Sunday, November 06, 2022

bermain VR di futureland, sunway pyramid

assalamualaikum and hi! :)

minggu sebelum2 birthday anaqi,
kitorang lepak sunway lagi.
biasalah, sunway tu rumah kedua HAHA
so belanja budak-budak ni main VR kat futureland, sunway pyramid.
futureland ni dok tingkat atas sekali, area2 dekat dengan boling.
kalau sesat, donwload je sunway pyramid app tu, ada virtual map.
dia boleh bawak korang ke mana je kedai korang nak pergi.

btw futureland ni adalah tempat bermain VR / virtual reality.
ada pakej2 dia.
kalau makin banyak main, makin murah la harga pakejnya.
sy ambik yang ada 4 games, 2 orang main.
jadinya sorang boleh main 2 games la.
harga dalam RM60+. ye tak la murah sangat, tapi berbaloi la dengan pengalaman bermain VR.
mesin2 VR ni bukannya murah, ribs2 kot.


main roller coaster kot ni.
ni ariana, hujung tu anaqi. lama jugak main 1 game. so memang berbaloi la.



basically korang akan dipakaikan dengan headgear VR ni dan duduklah atas seat tu.
nanti bendalah ni akan bergoyang, bergegar, etc.





second game. ni main skateboard kot. tapi banyak game dalam 1 mesin ni.



mesin ni pun akan berpusing atas bawah kiri kanan.



ariana sementara tunggu anaqi settle main.





ariana's turn. kemain excited dia, nampak apantah tu. katanya ada botol coca cola besar. hahah



"wow!" mungkin itu la kata ariana. lolx





anaqi yang dah siap main, tunggu kakaknya.

 

ringkas je kisah AAs pergi main VR hahah.
lepas main sini, diorang akan dok ulang cakap.. nak main lagi,
ingat mama korang ni cap duit ke.. kihkih

toodles!

birthday husband 2022

assalamualaikum and hi! :)

ya Rabbi, rupanya banyak benda tak story mory dalam ni hahaa
since hari ni cuti, kita pulun la taip entry selagi boleh :DD

so ni adalah entry yang dah lepas ye.
pada 16 oktober 2022 lalu *lalu dah. haha*
iaitu birthday husb kesayangan ai kihkih.

HAPPIEST BIRTHDAY, HUN!
may you always loved, and be loved.
by Allah, by us (the family, and by everyone. have a (belated HAHA) fab birthday!


gambar birthday dengan ibunda (nek bedah).



dapat choc bouquet (AAs si tukang makan. jangan cakap la, ai punya coklat birthday pun diorang berdua je yang pulun. lolx). tqq makk, melahirkan dan membesarkan isz dengan baik dan awesome!



disebabkan ai ni bajet-oriented (i.e fulus ala kadar je haha)
so kita DIY balloon bouquet untuk birthday beliau.
simple and mudah lupus nanti. (tapi dia dok simpan lagi kat tepi kepala katil. belon dah kecut dah pun, tinggal bekas je. lolx)



bouquet untuk kesayangan hamba.


truthfully, sy suka buat DIY/handmades ni.
kegilaan buat sejak sekolah.
dulu banyak buat handmade cards. kad raya pun handmade.
tapi sebab lepas dah jadi dewasa ni *ahahah*  sy agak busy, so mana yang sempatlah.
sekarang ni rajin la sikit nak DIY balik. buat flower bouquet, lukis2.


ni hadiahnya, sy bagi edifier headphone.
headphone bukan kaleng2. rat rat punya headphone ni HAHA
harap cemerlang la dengar kuliah / pi gym pakai headphone ni :P




hadiahs. kads.



kek, beli 3 slices aje. kitorg bukannya makan kek banyak sangat.
pulak tu birthday boy tengah diet. so try belikan kek tanpa tepung ni.
tapi dense sikit la keknya.



ni kek hazelnut choc. sedap yang ni. semua kek daripada pastribella, cyberjaya.
harga boleh membawa ke pengsan. lolx



cheese durian. haa tiga je kek. share 4 orang. rasa sorang sikit. alhamdulillah, cukup je. kikiki


lepas tu, kitorg makan kat restoran sana-sini, d'pulze.

antara kedai makan yang best jugaklah,
sebab kids friendly.
ada tempat main.
ada salad, popcorn dan ais krim percuma yang boleh refill bila2.


with birthday boy 16.10



kedai makan ni jugak instagrammable.
banyak tempat boleh bergambar, daripada dinding, sampailah ke lantai :P serius!



layankan je la kitorang ni bergambar ye, bahaha



anaqi dan kids platternya.



birthday boy tangkap gambar daging kam heong kegemaran beliau.
restoran ni sentiasa penuh dengan orang ye.



sy try order nasi putih dengan ayam masak seczhuan. macam mana ntah eja. betul kot tu :P
sedap, kering, pedas2.



ariana macam biasa, makan sizzling noodles.



apabenda ni anaqi tunjuk tu. lolx



group photo!! susah nak gambar berempat,
sebab budak berdua ni asyik hilang pi main kat playground dia.

 

toodles!!

lokasi surau di IOI city mall, putrajaya / prayer room location at IOI city mall, putrajaya

assalamualaikum and hi! :)

muslim prayer room at IOI city mall, putrajaya.

location: level LG.

kalau ada yang mencari lokasi surau baru di ioi city mall, boleh ke aras LG.. kat area restoran-restoran yang banyak tu.
cari restoran tony roma atau restoran absolute thai. kedai street churros pun dekat jugak.
lepas nampak restoran2 tu, sila ke belah dalam sikit.. ke arah parking LG.
korang akan nampak kedai 7-eleven di situ.
keluar ikut pintu ke arah parking di luar.

ENGLISH:
to those who's looking for the prayer room at IOI city mall,
you guys can go to level LG.. where most of the restaurants/eateries are located.
try to find tony roma, or absolute thai, or street churros shop.
from there, you can see 7 eleven convenience store just near the parking entrance.
go outside to the parking area. 

(just follow the arrows)



lepas keluar, akan nampak kedai ayu borneo. jalan di sepanjang laluan tu.
ada petunjuk surau jugak, so insyaAllah korang takkan sesat.



follow these arrows.



prayer room sign. masuk kanan. go to your right.



follow the arrow. ikut anak panah.



tadaa! for guys and girls.



telekung/mukena disediakan untuk muslimah.
prayer garment for ladies are provided.


semoga bermanfaat! :)


p/s: other male prayer room is at level 2, next to parkson/mr. Toy. tq
 

staying at swiss garden hotel, jalan pudu, kuala lumpur

assalamualaikum and hi! :)

this is a throwback entry, obvi :P
last week i went outstation to attend a workshop and stayed at swiss garden, KL.
it's located in Pudu, which is near Bukit Bintang area.

the hotel was nice,
just, it doesn't have lift from basement parking to hotel's lobby.
you need to drop your luggage at lobby,
the go park your car.
the rate is RM10 per entry if i'm not mistaken,
but mine's got waived, together in the workshop's package.

2nd night, i had that feeling of eating the hotel's nasi goreng (fried rice).
so here's a RM22 nasi goreng.
together with fried chicken, prawns, chicken satay, salads and crackers. yums.


so i took a few of my room's photo.
the room was nice. i enjoyed my stay.

open-wardrobe concept. just enough hangers for me :)



the bathroom. clean. rain shower head was there.



my beds.


some people might ask,
can i sleep on the first night alone in a hotel?
the answer is; yes, i slept safe and sound. lolx
to those who know me, i used to sleep anywhere, everywhere.
i can sleep at the laundry shop, on the road, on the grass. anywhere. haha

the dressing table.. or working table. idk. depends on your usage.
used this table as a dining table. and bed as my 'working spot'. lolx



here's where i slept, and where i did my work on my lappie.


truthfully, i didn't have a peaceful leave.
my workshop was until wednesday, but we'll be having a meeting on thursday.
idk what's on the bosses minds.
so layankan je. sambil bengkel sambil buat kerja. mehh.


had an android tv there. can screen mirroring with my phone. coolio.
but the channels were just okay. the usual cable-tv channels with some other channels.



the view from my window.
basically it's just buildings. haha



transparent looking mini bar. which i think not so cold at times.

 

guess that's all about it.
idk why everyone was doing courses and workshops on year ends.
i just want a freakin' holiday.
(i enjoyed the hotel stay, though).

cheers.

anaqi's 7th birthday

assalamualaikum and hi! :)

alhamdulillah, dah masuk 7 tahun danial anaqi.
semoga jadi anak yang sihat, yang berjaya dunia akhirat. aamiin.

celebration birthday adalah simple2 je.
nak buat party besar2 ga ada ongkosnya pak. haha
so kita order kek je la and potong kek.


yoshh ni lah dia kek birthday anaqi, bertemakan kartun one punch man.
kek printed macam ni harga RM90.


pejam mata aje la bayar, setahun sekali.
tak de yang murah skang ni, semua mahal. pengsan la sis tengok harga barang2 skang ni.


haa bergambar dulu dengan kek. kihkih


acara potong-potong kek kita buat kat rumah nek yah di shah alam.
potong kek hari sabtu, 29 oktober. sehari sebelum.
sebab 30 oktober tu nak rush pagi-pagi gi bawak AAs main kat the parenthood.
apa tu the parenthood? haa sat lagi cerita.



tuah the cousin, birthday boy anaqi dan ariana the sister.





the hadiahs.
hadiah ni campur-campur. ada untuk ariana jugak.
biasanya birthday dak2 ni, dua2 dapat hadiah. haha
ada jugak hadiah tuah bagi. belon tu tiup sendiri :P



para jemputan kita :P uncle faliq & aunty ain :D



tuan rumah; nek yah & uncle harith.



mama & babah.



aunty durra, naim haikal, nek yah, uncle harith.



budak2 dok berposing. ahhahaha





lilin tu beli kat kaison. murmur aje.
meliuk lentok lilinnya. hahaa



sembur, jangan tak sembur! eh, hembus. lolx :DD



acara potong kek. kek 1kg, perasa chocolate indulgance.









acara bukak hadiah.


hadiah anaqi tahun ni; hotwheels track (2022), memory game & kad robux RM50.

for ariana; peti sejuk (mainan. gile kalau beli peti sejuk betul HAHA. peti sejuk dia siap keluar asap) & kad robux RM50.


habis potong-potong kek tu rush nak ke sunway lagoon dulu.
so esoknya, pagi-pagi kita terus ke mytown.
bawak AAs bermain kat the parenthood.

the parenthood ni basically playland untuk budak-budak main.
ada slide, bola tu semua. seronoklah diorang.

the rest, tengok je la gambar.
malas bethol sis nak letak caption banyak-banyak. lolx










playground dia agak besar.


the parenthood ni banyak cawangan.
dan harga tiket masuk ke setiap cawangan adalah berbeza.
paling mahal kat sunway pyramid, may be kat sana lagi besarlah kot.
ni pun yang mytown ni dah rasa cukup besar dah.

masuk pakai gelang tangan kertas.
and boleh keluar masuk 1 hari.


trampoline kecik pun ada. untuk anak-anak aktif yang suka melompat.







area toddler sebenarnya ni. budak-budak ni dok menyibuk. haha



korang ni ber-parkour ke hape :P





datang jam 10 pagi, tak ramai orang. bahagiaa



konsep dia ala-ala kat london.







dengan mama sekali kena ikut masuk terowong2 ni. lolx





ada permainan baling-baling bola kat skrin. best!













dikerumuni bola berwarna-warni.



happy birthday, anaqi!!



ok one more official birthday photo!

 

dah penat-penat main tu, maka baliklah kitorang.

hahaa