Monday, January 31, 2011

handphone tag

hey xD
telah di-tag oleh syiro.. siri-siri handphone yang pernah dipakai sepanjang panjang tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah.. erk. itu 'sepandai-pandai' kan. PANGG!! *bangun, wani!!*

ohaha. ok. mari kita mulakan!! :D

my first, ever handphone!! *tepukan halilintar* SIEMENS C45. dapat phone ni time masuk univ. time sekolah memang tak dapatlah barang-barang teknologi macam ni. menganga je tengok kawan-kawan lain pakai nokia batu-batan (3210) kat sekolah. time tu terasa phone ni sangat cool sebab skrin dia kaler oren. agak rare lah sebab time tu ramai orang skrin kaler kuning, tak pun biru :P lepas tu dari mula pakai sampai ke akhir hayat phone, pakai ringtone yang sama HAHAHA. memang cinta sama ini handphone. sesuai dengan namanya, baling ke dinding pun tak pecah :P






lepas tu beli handphone ni pulak.. nokia 6610. upgrade sikit sebab skrin ada kaler.


masalahnya handphone ni sebab kalau jatuh, dia ranap. nokia kan. biasalah. haha. lepas tu ada tukar flipphone, motorola tapi tak ingat model weh.. tapi zaman univ jugak. flipphone ni kelakar sebab bila tangkap gambar keluar bunyi itik. QUACK!! gila glamour punya handphone!! hahaha



tukar lagi, sebab flipphone tu masuk virus dan seumpamanya. corrupt kot. tukar kepada motorola v3i. handphone ni stylish sikit sebab nipis & flip some more. sangat riang-ria memakainya siap letak password tak bagi orang baca message, padahal texted kawan-kawan seangkatan je rofl. kira bila letak password, boleh berangan macam agen perisik :DD




next! hah. bermulalah era memakai handphone sony ericsson. handphone sony memang the best; sebab baling tak pecah, sound dia nice & banyak applications. w700, handphone walkman pertama.. wee hoo. wallpaper phone ni transfer daripada phone v3i, gambar kaki dua budak tengah kissing. bahaha. sweetness.

adik sy, harith.. beli handphone sebijik macam di atas :PP
dia suka kot tengok sy pakai. ekeke


setelah berparty bersama walkman, tibalah masa memandang photography secara serius *tibe-tibe* dengan membeli sony k800i! yeahx!! sangat hype dengan handphone ni, siap macam ada tubuhkan kelab kay-eight-o-o main-main dengan noddy.. HAHA. sebab dia pun pakai handphone yang sama, and kami berdua memang seronok guna handphone ni untuk tangkap gambar. oh lupa nak cakap. ini kamera cybershot pertama yang sy beli ^^v
memang sayang lebih kat handphone ni, sebab passionate nak tangkap gambar.



sambil-sambil pakai handphone di atas, tiba-tiba atas desakan sosial *hoh alasan!*, sy telah membeli handphone yang agak murah ini (samsung sgh-m610) tapi tahan sampai sekarang.. lolx. time tu pakai line celcom.. pastu banyak pulak kawan-kawan yang pakai maxis *dang!* maka telah beli satu starter pack maxis dan mewujudkan active5 termasuklah campuszone dan menggunakannya secara berleluasa.. bahaha.
lama gile ok pakai ni. dari zaman degree sampai ke zaman moden ini (dulu tak moden ke?!! PANGG!!)
lepas tu handphone ni jugaklah pakai dok text dengan crush sy dulu *bf now* .. text merepek-repek kawan-kawan kan. maka agak memorial tun abdul razak di situ.. lolx





taraa!! bila beli ni, terasa pengkhianatan terhadap k800i telah berlaku!!! c902 cybershot wah haha. beli ni sebab k800i time tu macam berkabus, gambar pun dah tak terang. maka kena cari phone cybershot lain untuk menangkap gambar yang crisp!! xD

handphone ni sy namakan 'handphone kegemaran keluarga' sebab adik sy faliq & bapak sy.. dua-dua beli handphone ni jugak! rofl. betapa fondnya kami terhadap handphone ini :P

(handphone ni skang dah bagi kat pakcik. sayang nak jual sebab awesome) ^^v




thennn.. mengada-ngada taik kuda membeli ini pada harijadi tahun lepas. ni kira.. beli tak fikir. dan beli sambil ditipu. HAHAHA. sebab biasa beli kat shah alam.. kenal dah orang kedai tu. ni beli kat kuala terengganu. memang nak beli jugak sebagai hadiah harijadi apakah--- last-last kena tipu. sobs. sony xperia x1!! (pecahkan skrin) lolx. homakaih susah gile nak pakai phone ni. macam pakai komputer kecik!! ambik masa berjam-jam untuk explore! penattttttt. that's it. sangat sedih ni. kena tukar telefon lain :P



dan biasalah.. kita akan ditemukan dengan yang tah apa-apa (note : x1) sebelum kita ditemukan dengan yang lebih baik (note : samsung wave) AHAHA. supaya lebih grateful :P maka inilah handphone yang sy pakai sekarang, bersama-sama dengan samsung sgh-m610.. eh. dua-dua samsung!! lolx. tapi samsung yang lama tu jarang sangat guna. simpan buat kenangan. haha. samsung wave adalah hot, sebab serba cukup (untuk sy, it's more than enough). sebab skrin terang, photo lawa, sound awesome, video kelihatan HD etc etc. memang hotness! xD



maka sekian sahaja tag game berkenaan handphone ini.
sy nak tag noddy.. kalau ko rajin, buat ye! haha. kthxbai!! :)

4 comments:

Anonymous said...

wah, ko dengan hanpon memang tak dapat dipisahkan.... hahahah

Nadia Nor said...

...mengapakah kena tag balik ni?! cis! tag yang kena perah otak pulak tu! XD

panjang sungguh list tepon ko ni weh, rasa inferior gila nak buat tag ni ahaha...oh well. ex-kay-eight-oh-oh, saya akan buat tag ni!

khairie rahman said...

bapak banyak henset ko *pitam*

okeh aku nak buat tag ne! hahahaha!

syira said...

amboi banyak nye henpon ko!