Sunday, May 28, 2017

selamat datang, ramadan! :)

ahlan ya ramadan, kata arabics (tulisan arab) :D

ya Allah, sorrylah nak dekat sebulan baru berupdate.
had so many things work-wise that need to be done.
biasalah, semuanya nak mengejar sebelum bulan puasa.
so now kira dah boleh berelax-relax di tepi kompleks? lolx

ada few events yang tak sempat nak di-update lagi;
macam konvo harith hari tu, parents day kat taska AAs.. hm apa lagi ha? :D
yang lepas-lepas tu tunggu kerajinan la untuk update ye.

entry kali ni cerita pasal permulaan bulan ramadan.

so ramadan kali ni,
sy cuba untuk maximize-kan makan kat rumah (i.e masak kat rumah).
especially weekdays.
sebab jalan ke bazar adalah memenatkan *lolx* kalau hari bekerja.
on weekend, terutamanya jumaat dan sabtu, mungkin boleh consider beli kat luar.
sebab jumaat biasanya hari sy membeli bahan basah (so penat nak balik masak).
dan sabtu biasanya akan keluar berjalan-jalan (balik penat jugak.. kot? :P)

so my aim is to consume more energy to focus on my daily routines and ibadah, insyaAllah.

first sahur,
kita goreng ayam simple-simple dengan sayur bayam masak lemak.



first berbuka pulak,
berbuka kat rumah PIL kat banting.
odw singgah bazar ramadan kat bukit changgang.
teringin nak makan ayam percik.
dapatlah ayam percik seketul RM3. kuah kacang. sedap.
balik kampung, makan ayam percik tu dengan nasi, dengan sayur yang mak masak (sedap. i lof sayur), ikan goreng. kenyang wuih.

ni kedai ayam golek kat bazar.

second sahur on sunday;
husband request nak makan ikan bilis kicap. dengan telur.
disebabkan stok ikan bilis tinggal sikit, sy gorenglah ikan kerisi untuk diri sendiri.
bagi ke husband ikan bilis kicap tu.
together with kangkung goreng.




on sunday juga telah start projek buat sampul raya.
sebab konsep maximize-kan semua sumber yang ada.
barang-barang buat sampul pun semuanya memang dah ada kat rumah.
jimat banyak weh.
kad raya virtual pun mungkin akan lukis sendiri. tengoklah kerajinan. lolx

buat 'mold' dia dulu. lepas tu tekap & gunting je.


for buka puasa day 2 pulak;
ayam masak merah & sayur campur.
disebabkan ikan bilis dah habis, tumis sayur tu dengan udang.
husband beli KFC jugak sebab petang tu kitorang ke alamanda kejap.




dan baru kejap tadi goreng daging kunyit untuk sahur esok pagi.




jadi apa yang sy amalkan untuk berpuasa ni;

1. sahur makan 3 biji kurma (zaman mengandung dulu makan 7 biji tapi now tak terdaya dah nak telan sampai 7 biji. lolx)

2. cuba minum air selang-selang selagi mampu. contoh lepas maghrib, lepas isyak. sejam kemudian. dan bila-bila terasa nak dahaga.. untuk kekal hidrat.

3. cuba elakkan masakan pedas untuk sahur. maggi lagilah tak boleh. sebab akan jadi dahaga gile kemudiannya.

4. akan cari time untuk nap kalau terlalu mengantuk untuk tujuan jana tenaga. contoh: tengah hari. contoh: before isyak terlalu mengantuk dan tak larat bukak mata. so tidur kejap. lepas tu baru bangun isyak & terawih.

5. bertenang. i don't want to get stress while fasting. lolx

6. kurangkan keluar jalan / shopping kecuali bila ada benda nak dibeli je.

7. take my sweet time for solat. tidak solat laju-laju. relax tepi kompleks konsep dia. haha. kalau mengantuk, jangan paksa. tidur dulu then bangun balik.

8. try to recite holy Quran at least twice daily. tengok kemampuan diri.

9. banyakkan memasak kat rumah daripada beli kat bazar. tapi kalau ada nak belanja iftar, sy alu-alukan. bahaha

10. berelax-relax membeli baju raya (ye, sy tak beli lagi! huaa) :P



so tu lah.

ada free time nanti sy update lagi.
ni kebetulan tak mengantuk bolehlah update. bahaha

selamat berpuasa kepada yang berpuasa! :)

Monday, May 01, 2017

hari pekerja ko nak pi kerja jugak buat apa :P

"Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya (bekerja) sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud as. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri." (HR. Bukhari)



selamat hari pekerja!! *sila dok berehat, jangan nak lompat bintang sangat* :'D

hari pekerja macam ni sy bawak balik 'homework'.
tapi sokkay, awal pagi tadi dah siapkan masa budak-budak tidur. haha
kalau diorang bangun, jangan harap nak buat kerja ofis bagai. idok le. :D

bulan ni sy adalah dalam fasa cubaan berjimat-cermat.
bukanlah di rembang pokai ke apa. lolx
tapi tengah test asingkan duit untuk bayar rumah nanti.
iaitu kalau kita asingkan duit sekian-sekian, berapa yang tinggal untuk belanja lain nanti.
sambil buat budget sheet.
kalau mematuhi budget sheet yang dibuat, insyaAllah banyak boleh jimat tu.

few of my friends cakap,
kalau dah start bayar rumah, banyak kena berkorban.
antaranya tak dapat nak pergi holiday.
betul ke?


di sini adalah few things yang boleh kita buat untuk jimat-cermat, but at the same time still live the life to the fullest. ok tak de lah 'full' sangat, tapi bolehlah. lolx

1. beli bahan masak yang tak mahal. contoh kalau ikan, beli ikan sardin, selar kecik pun cukup. ko balun ketam tiap minggu tu apahal. haha

2. masaklah kalau rajin. jimat banyak tu. kalau penat, beli lauk. balik tinggal masak nasi je.

3. pergi beriadah kat tempat yang free atau fee sikit je. contoh; swim kat pusat kejiranan baru RM2 seorang. kolam dah macam kat hotel. jalan-jalan kat taman awam ke.

4. rajin search event di sekitar. contoh event yang ada clown, kadang boleh dapat belon free (yang berbayar tu ahkak tak campur haa. tapi 1 belon biasanya dia charge RM4). budak-budak suka lah.

5. kalau teringin travel jugak, menabunglah. ataupun boleh travel kat tempat yang nak ke sana naik kereta je. kalau pi jauh-jauh nak book tiket flight pun dah mahal. kalau ko sorang tak pe lagi. kalau satu family ada 8 orang?

6. teach your 'shopping instinct' to say NO. tak semua benda kita perlukan sangat sebenarnya. lagi-lagi macam baju baru, beg baru.. unless baju ko dah lusuh teruk atau mengecut tetiba. lolx

7. gantikan kesukaan korang yang melibatkan duit kepada aktiviti serupa, tapi free. contoh, suka nyanyi pi karaoke. satu sesi dah berapa puluh tu. ganti nyanyi kat smule atau youtube pun ada karaoke lah. HAHA

8. keluarkan duit dari ATM mengikut limit mingguan. contoh minggu tu dah set keluarkan RM50 je. so duit tu je la ko guna untuk makan ke beli apa-apa. kalau habis, puasalah nampaknya. atau ada setkan pulak duit emergency. next week keluar RM50 lagi. dia more to ajar berjimat-cermat la.

9. alert dengan program/meeting kat ofis. biasanya ada disediakan makan. so dah jimat di situ.

10. stay at home. sebab kalau keluar pergi kedai, ada je la kang yang nak dibeli. idea membeli tu membuak-buak kan. hahaha



so harapnya misi jimat-cermat ni berjaya HAHA

till then!