Wednesday, August 24, 2022

mandi-manda di sunway lagoon

assalamualaikum and hi! :)

nasib baik la sunway lagoon ni tak dok belakang rumah.
kalau idok, hari2 pergi agaknya. hahaha

31 julai ahad haritu, kitorang gi sunway lagoon buat kesekian kalinya.
maklumlah, nak gunakan annual passport (boleh masuk bila2) to the max.

time ni guna sekali voucher yang dapat harga murah time mega roadshow sebelum ni..
termasuk penginapan hotel 2 hari 1 malam, 2 tiket masuk percuma, termasuk quack express (untuk potong queue bila naik ride. kira macam VIP lah. haha)
disebabkan kitorang dah ada annual pass, so tiket masuk percuma tu bagi kat harith and durra.
faliq and ain tak de time ni, diorang balik johor (kampung ain).


siap booking cabana, tong2 dengan harith sorang 100.


cabana ni macam khemah/rumah kecik untuk kita dok dalam tu.
siap-siap ada peti besi, ampai, kerusi, meja, plug point, tower fan dll.
kalau hat VIP lagi mahal, siap ada peti sejuk. kitorang tak de. haha
very convenient la, sebab tak yah pening fikir barang nak letak mana,
ada tempat berteduh, nak solat dalam ni boleh. nak breastfeed anak pun boleh.
(last time surau perempuan tutup sebab reno. jauh nak ke surau. so ok la ada cabana ni).

cabana kitorang betul-betul ngadap pantai sunway lagoon.
sebabnya yang dekat kolam budak-budak ada playground tu, semua dah sold out cabananya.
so boleh je lah.
lagipun, budak2 ni suka beno main kat pantai. main pasir.


tak panas ke korang ni, hui.



with em, the kids (AAs)



anaqi kat tempat shower. memang kalau masuk sini, auto sembur. haha



eh! naim haikal pun ada!



durra, naim and harith. pomeknya (comel) si kecik niii.



melepak-lepak di tepi pantai.


sy suka gi pantai.
tak kisahlah sunway lagoon ni pantai buatan ke apa.
rasa lebih sihat dok kat bawah matahari dan buat aktiviti-aktiviti.
babahnya la kena tahan sikit, kalau tak sat lagi penin pala. hihi
(babahnya lagi suka kawasan bukit tinggi macam genting and cameron. tak gitu, babahnya? :P)


suasana di dalam cabana. bahagia caj telefon sini.
telefon masukkan dalam peti besi je sambil caj.



dua beranak ni naik banyak kali. anaqi tak lepas height.



main air kat playground area nickelodeon.



bahagia naik slide dengan dak2. ahahaha



pakej kami ni dapat free animal kit. so bagilah hewan2 ni makan sayo mayo :P



balik tu kebulo, makan kat ramai seafood (nama baru : seramai tomyam)
yaaaa ramai seafood dah bukak balik, gais! pekerja patani dia dah balik ke malaysia lepas2 PKP haritu.
lama gle okeh tunggu kedai ni bukak. sedap, kot.

 


tu je nak report. kahkahh
next entry kita cerita keadaan kat hotel pulak. kbaiiii!

No comments: