ni sebenarnya first time kitorang buat acara makan-makan berskala besar macam ni.. haha.
si ariana ni la, dok sibuk nak buat birthday, birthday.
disebabkan birthday dia 4 jun hari tu jatuh pada sehari sebelum raya,
so memang tak ada celebration apa la.
jadi hari ahad baru ni,
kitorang pun gigih la buat birthday party slash makan-makan raya.
asalnya list jemputan nak sikit je.
tiba-tiba jadi ramai. haha macam mana tu.
ye la bila buat list, mesti terfikir eh nak jemput si polan si polan ni la.
then terfikir nak jemput yang lain pulak.
tiba-tiba pulak ada jemputan atas jemputan.
sampai husband cakap, "haa jemputlah sekampung." *lololx!*
tapi kitorang memang raikan sesiapa je yang datang (terima kasih sudi datang!)
yang tak terjemput,
ketahuilah bahawasanya sy nyaris menjemput anda anda semua.
tapi ditahan oleh husband kerana takut ramai sangat tak mampu rumah kami nak menampung :'D
deco-deco birthday yang simple je. |
majlis harijadi kali ni,
kebanyakan benda buat sendiri.
termasuklah deco-deco.
apabila kita telah menemui port kedai murah (mr DIY, kedai biskut etc),
maka lebih seronok deco sendiri dan lebih jimat.
biskut dan marshmallow tu beli sendiri, tabur dalam mangkuk (mangkuk pulak harga RM2.10. agak besar).
tak ada chocolate fountain bagai, just letak botol coklat cair hersey's atas meja tu.
segala bala yang ditampal kat dinding, atau alas meja,
semua tampal pakai tack-it. memang super melekat and senang ditanggalkan balik tanpa meninggalkan kesan.
overall sy puas hati sebab tak costly dan buat sendiri.
belon tu kebetulan jumpa pop-up store kat d'pulze cyberjaya. terus minta adik kedai tu pamkan. |
aiqiqi, banana and tepi tu ayna, cousin. yang muka separuh frame tu syasya, cousin jugak. |
kek frozen kaler pink. RM70 1kg, tempah kat kedai kek depan. frozen figures tu beli kat kedai bahan-bahan kek area rumah jugak. |
kek besar gini dah cukup untuk 1 majlis. tak payah beli sampai 2, 3. |
tak payah beli lebih sebab tetiba ada extra cake aunty ai bawak.
untuk june babies dalam family, katanya *tenkiuuuu*
then ada makanan-makanan extra jugak yang dibawa oleh family ^^
ada pulut kuning rendang ayam, creampuff, roti jala, serawa durian, kari ayam, kek buah x2 unit, pisang.
banyak kan.
semoga later on kita bincang-bincang dulu bawak apa supaya makanan tak berlebih.
sy pun terorder nasi ayam banyak pulak.
yang datang memang lebih ramai daripada bilangan nasi ayam,
tapi apa yg dapat kitorang belajar,
tak payah order banyak.
sebab orang makan sikit-sikit.
contoh kitorang order nasi for 50pax,
yang datang almost 90.
tapi masih berbaki nasi ayamnya. nasi la yang banyak. ayam dah tinggal suku kot.
sebab apanya?
sebab banyak menu-menu lain.
so orang yang datang ambik sikit-sikit buat rasa.
that's one thing i learnt.
patut order 20, 30pax pun ok.
sebab ada mi goreng lagi (mi goreng sold out).
sate, rendang ayam ai masak, dendeng sebekas kecik, satar, cucur udang dan sebagainya.
tu pun nasib baik tak beli lemang dan tak goreng kepok lekor extra HAHA *dah siap potong ok kepok2 tu! just tak digoreng je sebab terlampau variasi menunya*
so keep that in mind for next time.
makanan lain ok la, banyak nak dekat habis.
nasi ayam tu je la. haha.
suasana hari raya. time ni ariana nak potong kek. |
fams. |
fams. |
kitorang tak menempah kanopi.
kanopi biasanya kalau nak saiz 20x20, korang boleh dapat around RM200.
kalau berpakej kerusi meja, RM300 dapat.
ni kitorang order kerusi meja je.
sebab rumah ada la sikit bumbung kat porch and kat belah tepi laman tu.
alhamdulillah cuaca ok, tak hujan, mendung and berangin.
dua meja letak bawah kawasan berbumbung.
so satu lagi meja diletakkan kat tengah-tengah laman tepi rumah (yang ni berbumbungkan langit. ahahaa)
masa time kerusi sampai,
agak kegeraman sebab dibaginya kerusi kotor, meja berkarat (nasib baik ada alas!).
hantar kerusi meja pun jam 4.00 pagi! janji hantar malam sebelumnya.
husband la kesian, kena bangun pagi-pagi buta.
so kerusi tu memang ai kena lap basuh semua dulu la.
ni sampai hari ni tak diambil lagi kerusi mejanya kat rumah kitorang.
nak kitorang buat harta ke macam mana.. hahaha.
here are few photos of our guests yang datang.
terima kasih banyak!!
minta maaf ye kalau ada yang terkurang.
one thing kot yang tak terkurang; makanan. lolx :DD
family side mama. |
me, mama, harith. tq harith tolong snap gambar/video birthdayy. tq mama bawak makanan and all. much love. |
with durra, SIL. wife harith. |
suka beno mereka bergambar di depan rumah. haha |
yang gambar ni memang instruction photog adalah supaya buat muka terkejut. nampaknya harith je yang berjaya dengan aksi tersebut. haha |
people that i hold dearly. oh. HAPPY BIRTHDAY, ARIANA!! kemain nak pakai baju frozen. haha |
three girls in the fam. |
anaqi, budak banyak akal. nampak tangan dia nak capai apa tu :P |
part gambar makanan,
sori lori strawberryyy.
sisthur kebizian jadi tak dapat snap satu-satu atau semua.
sewa 2 meja buffet, dua2 penuh dengan makanan. haha
kesimpulannya kalau buat makan-makan,
sila sewa 2 meja buffet.
jangan sewa 1. nanti tak muat.
kecuali kalau masak 2 lauk je.
air ribena dan oren sunquick. ais buat sendiri berdikit-dikit lama=lama jadi bukit. |
air suam pun disediakan.
dah siap beli milo nak bancuh untuk option air panas,
tapi tak sempatttt. HAHA
so ni je lah ye.
once tamu dah sampai,
ai memang tak sempat nak bancuh milo ke apa.
dok top up air sejuk je la kita. hihi
oh. estimation air.
1 botol ribena besar dan 1 botol sunquick oren dah mencukupi.
kalau takut tak cukup, beli la extra.
sy beli extra, tapi sebotol dah cukup rupanya.
yang lain tu buat minum sendirilah nanti.
photos guests lagi!
mainly friends.
ni punnn sorry tak dapat jemput semua kawan-kawan.
consideration adalah kawan-kawan yang tinggal berhampiran,
super rapat like kita selalu berjumpa. atau selalu keluar makan.
kalau jarang berjumpa dan rapat,
may be sebab lokasi korang jauh.. hihi.
dan juga akan jemput family kepada kawan-kawan rapat ariana.
tapi, sama juga, tak dapat jemput semuanya.
kawan tadika baru dia.. tak jemput, sebab diorang akan ada celebration lain the next day (monday).
ni raja! haha. bestie jugak. |
ni cousins. izrul and ummu, wife. belakang tu uncle, cik po tengah pegang nephew, uzair. |
ni geng besties ai. from left; elia, me, azra. missing in the photo, mardia sebab ada urusan and rumah dia jauh. |
geng ariana. dhia. her ummeh, LL. thanks for coming! |
with semah, mama refa (kawan ariana). |
family bariana and family refa. the dads tak de dalam ini frame. haha |
gambar seterusnya ni nak tunjukkan betapa havocnya nak control anaqi masa bergambar. HAHAHA |
tengok! :D |
ada juga geng-geng yang tak sempat bergambar.
tq jugakk sebab datang.
lastly menerima kunjungan siti & mad (cousin husband) malam tu.
makanan ada lagi, so selamat menjamu selera, korang. lolx
alhamdulillah, selesai dah birthday raya ariana.
disebabkan buat hari ahad,
isnin pulak terpaksa cancel cuti sebab ada meeting,
jadi isnin tu sy mai ofis dalam keadaan kepala ding dong, mata tak cukup tidur, badan pun ache sana sini especially kaki (buat majlis kat rumah sendiri je pun tapi sakit kaki macam rentas desa! haha. may be sebab jalan ulang-alik sana sini).
rumah baru half kemas.
so selasa tu memang mintak cuti untuk kemas rumah je.
thank youuu again kepada semua yang datang.
kalau larat kami buat lagi la makan-makan ni (walaupun husband cakap dia dah tobat, sakit-sakit badan.. haha)
a very happy 6th birthday to ariana.
hope you enjoy the celebration.
till then lah!
adios! |