Friday, August 19, 2011

kumpulan pinggan mangkuk tersusun hari ke-18


nah. itu dia juadah berbuka kat kampung semalam. (ye macam biasa, setiap hari khamis bulan ramadhan wani e akan balik ke kampung granniesnya) :P
ai buat numbering kasi senang nak fokus. *fokus katanya! AHAHA*

1-sira pisang. suka betul mereka makan ini. maklumlah, orang terengganu (sm macam orang kelantan) suka makan yang manis-manis ^^

2-ikan senangin goreng. kecik-kecik kurus-kurus je ikan ni, macam sy. bahaha

3-cempedak goreng. gila hebat bila balik kampung pastu tiba-tiba ada pulak cempedak. heaven.

4-pisang goreng. tiba-tiba pisang goreng pun ada. dah boleh bukak bazar dah kita. hahah

5-rendang daging minang. makcik sy balik haritu, masak ini. sy tak sempat nak rasa. beliau simpankan sikit untuk sy dalam fridge. wallawei sedap gile ok! beliau memang terrer masak. akan curi resipi sedikit demi sedikit daripada beliau nanti ;)

6-sambal belacan. sy tak makan ini. haha. memang orang melayu derhaka :P

7-ikan masin. tak de cerita pasal ikan masin ni.

8-sayur goreng kering. sy balik goreng terung dengan bendi. untuk sorang makan je sebab mereka-mereka ni kurang makan sayur. hihi

9-ayam masak merah. dari pasar (kampung). sedap. sedap sedap sedap.



kenapa ada duit syiling banyak-banyak bawah alas meja? jangan kata duit syiling, duit kertas semua ada. tok yam cakap meja tu adalah dompet. kalau nak beli apa-apa, ambik je kat situ. HAHAHA. dompet ye, tok~ :P

2 comments:

Anonymous said...

nampaknya aku mesti datang beraya rumah tok yam.... ;p *dapat sedikit duit raya pun jadila.... ;p

wani ezryl * said...

tau dah niat jahat itu.. makan raya di meja makan lps tu selitkan tgn ambik duit bwh alas meja! wahaha :PP