Tuesday, March 21, 2023

first day sekolah AAs dan tuah

assalamualaikum and hi! :)

sekitar gambar first day of school dak2 semalam.
untuk rekod, ariana darjah 4, anaqi darjah 2 dan tuah (cousin AAs) darjah 1.
alhamdulillah.
moga jadi budak2 yang pandai, terrer, aktif, cergas, cardas hahaa dan jadi 'kapla' one day.

sapa tengok projek: high council tau la kapla tu apa 🤭

percubaan memakai tudung 2 lapis. panas katanya.
rambut terkeluar-keluar setiap saat. hahaa. kena tukar balik tudung selapis ni.



being a pengawas this year. tahun lepas ketua kelas.


tahun ni sesi tak sama dengan kakak. layankan je. beginilah sekolah ramai murid. hahaa
ada tu sekelas sampai 48 orang kot. ramai tak ramai.
tak tau la camne korang belajar ni. harap absorb la semua ye.

first day semalam, sy tak cuti pun. tapi babahnya ada kat rumah sebab cuti sem.
AAs pun pergi sekolah macam biasa, naik van.
tapi van lambat, ariana sampai sekolah agama sesi petang pun lambat,
so duduk seat belakang sekali *doink*

cuma sekolah kebangsaan la.. masing2 bila ai tanya, dok mana.
sebab awal-awal dah pesan suh cop duduk meja depan2.
AAs kata duduk meja belakang. ya Rabbiii.
bila tanya, katanya cikgu suh dok belakang.
terus ai mesej cikgu2 kelas.. minta pertimbangan untuk tukarkan seat ðŸ¤£
cikgu kata seat tak fix lagi *harapnya boleh tukar lagi*
ye la dak2 tu bukannya tinggi lampai, duduk belakang sekali sah-sah nampak kepala orang je HAHA

maka sy buat pesanan kedua kepada AAs,
kalau duduk belakang and tak nampak papan hitam tu,
korang bawak buku pi depan sekali, duduk bersila atas lantai tu 🤣
confuse muka ariana.

sebab sy ni pun kalau duduk chair pengerusi ke atau ahli mesyuarat sekalipun,
kalau tak nampak skrin depan, sy bawak buku duduk depan2 tau HAHA
"sy tak nampak." haa jujur tak.
so hopefully AAs boleh ke depan la kalau tak nampak.
nak belajar kan. taccod apa 😂
(nasib baik la skang ni kebanyakan bilik meeting dah ada skrin komputer di setiap meja)


tuah, cousin AAs pada hari pertama beliau.
nek yah ngantarin dengan mummy and daddyyy (ain and faliq).



moga tuah seronok di sekolah, jumpa kawan2 yang best dan cikgu yang baik2 semuanya, ok.
dannn tempat duduk strategik! ahax



gambar kelas ariana. ramai kan.
ariana dua dari bawah, kanan. dengan tudung dua lapisnya. kihkih

 

dah, tu je nak report.
minggu ni sekolah kebangsaan ala-ala minggu pengenalan.
so tak belajar lagi. main permainan je rasanya.
sekolah agama je dah start belajar and dapat buku, lencana, borang sikit-sikit.

tak lama lagi pun nak bulan ramadan.
harap cuaca sejuk untuk budak2 ni semua belajar kat sekolah. aamiin. (minus banjir)

No comments: