Wednesday, August 18, 2010

tired. and still. tired.

hwahhhhhhhhhhh
kepenatan yang di luar batasan!!
ok fine. hari ni tak lah sepenat semalam.
but still, hari ni jugak adalah penat. lolx

semalam. penat dia, macammm..
start awal pagi da macam tak boleh bukak mata (ni akibat bersuka-ria dengan kawan-kawan kat fb sampai 12.30midnight. jangan tanya apa kitorang buat. hm)
then ada meeting zon. lepas meeting, fokus buat maklumbalas audit *perlukan concentration yang tinggi!!* siap letak caution depan pintu-- jangan kacau discussion. HAHA
buat buat buat. pastu sambung pulak kerja-kerja lain sampai 6.30pm. ah tak kira, kena balik jugak sebab nak tengok Cinta Kirana. cerita tu sweet-crazee, ok.
balik rumah. sempat tengok 5minit je. pastu tertidur depan tv.
lepas terbangun, mandi semua, pergi rumah sedara kejap, balik rumah semula.. sambung tidur sampai 10.45pm HAHA (gwe cuti terawih. fine) baru bangun balik &tengok Cinta Kirana sambil siap-siap nak buat nasi goreng.

today. awal pagi dah kena pergi bilik meeting sebab pengarah nak check maklumbalas.
ok tak sempat habis, sebab pengarah ada meeting lain. balik bilik sambung buat kerja lagi. kerja kerja kerja. tengah hari sempatlah pergi pasar payang sebab my mom pesan beli serunding. hihi.
balik, ada meeting pulak (guhh!!). meeting 5s pun. ada yang diorang cakap nak buang sudut peribadi. what the heck. i need that corner, ok!! susah-payah sy buat dawai-dawai photos tu. i don't want to get rid of it!! hoho.
plus, sudut peribadi adalah tempat di mana korang mencurahkan kaseh-sayang segala mak nenek kreativiti kat situ!! dahlah bizis kerja kan, stress stress takkan nak mengadap dinding kosong?! biskut meri betul lah T_Tv

then after meeting, sambung check maklumbalas audit. habis check, balik ke bilik semula.. kat tray IN ada pulak satu surat daripada audit yang lain.. mintak maklumbalas lagi!! (aku ada doblas juta audit tahun ni. pft). that's it. buat minggu depan je. malas nak fikir. bilik tu tak buat 5s lagi. so i stayed back to make up my room. hee. tak puasa pon kan, maka tak apa lah balik lambat sikit pun. lapar pun lapar lah. peduli apa sy. dah tak sempat nak buat 5s ni. :B

kertas-kertas dalam basketbin (comel panggil basketbin. HAHA)
hasil me-5s-kan bilik.
habis setiap benda kena buang/shred.




siap separuh je.
sebab double-sided-tape dah habis.
keluar bilik carik orang nak pinjam tape, ofis dah kosong.
ada orang kat belakang pun, tape dia dah nak habis. so kena tunggu esok lah; mintak tape kat stor.




sambung buat tagging sini dan sana.
hari tu buat sikit je. ni sambung lagi buat.




markhhh!! *kerusi terbalik ke belakang*
meja aku ke ni?!!
(flash back meja sebelum ni yang macam pusat pelupusan kertas)




cangg!! muka bangga dapat buat jugak 5s walaupun sibuk macam menteri kabinet (dan dan mengaku sibuk macam menteri. hampagas betul) T_T




box untuk letak newspaper.
gila leceh nak balut. (yelah kau, balut kotak besar dengan kertas saiz A4. mana tak tragik?!!)
tak siap lagi tagging. ah esoklah buat, kalau sempat.
esok pun nak siapkan maklumbalas audit tu (ye, tak siap lagi!! sila tepuk tangan skang!!)




pemandangan dari tepi kerusi :D




semua benda sy campak dalam kotak tu untuk bawak balik.
stuff macam hadiah-hadiah yang orang bagi, ada buku jugak, barang-barang lama si haze tinggal (macam frame-surat aku janji dia!! lolx).. etc etc


haze=kawan yang tinggal di bilik ni sebelum sy. x)

bersih sudah. HAHA
kalau jerit pun boleh bergema ni :DD
sila tengok sudut peribadi di dinding. SY TAK NAK BUANG SUDUT TU!!




balik pun dah maghrib.
tengok jalan, kosong gile. hoho



orang baik selalu susah.
contohnya cerita korea si pembuat roti yang sy tengah tengok skang. ada ke hero jadi buta (may be buta) sebab oven meletup. pastu kang camne dia nak buat roti?!!
orang baik patut dapat perkara yang baik, kan?
orang jahat patutnya hari-hari jalan jatuh parit atau dikejar raksasa. atau kehabisan duit dan sebagainya. tapi dalam cerita, orang jahat biasanya yang hidup senang. kejiness. (cerita keji) HAHA

ok lah penat dah makan kerepek (merepek).
jumpa lagi di lain kali.
i dun luv you all. i hate you with all my heart. (ayat terbalik. sila terbalikkan sendiri) haha :D

bye!

3 comments:

khairie said...

rajin gile ko wat tegging hape tu sume, kalau aku memang takkan buat la. har har har

wani ezryl * said...

mmg buat tagging tu diwajibkan. tak buat kang kena tolak markah pulak. wahaha

Anonymous said...

wahhh sungguh kemas opis itewww..

ermmm bila leh datang opis abamlom ? tolong kemas... hehe

first time singgah... tru blog inche khairie