cantiklah jadinya :P tapi kalau dibagi options, haruslah kita semua pilih nak rupa cantik berseri yang dipancarkan daripada kebaikan.. serius weh macam muka nenek atuk kita yang macam bersihhhh je.. tu bukan bersih saja-saja ok.. tu bersih muka orang baik-baik. haa rupa berseri macam tu la yang nak (tapi susah nak dapat).

semoga kita semua tergolong dalam golongan yang baik-baik.

(baik-baik sayang :PP *hampas ko, wani. main-main ye*)

berseri? ihihi *tempeleng*



p/s: kawan-kawan, harap korang masih nak kawan dengan sy walaupun nanti habis kursus kemungkinan besar muka sy gelap-gelita :P

No comments: