Tuesday, March 21, 2023

housewarming harith & durra

assalamualaikum and hey! :)

sabtu lepas, kitorang pi merasmikan rumah baharu harith and durra hihhii.
tahniah, adik-adikku masuk rumah baharu.
sekali la, housewarming and doa selamat. ada makan-makan.

nah, photos sekitar majlis housewarming hari tu.


the kiddos and i. ada lauk nasi ayam dan mi hun sup as main dishes.
lain-lain side dishes pun ada.. semua sedap-sedap. alhamdulillah.



gambar family yang berjaya hadir (hadir tu satu bentuk kejayaan jugak 😂)



sarah dan ayna. uzair, adik diorang pi tempat lain time ni. meja makan kot. haha



family friend kitorang sejak childhood pun datang. awin, azreen and mama diorg.
alhamdulillah aunty nampak sihat & ceria. she's a cancer fighter.. tapi dah tak buat chemo. berubat kampung. chemo tak larat, panas badan katanya. betul tu, bukan semua orang tahan chemo. plus, chemo ni rosakkan sel2 baik dalam badan. pada sy cara alami mungkin lebih baik. wallahu a'lam. wani doakan aunty sentiasa sihat :)



view keseluruhan di ruang depan.



cik arah, nek yah, babah, faliq, cik po and cik ija.



izrul, ummu & marissa.



bersama-sama tuan rumah yang sibuk dan berada di sana sini hahaa. harith and durra.
thank you for inviting us! (gambar naim tak de, naim dalam bilik)



adik-beradik. cik po, cik arah, cik yah (my mom).

 

ok dah settle event family2 before ramadan, insyaAllah.
ha a la tak sempat buat potluck this time. tunggu raya la pulak haha
till then!

first day sekolah AAs dan tuah

assalamualaikum and hi! :)

sekitar gambar first day of school dak2 semalam.
untuk rekod, ariana darjah 4, anaqi darjah 2 dan tuah (cousin AAs) darjah 1.
alhamdulillah.
moga jadi budak2 yang pandai, terrer, aktif, cergas, cardas hahaa dan jadi 'kapla' one day.

sapa tengok projek: high council tau la kapla tu apa 🤭

percubaan memakai tudung 2 lapis. panas katanya.
rambut terkeluar-keluar setiap saat. hahaa. kena tukar balik tudung selapis ni.



being a pengawas this year. tahun lepas ketua kelas.


tahun ni sesi tak sama dengan kakak. layankan je. beginilah sekolah ramai murid. hahaa
ada tu sekelas sampai 48 orang kot. ramai tak ramai.
tak tau la camne korang belajar ni. harap absorb la semua ye.

first day semalam, sy tak cuti pun. tapi babahnya ada kat rumah sebab cuti sem.
AAs pun pergi sekolah macam biasa, naik van.
tapi van lambat, ariana sampai sekolah agama sesi petang pun lambat,
so duduk seat belakang sekali *doink*

cuma sekolah kebangsaan la.. masing2 bila ai tanya, dok mana.
sebab awal-awal dah pesan suh cop duduk meja depan2.
AAs kata duduk meja belakang. ya Rabbiii.
bila tanya, katanya cikgu suh dok belakang.
terus ai mesej cikgu2 kelas.. minta pertimbangan untuk tukarkan seat 🤣
cikgu kata seat tak fix lagi *harapnya boleh tukar lagi*
ye la dak2 tu bukannya tinggi lampai, duduk belakang sekali sah-sah nampak kepala orang je HAHA

maka sy buat pesanan kedua kepada AAs,
kalau duduk belakang and tak nampak papan hitam tu,
korang bawak buku pi depan sekali, duduk bersila atas lantai tu 🤣
confuse muka ariana.

sebab sy ni pun kalau duduk chair pengerusi ke atau ahli mesyuarat sekalipun,
kalau tak nampak skrin depan, sy bawak buku duduk depan2 tau HAHA
"sy tak nampak." haa jujur tak.
so hopefully AAs boleh ke depan la kalau tak nampak.
nak belajar kan. taccod apa 😂
(nasib baik la skang ni kebanyakan bilik meeting dah ada skrin komputer di setiap meja)


tuah, cousin AAs pada hari pertama beliau.
nek yah ngantarin dengan mummy and daddyyy (ain and faliq).



moga tuah seronok di sekolah, jumpa kawan2 yang best dan cikgu yang baik2 semuanya, ok.
dannn tempat duduk strategik! ahax



gambar kelas ariana. ramai kan.
ariana dua dari bawah, kanan. dengan tudung dua lapisnya. kihkih

 

dah, tu je nak report.
minggu ni sekolah kebangsaan ala-ala minggu pengenalan.
so tak belajar lagi. main permainan je rasanya.
sekolah agama je dah start belajar and dapat buku, lencana, borang sikit-sikit.

tak lama lagi pun nak bulan ramadan.
harap cuaca sejuk untuk budak2 ni semua belajar kat sekolah. aamiin. (minus banjir)

Friday, March 17, 2023

trip ke cameron highlands 2023 - day 3

assalamualaikum and heyy! :)

hokehh final entry of CH trip!
last day atau hari ketiga bercuti di cameron highlands.
biasanya hari last ni kita kemas-kemas,
beli baki2 barang yang belum sempat beli
dan makan-makan aje.

so bangun pagi-pagi tu nampak view yang cantik:


masyaAllah. tapi tetiba kat tengah-tengah bukit tu ada batas-batas sayur pulak tetiba. haha


then pukul 8 pagi lebih-lebih, kitorang bergegas breakfast kat tempat biasa, kafe 18 celcius.


kali ni ada healthy plate ye. hihii. buah, keju, yoghurt, salad, telur rebus.
memang bethol healthy ni.



naslem repeat oleh babahnya.



ai repeat lagi american breakfast. makan ni kenyang wehh.


disebabkan hotel copthorne dekat banget dengan kea,
kitorang pun check out dan terus ke kea.
malas nak parking kat agro sebab nampak jem je pagi-pagi jumaat.
parking biasa kat sebelah deretan kedai tu pulak dah tutup,
macam ada construction nak bukak hotel baru ke apantah.
kitorang pusing ke belakang kea tu.. ada parking turun bawah.
so keluar ikut kea garden guest house dengan mnini chalet.

chalet dia betul-betul 'mini' ye.
orang kata dalam tu ada la tilam seketui, ngam-ngam tidur je haha.

comel sangat ni. haha



kea garden guest house di belakang.
macam ada taman mini dan arca-arca macam ni. cute la.



sapa-sapa dok sini senang kot nak bershopping.
dekat kalau nak bawa balik hasil buruan. haha. cuma jenuh nak naik turun bukit dan tangga la.



ke pasar agro sekali lagi.



huggy wuggy kegemaran AAs. diborongnya HW kali ni.



jagung pun banyak. kami beli jagung susu.. sebab ternyata lebih manis daripada jagung mutiara.



strobs pun ada. tapi nak beli kat s'corner je nanti.



bunga.. banyak baby's breath macam ni.



deretan jagung rebus dan jagung bakar.



hasil pembelian. HAHAHA



trying this purple corn. tak la manis mana.
kaler dia di luar purple tau, tapi bila gigit, dalam tu kuning.


habis shopping, terus ke kampung taman sedia.
ingat nak ke KHM makan char kwey teow sedap.
sampai-sampai, habis pulakkk.
orang dah start ramai kan hari jumaat cuti sekolah.
so kitorang g makan kat kedai seberang jalan berdepan dengan KHM.
situ ada jual goreng-goreng. malam ada steamboat.


6 ketul skon harga RM20. ni yang ada perisa.
tak de perisa harga RM10 je.
tapi tak sama dengan opah punya la.



bergambar sementara tunggu makanan yang diorder.



ada macam tempat duduk berpondok kecik macam ni. nice kan.



mama order nasi putih dengan daging goreng kunyit. dapp.



mine.. kwey teow goreng. dapp jugak.



balik tu singgah s'corner beli strawberi buat makan sendiri.
merah, RM30. putih (pineberi), RM25. murah and sedap.



tips makan.. pilih straberi yang merah gelap. dan pineberi putih merah (instead of hijau merah). insyaAllah lebih manis.

 

lepas tu kitorang balik shah alam hantar mama,
pi seksyen 18 ambik memok (our cat),
and headed back to our home. pukul 12 tengah malam kot baru sampai bahahaa

[end!]

trip ke cameron highlands 2023 - day 2 (opah strawberries, m cafe steamboat & grill)

assalamualaikum. heyyoo! 🍓
bersiaran lagi kita (throwback) di cameron highlands. hohoo

macam biasa, kat cameron ni kita akan pergi ke tempat-tempat baru dan jugak tempat-tempat 'wajib'.

one of tempat wajibs adalah opah strawberries & jams kat kampung taman sedia.
skang diorang kata tutup pukul 4 petang.
so sila la ke sana awal sikit.

time kitorang sampai kat opah, around 2pm sebab dok ngadap jem 'turun' ke bawah, dari lavender.
tu hari khamis tau. kalau hari jumaat nak dekat weekend, tak tau la camne tahap jem.

disebabkan jenuh mengadap jem, kitorang pun nak pergi makan JEM 🍓 sebenar. hahaha 

hahh sampai dah. parking penuh, so parking tempat biasa kat marina homestay. bayar le RM5. apa kao ingat semua percuma di dunia ini, wani??! ekkeke.



nahh ni a yang kita cari-cari. skon sedap!! 😍


opah ni pada sy skon dia terpaling sedap kat cameron.
kalau kategori skon berperisa la.
rasa dia ngam, sedap di tekak.
tempat lain rasa plain atau rasa baking soda. ayahman pun ok.
cuma ada a few tempat lain lagi tak pergi rasa lagi. macam abang strawberry dengan aidilbadri.
yang tu next time nak try lah.

btw kalau korang tengok gambar skon/scones kat atas ni,
ada macam-macam flavour macam lemon (fave!), butterscotch (fave!), red velvet, rainbow cheese, cheese, coffee, matcha tak de sold out kot, strawberry pun ada.


dalam tu area baking. pekerja-pekerja opah tengah buat skon. bolehlah tengok kalau nak.
nak order skon, pi je kat kaunter (bukan kat house of scones, tapi kaunter utama dia). ambik resit and tunggu turn korang ambik skon. sistem dia memang dah bersambung dengan rumah skon ni. hihi



nak order makanan pun pakai QR code atas meja. scan, order & nak bayar sesiap online pun boleh.
kalau tak, bayar kat kaunter.



rombongan kali ni. berlima.



my plate. ambik plate kanak-kanak je, cukup untuk portion sy.
tambah sepiring sambal strawberi, sebab plate kanak-kanak tak de sambal.
untung lagi gini.. sambal strawberi dia melambak. RM4 kot harga. (tak check, sebab husb order n bayar. rasanya RM4 last time. kalau naik harga, ampunn ye. hihi)


sebelum ni kan sy ada kata tak makan sambal nasi lemak lain.
lupa pulak ai makan sambal strawberi opah ni. excluded. haha


skon ambik 2 je, sebab nasi lemak pun dah cukup mengenyangkan. ni skon butterscotch and satu lagi lemon. kongsi beramai-ramai. dia bagi fresh cream dengan jem 🍓. tapi kalau tapau/bungkus, krim tu digantikan dengan butter cap buttercup. ye la, krim mana tahan lama nak tapau.



bukti hadir 🤣



ni kat satu lagi kedai deret-deret opah.. tapi lupa la pulak nak snap nama kedai.
kemain landing lagi korang kat strawberi tu ye.
anaqi sejuk, tak bawak baju, pakai baju sejuk kakaknya. gedebo beso.



makan lagiii. test-test rasa skon kedai ni pulak. husb beli. kitorang tumpang. kehkeh.


settle makan, gerak 'naik' balik ke hotel.

singgah casa de la rosa tumpang toitoi.
sebab menganggarkan jem nak naik atas.
singgah bergambar sekali, sebab cantik hotelnya.


jagung! 🌽😁



betul dah tu jem. waktu-waktu ni orang naik nak check in hotel, pergi kea semua.



sampai-sampai, lepak hotel dulu. view menenangkan dari balkoni.


hajatnya nak cari port dekat-dekat, makan steamboat malam tu.
sebab kebanyakan restoran steamboat belah tanah rata, so malas nak turun bawah sangat.
dok search sana sini, tetiba timbul iklan restoran M cafe steamboat and grill.
so apa lagiiii.

ikutkan kalau tak jumpa, nak makan kat puncak cafe dekat-dekat hotel copthorne tu je.
tapi Allah rezekikan ke M cafe kali ni. bolehlah try tempat steamboat baru.

sampai-sampai je owner ajak bergambar.
memang diorang akan ajak customers bergambar dulu, sebagai salah satu promosi kot. since kedai ni baru lagi. so sy pun promote jugaklah ni.. haha


lokasi restoran adalah di area-area nak ke smurf's inn.
search je M cafe steamboat, insyaAllah ada.
dia dalam kawasan tempat makan besar macam food court terbuka.
tapi bukan food court. korang jalan depan sikit dalam area food court tu,
nanti jumpa dengan M cafe ni kat hujung.
trademark dia adalah lampu-lampu kecik and port yang instagrammable.



pada harga harga masih ok, iaitu
RM40 dewasa, RM25 kanak-kanak dan RM35 warga emas.
+RM10 kalau nak sebekas cheese.
+RM10 kalau nak satu lagi hotpot.

tempat lain mostly harga RM35. tapi RM40 ok sangat dah kot, ada macam-macam jugak makanannya.
and tempat pun tenang, besar, tak sesak.

sampai kat area dessert dulu.



mesin popcorn, mesin ais krim semua ada. (mesin ais krim belah sana, tak de dalam gambar)



mama tengah ambik ayam & daging.



banyak jugaklah jenis perapan dia. rasanya ada black pepper, spicy, sate, korean, ntah apa lagi tak sure HAHAA. sebab tak de tanda nama. may be sebab kedai baru. harap nanti diorang letak labelling lepas ni. kalau tak tu, dok tenung-tenung mana satu daging lembu, mana satu kamben 😆



ni area seafood. macam-macam ada. tu yang kata RM40 sekepala agak berbaloi jugak la.
dari segi fresh tak fresh, campur-campur. at least for ketam, sebab sy ambik ketam. lain sy tak makan sangat. scallop fresh. so korang pilih la yang terbaik. tapi ok je.



stesen bubur. sy ambik bubur lambuk je. verdict, boleh ditambah baik. tekstur masih terasa nasi-nasinya dan kurang berperisa. tapi may be memang gitu untuk compliment dengan lauk-lauk lain kot. sama macam nasi goreng, mi goreng dan mi hun goreng. boleh 'up' sikit lagi. pandangan personal tanpa prejudis. untuk penambahbaikan.



bahagian sayur mayur dan dipping sauce. ada juga nugget dan sosej untuk anak-anak. sos dipping ada banyak pilihan. sedap-sedap insyaAllah. at least yang sy ambik la. sy ambik sos macam thai tu.. yang style danok gitu. sos cheese pun ada buat penggemar cheese.



seafood tadi.



time ni kitorang ambik 2 pots. senang sikit nak memasak.



nek yah and banano.



time ni minta tolong pekerja dia sebab dapur macam tak panas. habis gas kot.
dengan pantasnya beliau mengambil tindakan.


lepas dah kenyang-kenyang tu, bolehlah kita bergambar sekejap hihi


banyak port untuk bergambar. cantik tempat ni malam-malam.



ni salah satu contoh bergambar dalam kegelapan malam, disinari lampu-lampu. hahaa



kiddos.



suasana M cafe.

 

maka kitorang pun baliklah ke hotel kekenyangan. alhamdulillah.

bersambunggg bung bunggg 🤩🦀