Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, May 01, 2017

hari pekerja ko nak pi kerja jugak buat apa :P

"Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya (bekerja) sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud as. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri." (HR. Bukhari)



selamat hari pekerja!! *sila dok berehat, jangan nak lompat bintang sangat* :'D

hari pekerja macam ni sy bawak balik 'homework'.
tapi sokkay, awal pagi tadi dah siapkan masa budak-budak tidur. haha
kalau diorang bangun, jangan harap nak buat kerja ofis bagai. idok le. :D

bulan ni sy adalah dalam fasa cubaan berjimat-cermat.
bukanlah di rembang pokai ke apa. lolx
tapi tengah test asingkan duit untuk bayar rumah nanti.
iaitu kalau kita asingkan duit sekian-sekian, berapa yang tinggal untuk belanja lain nanti.
sambil buat budget sheet.
kalau mematuhi budget sheet yang dibuat, insyaAllah banyak boleh jimat tu.

few of my friends cakap,
kalau dah start bayar rumah, banyak kena berkorban.
antaranya tak dapat nak pergi holiday.
betul ke?


di sini adalah few things yang boleh kita buat untuk jimat-cermat, but at the same time still live the life to the fullest. ok tak de lah 'full' sangat, tapi bolehlah. lolx

1. beli bahan masak yang tak mahal. contoh kalau ikan, beli ikan sardin, selar kecik pun cukup. ko balun ketam tiap minggu tu apahal. haha

2. masaklah kalau rajin. jimat banyak tu. kalau penat, beli lauk. balik tinggal masak nasi je.

3. pergi beriadah kat tempat yang free atau fee sikit je. contoh; swim kat pusat kejiranan baru RM2 seorang. kolam dah macam kat hotel. jalan-jalan kat taman awam ke.

4. rajin search event di sekitar. contoh event yang ada clown, kadang boleh dapat belon free (yang berbayar tu ahkak tak campur haa. tapi 1 belon biasanya dia charge RM4). budak-budak suka lah.

5. kalau teringin travel jugak, menabunglah. ataupun boleh travel kat tempat yang nak ke sana naik kereta je. kalau pi jauh-jauh nak book tiket flight pun dah mahal. kalau ko sorang tak pe lagi. kalau satu family ada 8 orang?

6. teach your 'shopping instinct' to say NO. tak semua benda kita perlukan sangat sebenarnya. lagi-lagi macam baju baru, beg baru.. unless baju ko dah lusuh teruk atau mengecut tetiba. lolx

7. gantikan kesukaan korang yang melibatkan duit kepada aktiviti serupa, tapi free. contoh, suka nyanyi pi karaoke. satu sesi dah berapa puluh tu. ganti nyanyi kat smule atau youtube pun ada karaoke lah. HAHA

8. keluarkan duit dari ATM mengikut limit mingguan. contoh minggu tu dah set keluarkan RM50 je. so duit tu je la ko guna untuk makan ke beli apa-apa. kalau habis, puasalah nampaknya. atau ada setkan pulak duit emergency. next week keluar RM50 lagi. dia more to ajar berjimat-cermat la.

9. alert dengan program/meeting kat ofis. biasanya ada disediakan makan. so dah jimat di situ.

10. stay at home. sebab kalau keluar pergi kedai, ada je la kang yang nak dibeli. idea membeli tu membuak-buak kan. hahaha



so harapnya misi jimat-cermat ni berjaya HAHA

till then!

0 comments: